Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 15 Disember 2011

Sakit Hati

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan yang singgah di blog saya dan mendoakan agar kesihatan saya pulih. Saya doakan Allah taala meberi balasan yang baik kepada kawan-kawan semua.

Pagi tadi saya jumpa doktor untuk mengetahui keputusan ujian darah saya. Alhamdulillah, ada perubahan. Tapi doktor masih mahu berjumpa saya lagi dalam masa 2 bulan.

Sekarang baru jelas tentang keadaan sebenar penyakit saya. Semasa saya mengalami sakit selama 3 hari di rumah dan 5 hari di hospital tu rupanya hati saya bengkak. Bacaan enzim di hati semua tak normal. Yang paling ketara bacaan GGT (Gamma-glutamyl Transferase) saya meningkat hingga 1000 lebih di mana sepatutnya bagi orang yang normal setakat 55.

Masa tu perut mengeras disamping rasa seperti dijolok dengan benda keras ke dada menyebabkan rasa sesak nafas. Muntah dan buang air besar tak berhenti-henti diiringi dengan demam yang berlarutan dan sakit kepala selama hampir seminggu. Kedua-dua kaki membengkak dan sendi-sendi semua sakit menyebab susah nak bergerak. Pinggang juga sakit. Daibetes dan darah tinggi tumpang meriahkan sekali suasana, semua meninggi. Masa tu doktor jangka saya terkena denggi sebab bacaan darah putih pun menurun. Mata pun dah kuning.

Alhamdulillah, selepas beberapa hari di hospital bacaan darah putih saya kembali normal begitu juga enzim-enzim di hati. Jadi saya bukan terkena denggi. Sayangnya bacaan GGT saya turun setakat 800 sahaja sehingga saya keluar hospital. Saya dibekal dengan antibiotik oleh doktor.

Bila balik rumah saya hubungi syarikat Al Jabar untuk mencuba tonik hati keluaran mereka yang dikatakan sangat berkesan sekiranya ada masalah hati. Menurut pihak Al Jabar bila saya ceritakan masalah saya, saya mengidap hati berlemak.

Sehinga semalam saya dah ambik tonik hati Al Jabar selama 10 hari di samping antibiotik yang doktor bekalkan selama seminggu. Nampaknya ada perubahan positif. Bacaan GGT saya menurun ke 232. Masih tidak memuaskan tapi positiflah. Jadi InsyaAllah saya akan teruskan lagi mengambil tonik hati Al Jabar ni. Doktor pun dah tak bekalkan apa-apa ubat lagi pada saya. Saya dinasihatkan supaya kawal diabetes saya. Gula diproses oleh hati jadi jika diabetes saya tinggi hati akan bengkak balik.

Semenjak berusia ni penyakit senang singgah. Tak boleh silap langsung. Kena jaga kesihatan.

42 ulasan:

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Lumrah bila usia meninjak naik. Kakak ni kat office pun duduk lama macam nak patah pinggang sebab dirumah menjahit pun duduk...

Bagus jugalah tonik aljabbar tu ye kak. Boleh amalkan kalau dah tahu. Moga boleh turun lagi dari 232 ke paras yg normal...

Amie berkata...

Alhamdulillah...penurunan ke paras 232 itu sudah dikira terlalu baik jika dibandingkan dengan jumlah 1000 itu...syukur, insya-Allah akan kembali normal.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kakzakie,

Rupanya kalau kita sakit pinggang di sebelah belakang ada kemungkinan kita ada masalah hati. Sakit ni bukan semasa kita bergerak.

Kak ani sebenarnya dah 3 bulan sakit pinggang sebelah belakang. tiap kali ke klinik jumpa doktor. doktor kata kerana otot.

Semenjak doktor beri antibiotik dan makan tonik al jabar ni rasanya Alhamdulillah banyak dah kurang sakit pinggang ni.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Itulah juga doa kak ani. Mulai sekarang kak ani kena pastikan gula paling minimum diambil dan begitu juga dengan lauk pauk yang berlemak dan berminyak.

Ni nampaknya kena rajin ke dapor Amie, intai-intai lauk-lauk yang hanyak dipanggang dan direbus.

kakcik berkata...

Alhamdulillah. Syukur kerana kesihatan Kak Ani bertambah baik. DIA yang turunkan penyakit, DIA juga yang memberikan penawar. Semoga Kak Ani telah bertemu dengan penawar yang benar2 sesuai. InsyaAllah. :)

Fara berkata...

Salam Cik Ani,

Sy risau pula bila Cik Ani kata sakit pinggang belah belakang tu adalah berkaitan hati. Sy pnh cek sbb pnh pinggang sy sakit berdenyut2. Tp bile cek air kencing, doktor sahkan jangkitan kuman.

Semoga Cik Ani tabah menghadapi sakit yg datang menyerang. Kuatkan semangat krn bg sy itulah penawar hebat setiap penyakit.

=D

iza berkata...

Assalam...
Bila dah tau penyakit, senang nak cari ubatnya kan..
harapan saya moga k.ani cepat sembuh...

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..alhamdulillah kak ani beransur baik..

Zaitun berkata...

Alhamdulillah kak ani dah beransur pulih. Harap kak ani jaga diet dan senaman.

Kamariah Awang berkata...

Assalam, kak Ani... Mudah2an cepat sembuh yer.., jangan lupa makan ubat.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga bertambah baik lagi kesihatan Ani.

