Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 21 Disember 2011

Peminta Yang Melampau

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Saya tertarik bila membaca N3 kakzakie mengenai seketika-di-lampu-isyarat. Pada pandangan saya tu merbahaya diri sendiri. Maklumlah malang tak berbau. Tapi yang termusykil dihati betulkan orang tu nak mengiklankan tentang sekolah tadika islam.

Bila baca kisah yang diceritakan oleh kakzakie saya teringat 2 peristiwa yang terkena saya sendiri.

Peristiwa pertama saya terkena ketika berhenti kerana lampu isyarat di salah satu simpang empat yang sangat sibok di Klang. Saya melihat seorang wanita (bukan orang kita, tapi mungkin orang dari sebelah nepal sana) menghampiri satu kereta ke satu kereta. Di tangannya ada memegang beberapa benda (orang ni orang islam rasanya) yang saya nampak seperti key chain bertulis kalimah alquran.

Dia juga datang mengetuk cermin tingkap kereta saya. Tapi minta maaflah saya tak nak turunkan tingkap kereta, bukan saya tidak hendak bersedekah tapi cara begitu saya tak berkenan kerana cara itu merbahayakan kita dan juga merbahayakan dirinya. Apa kata kalau kita tak perasan dia ada di depan kereta ketika lampu dah hijau dan kita terus tekan pedal minyak!!!!.

Peristiwa kedua saya kena ialah ketika berhenti di lampu isyarat yang amat sebok di leburaya persekutuan, iaitu persimpangan 'fly over' di batu tiga menuju Bukit Jelutung. Di Lampu isyarat ni tak tahulah berapa persimpangan jalannya. Saya perhatian setiap kali lampu isyarat mana-mana simpang tu merah dia akan menyeberang ke arah tu, begitulah dua tiga kali dia menyeberang di sana sini disimpang yang sibok tu. Dia akan mengetuk setiap kereta yang sedang berhenti kerana lampu isyarat merah.

Orang naik motor lagi kesian. Bila motor tu dinaiki berdua, dia akan meminta dari penunggang dan pembonceng. Menadah2 tangan sehingga kedua2 orang tu memberi.

Memandangkan lampu isyarat lambat nak hijau, jadi lamalah juga saya perhatikan. Tak sempat tiba ke kereta saya, tiba-tiba ada sebuah kereta peronda polis lalu dan berhenti, orang tu terus lesap. Harap-harap perbuatan ini dibendung supaya budaya ni tidak meresap di negara kita.

Sekarang diperhatikan banyak sangat orang-orang meminta derma, peminta sedekah dan penjual tisu. Kita akan jumpa di mana-mana saja. Waima sedang makan di restoran pun mereka ni datang dengan urusan mereka..

22 ulasan:

~ yus ~ berkata...

betullah kak, saya pun tak turunkan cermin tingkap kalau ada yang ketuk. takut sebenarnya...huhu

JunAina berkata...

Zaman sekarang ni macam2 orang buat untuk mudah dapat duit. Nak bersedekah ada caranya, paling senang pergi ke masjid atau cari sahaja anak2 yatim sekeliling tempat kita. Paling baik saudara2 kita sendiri.

Amie berkata...

sebenarnya perbuatan meminta2 dengan cara begitu kurang manis / sopan.... serba salah kita jadinya ye, bukan tak mahu bagi tapi kena tengok situasi, kita pun nak bersedekah dengan ikhlas bukan kerana paksaan.

kakcik berkata...

Masa saya ke Kajang baru2 ini pun saya ada melihat seorang wanita warga asing mengetuk2 cermin kereta di hadapan. Bila saya nak ambil gambar, kelibatnya tiada lagi.

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum Kak Ani:)

MOga akak sihat di sana dan dilindungiNya selalu..Amin..:)

Setakat ni..tini lum pernah alami lagi..tapi memang rasa cam tak patut jee minta sedekah camtu kan..aduhai..macam2

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..merata rata akan kita jumpa benda2 macam tu.susah nak ngelak kak ani.
tapi nak buat camana kan..

Nur-nba berkata...

Salam. Apa khabar Kak Ani? Terima kasih atas ucapan tahniah.

Memang budaya ni kena dibendung. Takut pula ada pihak yg ambil kesempatan.

MulutPayau berkata...

assalamualaikum kak ani..

tak pernah tengok lagi peminta sedekah yg ketuk cermin kereta...tapi kalau di restoran masa makan sllu jugak tersermpak.....macam2 skrang ni....

Ati Masrif berkata...

salam kak ani,

selalunya org2 mcm tu
bukanlah org kita..

org luar ni lebih berani
tak tak reti bahasa

che mid berkata...

Salam kak Ani.. mencari duit atas nama Islam memang menjelikkan.. tapi kita pun dah tak kenal yang mana jujur yang mana menipu kan..

Kunang-Kunang berkata...

Yus,

Sekarang ni mana kita berani nak turunkan cermin kereta sebarangan. alang cermin tertutup pun dia orang boleh pecahkan.

Lebih baik kita berhati2.

Kunang-Kunang berkata...

Jun,

Sekarang ni buat kita keliru antara sedekah dan terpaksa.

Tak beri dok menunggu depan kita, kita beri hati berkata2.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Alhamdulillah kak ani dah beransur sihat.

Kak Ani pun pada mulanya pelik dan tak percaya kejadian itu berlaku ditempat kita. Tapi itulah hakikatnya.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Dalam islam kita tidak disuruh meminta2 sebab itulah dikatakan tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Sekarang ni mudah sangat nak meminta2.

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik.

Saya pun tak ambik gambar, saya takut dia bukan keorangan, silap2 ada pulak yang pecahkan cermin kereta kita.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Memang susah kita nak mengelakkannya antara kesihan dan rasa terkilan. Jalan tengah mana yang kita rasa terdesak sangat kita berikan, apa orang tu buat dengan pemberian kita terpulanglah antara dia dan Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nur-nba,

Itulah yang terjadi ditempat kita sekarang nikan.

Adakah kerana ramai sangat orang yang susah di negara kita ni atau ramai sangat orang yang senang sehingga menjadikan ramai yang meminta2.

Kunang-Kunang berkata...

MP.

Kat sini pun masih baru rasanya taktik ni, tulah kak ani baru terserempak 2 kali.

Kunang-Kunang berkata...

Ati,

Betul tu, orang luar ni anggap meminta2 tu jalan terbaik.

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Sebagai orang islam kadang rasa segan jugakan. Seolah2 orang islam ni miskin benar sehingga perlu meminta2 ke tahap tu.

Hanis Azla berkata...

kdg2 kita bukan tak mahu memberi, tapi cara seperti itu terasa tidak berkenan di hati.. harap2 mereka mahu berusaha untuk tidak meminta2 lagi..

Kunang-Kunang berkata...

Hanis Azla,

Itulah juga harapan kak ani. Bukan kita tak nak beri tapi bertempatlah.