Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 4 Disember 2011

Seandainya DiJemput Pulang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Alhamdulillah, saya harap saya boleh menaip sesuatu saat ini. Dah lama saya tidak berblog, tapi sebenarnya saya menyusuri blog kawan-kawan melalui galaxy phone tapi saya tak dapat nak respon apa-apa cuma sesekali bila larat.

Nampaknya hari ini badan ni rasa okey sikit. Sekembali saya dari Dungun pada hari Jumaat 2 minggu lepas, sebaik tiba dirumah saya terus sakit. Sakit diperut yang tidak terhingga sehingga membawa ke muntah-muntah dan lain-lain. Keesokannya saya demam berlarutan sehingga 3 hari. Saya tak berjumpa doktor cuma ambik ubat demam yang sentiasa ada dalam simpanan.

Petang hari ke 3 saya dah tak boleh bangun berdiri. Sendi-sendi semua sakit, makan minum keluar semula. Akhir ke hospital juga saya. Mulai hari itu tersadailah saya di Salam Medical selama 5 hari. Doktor masih tercari-cari sebab sebenar walaupun samar-samar doktor ada memberitahu saya.

Memikirkan kemungkinan yang doktor cakap membuatkan saya rasa amat sedih. Lemah sungguh saya. Tak tahan rupanya saya dengan ujian yang sedikit baru Allah berikan. Tika ini, air mata senang sangat keluar. Dengan anak-anak pun saya cepat tersentuh hati. Saya rasa anak-anak seolah-olah tidak mengerti keadaan saya. Memang zahirnya saya nampak okey, mama dah boleh bangun, dah boleh makan, tapi nun jauh di sanubari saya, banyak perkara yang saya fikirkan kemungkinan-kemungkinan seandainya apa yang doktor jangkakan menjadi kenyataan.

Hanya pada Allahlah saya mengharap dan memohon, semoga saya tidak diuji dengan sesuatu yang berat dan seandainya saya terpaksa menerimanya jua, kuatkanlah ketabahan dihati saya.

Saya sentiasa berdoa seandianya saya dijemput pergi, biarlah saya pergi dalam keadaan yang tidak menyusahkan sesiapa. Itulah doa saya setiap ketika. Saya tahu saat itu akan datang juga satu masa nanti. Saya kena terima hakikat ini, setiap perkara akan ada jangkahayatnya.

36 ulasan:

Amie berkata...

Assalam,
berat mata yang membaca n3 ini, berat lagi penanggungan jiwa empunya diri,tabahkan hati dan kuatkan semangat, berdoalah pada-Nya kerana sesungguhnya Dia Maha Mendengar....mudah2an akan segera sembuh.

Acik Erna berkata...

Assalam kak ani..semoga kak ani cepat sembuh..
tersentuh hati membaca n3 kak ani..sedih..

kakcik berkata...

Assalamualaikum Kak Ani.

Saya juga seperti Kak Ani, mengharapkan agar saya tidak menyusahkan sesiapa waima anak-anak sendiri di saat saya tidak berdaya lagi. Perjalanan kita kian hampir ke destinasinya, semoga kita kembali dalam keadaan yang tenang, aman dan beriman. InsyaAllah.

sal berkata...

akak....moga cepat baik..

rasa sayang akak..
rasa simpati pd kakak..
moga Allah sentiasa bersama melalui saat2 sukar dan dipermudahkan urusan dan baik kesihatan..
moga akak cepat sembuh yee..Amin, Ya rabb..Alamin..

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum kak Ani..

Membaca setiap kata2 yang diolah di sini...buat hati rasa tersentuh..

Moga akak diberikan kesembuhan olehNya..dan kekuatan dalam menghadapi ujian dariNya...
Amin....

Ayu berkata...

Assalamualaikum puan KK...

syahdu hati ayu...puan bykkan bersabar dan sentiasa kuat harungi ujian Ilahi...
Allah ambil sedikit nikmatNya terhadap kita kerana ingin diberikan hikmah kpd kita..
doa ayu, moga puan segera sembuh dan dapat meneliti kehidupan dan beramal dlm keadaan sht sjahtera..=)

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...
Tersntuh hati bila baca ntry akak...Semoga akak cepat sembuh dan diberi kekuatan mnghadapi segala dugaan.....

iza berkata...

Assalam..
Berat sungguh dugaan yang ditanggung..bersabarlah..iza hanya mampu berdoa moga kak ani cepat sembuh.

zulkbo berkata...

salam Kak..
moga Allah beri kekuatan pada kak untuk mengharungi kesakitan itu..doa saya kak cepat sembuh...jangan sedih-sedih..

ajumohit berkata...