Pernah juga rasa nak cuba tonik al-jabbar (tapi tak beli lagi) ni bila suatu masa dulu doktor kata hati kak seperti dah tak elok..

Nak lihat hasil pemeriksaan darah kali ini pula.

Syimama berkata...

Assalamualaikum kak Ani.

Semoga akak dipertemukan dengan penawar yang dapat mengubati penyakit akak. Semoga sihat dan aktif semula.

Kamsiah berkata...

salam
semakin berusia,makin kena jaga makan minum kita ya...walaupun kadang2 terbabas jugak...
lagi satu,kalau pijumpa doc,bkn 1,2 penyakit yg detect...mcm2 penyakit yg ada rupanya

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum kak Ani,

Alhamdulillah....sekurang2nya ada improvement...insyaAllah...perlu ambil masa sedikit utk kembali bacaan normalnya....

Byk2 rehat ya kak....mg cpt sembuh

:)

Rashid berkata...

Alhamdullilah .. moga kak semakin sihat. Jaga makan kak ..

Ayu berkata...

Assalamualaikum auntie...
risau juga ayu dgn tahap kesihatan auntie...
moga untie dpt menjalani kehidupan dgn rahmat Allah...
kena berkorban utk berpantang dlm menjamu selera...

salam ziarah dr ayu..

Cikli berkata...

semoga terubat hati

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Betul tu sakit dan penawar semuanya dari DIA.

Kunang-Kunang berkata...

Fara

Sakit pinggang sebelum belakang yang diakibatkan oleh jangkitan kuman selalunya keseluruhan pinggang, tapi sakit pinggang yang kak ani rasa ni disebelah kanan saja.

Kalau ada jangkitan kuman cuba minum air barli.

Kunang-Kunang berkata...

Iza,

betul tu, tahulah kita arah tujunya. Semoga ikhtiar yang dibuat oleh kak ani ni mendapat restu dari Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Terima kasih yer

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Mudah2an kak ani boleh menahan diri dengan pantang2 yang dikenakan oleh dokor dan oleh Al Jabbar.

Kunang-Kunang berkata...

Kamariah Awang,

Terima kasih Ma atas doa tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Mudah2an ujian darah tu memberi keputusan yang baik.

Elok juga kalau kak werdah nak cuba ubat tu. Kita ikhtiar.

Kunang-Kunang berkata...

Syimama.

InsyaAllah semoga usaha sekarang diberkati Allah dan dapat semboh.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Betul tu. Setiap kali jumpa doktor adalah masalah baru yang timbul. Ada ubat kita ikhtiarlah. Mudah2an Allah perkenankan usaha kita tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Tulahm syukur pada Allah, ada perubahan baik dari masa ke masa.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Rashid,

Terima kasih atas doa untuk kak ani. Semoga Cikgu juga diberi kesihatan yang baik oleh Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Ayu,

Terima kasih singgah blog auntie ni. Semoga Ayu juga sihat.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Terima kasih, diharap hati tak bengkak lagi.

aby berkata...

salam k hanim ..
alahamdullillah dapat perubahan yg positif, semoga k hanim yg beransur pulih dapat bergerak dgn selesa ..

awal minggu ni wak gi hospital KPJ dan Salam kt tempat k hanim tu ..
tp tk dapat jumpa doktor sbb kt kedua dua tempat tu doktornya tengah buat operation ..
tp lps 3 hari pegi KPJ lg, dapat jumpa doktor sbb datang awal ..
wf kebas tangan ..
baru perasan yg shah alam medical centre dan tukar nama KPJ

insan_marhaen berkata...

bila sakit begini, ubat mahal pun sanggup kita beli.

muga-muga KR akan konsisten dengan penawar sekarang dan diberi Allah kesihatan.

Tonik hati Al Jabbar + tonik hati Al Quran.... muga-muga ke2nya bermanafaat...

zulkbo berkata...

Salam Kak..
sakit hati? saya baru tahu..
ermm..jangan lupa makan ubat..
harapan cepat sembuh

gadisBunga berkata...

auntie...take care.


*

sebenarnya org yang belum tua pun kene jaga jugak sebab sekarang ni penyakit memamng senang menyerang.

Hanis Azla berkata...

semoga kesihatan akak akan semakin baik hendaknya.. selalu terbaca ttg tonik al-jabar tu untuk hati.. harap2 ubat tu terus berkesan utk akak..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam

Wak,

Semoga Dian dah beransur baik.

KPJ tu dulunya dikenali sebagai Selangor Medical Center (SMC), Salam tu sebenarnya Shah Alam Medical Center.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Memangkan kalau dah sakit, kita sanggup korbankan wang ringgit demi kesihatan.

Itulah yang biasanya orang tak sedar yang kesihatan tu juga adalah rezeki. Bila badan tak sihat duit ringgit pun melayang juga.

Semoga IM sekeluarga sihat sentiasa. Alquran juga penawar hati yang mujarab.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zulkbo,

Itulah kata doktor, hati bengkak disamping perut juga ada masalah. Sekarang ni Alhamdulillah rasa sihat.

Mudah2an apa yang dirasa ni betul2 sihatlah.

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Terima kasihlah doakan auntie. Semoga GB juga sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Hanis,

Terima kasih doakan akak. Semoga Hanis sekeluarga juga sihat sentiasa.

MulutPayau berkata...

Syukur alhmdulillah...kesihatan akak bertambah baik...

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Alhamdulillah, kena berpantanglah sikit tak boleh ikut sedap selera jer.