Kak, smg Akak segera sembuh, berat mendengarnya berat lg Akak yg menanggungnya, smg Akak diberikan kshtan yg baik

Cikli berkata...

semoga kakak beroleh ketenangan dan kesihatan juga keredhaan Allah.

ajumohit berkata...

Kak, smg Akak segera sembuh, berat mendengarnya berat lg Akak yg menanggungnya, smg Akak diberikan kshtan yg baik

al-lavendari berkata...

setiap yang bernyawa pasti akan mati, walau bersembunyi di dalam peti besi.

selagi ajal belum tiba, jangan berputus asa untuk berusaha berubat kerana setiap panyakit ada ubatnya kecuali mati.

Allah yang mendatangkan penyakit dan Dialah juga yang boleh menyembuhkannya. Tidak ada yang mustahil bagiNya.

ibundo berkata...

salam ani. Baru berkesempatan ke sini. Ani tak sehat rupanya. Siapalah kita ini ye ani untuk menolak ketentuanNya. Semuga ani sembuh dan menghadapi dugaan dengan tenang.

ariana berkata...

Salam Kak..Sy doakan agar akak cpt sembuh. Setiap penyakit ada ubatnya, semoga akak tabah menghadapi ujian Allah ini.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Terima kasih atas doa Amie. Akak juga sentiasa mendoakan semoga hati kuat menerima ujiannnya ini.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Terima kasih doakan kak ani. Akak akan kuatkan semangat untuk semboh dengan izin Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Yerlah kan, kesian anak-anak seandainya kita terpaksa menanggung sakit yang boleh membuatkan mereka bersusah hati.

Semoga doa mereka sentiasa bersama kita.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Terima kasih atas doa Sal untuk kak ani. Akak juga doakan semoga kawan-kawan juga sihat dan bahagia sentiasa.

Kunang-Kunang berkata...

Sis Tinie,

Terima kasih atas doa Sis Tinie pada kak ani. Akak juga mengharapkan agar semua kawan-kawan berada dalam kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Ayu,

Terima kasih atas doa Ayu supaya auntie sihat. Mudah2an Allah berikan Auntie kesihatan dan ketabahan.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Terima kasih atas doa MP pada kak ani. Semoga MP sekeluarga juga sihat2 saja yer.

Kunang-Kunang berkata...

Iza,

Terima kasih doakan kak ani. Semoga Iza sekeluarga pun diberikan Allah kesihatan yang baik yer.

Kunang-Kunang berkata...

Saudara Zulkbo,

Terima kasih atas simpati dan doa untuk kak ani.

Akak juga akan berusaha supaya diri ini sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Terima kasih atas doa Aju pada kak ani. Semoga Aju sekeluarga juga berada dalam limpah kurniaNYA.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi.

Terima kasih atas simpati dan doa pada kak ani. Semoga CikLi sekeluarga juga dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Tuan Haji Al,

Terima kasih atas ingatan yang kadang2 kita terlupa. Terima kasih atas semangat yang ditiupkan.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Pah,

Kadang2 bila dalam satu2 ketika terlalu banyak berita sakit yang kita terima, pening juga dibuatnya.

Terima kasih atas doa kak pah. Saya juga doakan semoga kak pah sekeluarga diberkati Allah selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Ariana,

Terima kasih atas doa Ariana pada kak ani. Semoga Ariana dan keluarga juga dilindungi Allah selalu.

Zaitun berkata...

Salam kak ani..semoga cepat sembuh dan segalanya di permudahkan.

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum

Semoga kembali sihat. Ameen

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Moga Allah kembalikan kesihatan kakak dan dapat kembali beribadah kepada~Nya dengan sempurna..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga Ani diberikan kesembuhan oleh Allah SWT, kesembuhan yang tida ada sakit lagi dan semoga Ani sentiasa tabah menghadapi semuanya ini.

Kunang-Kunang berkata...

Zaiton,

Terima kasih atas doa Zai. Semoga Zai sekeluarga berada dalam kesihatan yang baik, InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sdra Abd Razak,

Terima kasih doakan kak Ani, Alhamdulillah sekarang ni sedang berubat dan rasalah sedikit perubahannya.

Semoga Sdara Abd Razak juga dalam keadaan yang sejahtera.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga kak Werdah sihat yer.

Setiap kali sakit saya selalu terkenangkan kak Werdah, betapa tabahnya kak werdah memandangkan kesakitan yang diuji Allah. Saya ni kurang kuat nampaknya.

Terima kasih doakan saya kak.