
Ujub ialah PERASAAN kagum atas diri sendiri. Merasa diri HEBAT. Bangga diri. Terpesona dengan kehebatan diri.
Perasaan ujub boleh datang pada bila-bila masa.
Orang yang rajin ibadah merasa kagum dengan ibadahnya.
Orang yang berilmu, kagum dengan ilmunya.
Orang yang cantik, kagum dengan kecantikannya.
Orang yang dermawan, kagum dengan kebaikannya.
Orang yang berdakwah, kagum dengan dakwahnya.
Sufyan at-Tsauri mengatakan ujub adalah perasaaan kagum pada dirimu sendiri sehingga kamu merasa bahawa kamu lebih mulia dan lebih tinggi darjat.
Muthrif rahimahullah telah berkata, “Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal, adalah lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”
Seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata, “Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih hebat dari orang di belakangku. Aku tidak mahu jadi imam sampai bila-bila.”
Ingatlah, semua kelebihan adalah anugerah dari Allah, oleh itu kagumlah hanya kepada Allah, bukan diri sendiri.
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri."(Surah An-Nisaa', sebahagian ayat 36)
Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju yang kemas dan rambut yang disikat menyebabkan dia rasa kagum dengan pakaian dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah tengelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.” (HR Bukhari dan Muslim)
Nabi saw. bersabda, "Ada tiga hal yang dapat membinasakan diri seseorang iaitu kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan ujub (rasa kagum dengan diri sendiri).”. (HR Al-Bazzar dan Al-Baihaqi)
Imam Nawawi rahimahullah berkata,”ketahuilah bahwa keikhlasan niat terkadang dihalangi oleh penyakit ujub. Sesiapa ujub dengan amalnya sendiri maka akan terhapus amalnya". (Syarh Arba’in)
Ujub ini adalah penyakit yang melanda semua manusia. Kita terdedah dengan ujub pada setiap ketika. Semoga Allah bersihkan hati kita untuk menidakkan sifat ujub ini. Takutnya jika amalan kita yang sedikit ini habis ditelan oleh ujub.
Link pilihan :
lenggangkangkung - Ujub































28 ulasan:
Ya Allah jauhilah diri ku dari merasai diri dr perasaan UJUP ini
Terima Kasih atas peringatan.
Assalamualaikum Kak Ani...
Moga kakak sihat hendaknya dengan izin~Nya..amin
Ujub, penyakit yang sukar dikesan kerana ianya ditutup oleh hawa nafsu. Bila kita merasa hebat di hadapan manusia maka itulah baja yang menyuburkannya.
Moga kita terhindar dari penyakit mazmumah ini...
nauuzubillah mintak jauhkanlah kak, mmg selalu rasa riak tu kalau org puji, tp bila dah 'terkena' baru teringat nk istighfar
Kadang-kadang sifat UJUB ini datang tanpa kita sedari, andainya tersedar cepat2lah beristigfar... Semoga Allah melindungi kita dari sifat UJUB.
Sifat ujub inilah yg paling kita takuti kak Ani... ianya dtg tanpa kita sedari... Kena istiqmah selalu
SALAM,
LF CUKUP BIMBANG DGN KEHADIRAN SIKAP UJUB INI PADA DIRI .. PERNAH LF TULIS SATU ENTRI MENGENAINYA ... YA ALLAH, JAUHILAH HAMBAMU DARIPADA SIFAT INI
pernah tgk org UJUB ni riak semacam...minta ditetapkan iman hendaknya amin..
Perasaan ujub kadangkala terlalu halus sehingga kita tidak sedar.. dicampur pula riak.. masyaallah.. kena selalu berhati-hati memerangi sifat ini
Moga kita tak tergolong dalam golongan seperti ini. Memang kadangkala sifat ini ada dalam diri tanpa kita sedari.
Semoga kita terhindar dari perasaan ujub ni.
sifat ujub ini agaknya sama dengan semut hitam yang berjalan di atas batu hitam di malam yang gelap. kita tak perasan ianya ujud dalam diri kita ni.
Assalam kak ani..terima kasih mengingatkan..semoga diri kita terhindar dari perasaan UJUB..
takut sifat ini...semoga terhindar bersifat UJUB
singgah sebentar di sini untuk berkongsi ilmu..terima kasih..takutnya dengan penyakit ujub..
moga menjadi hamba yg sentiasa bersyukur dan taat kepada perintahnya..amin..
salam....
sama-samalah kita berdoa agar Allah swt menjauhi sifat2 yg tak baik itu...siapalah kita nak rasa hebat..kita adalah "hamba" di sisi Allah SWT..
MM,
Itulah harapan kita semua.
Waalaikumussalam Saudara Abdul Razak,
Sifat ujub adalah sesuatu yang berdetak dihati tanpa sengaja, semoga Allah ampunkan kita semua seandainya itu terjadi.
Aju,
Memang bila orang puji, tanpa sedar hati kita akan berbunga gembira. Takutnya masa tu syetan tumpang sekaki.
Jun,
Memandangkan ianya tanpa sengaja semoga Allah ampunkan kita.
Kakzakie,
Memang takutkan, tanpa sedar segala amalan kita terhapus. Semoga Allah kawinkan kita.
Dato' LF,
Memandangkan ianya tanpa kita sedari nampaknya kita kena lebih berhati-hatilahkan.
Qhaifa,
Semoga Allah jauhkan kita dari sifat ni yer Qhaifa.
Che Mid,
Kerana halusnya sifat ujub ni sukar kita nak kesan semoga Allah ampunkan kita. Sedangkan riak pulak senang kita kesan jadi sebelum terlambat kita gostan balik apa yang terdetik di hati.
Nur-nba,
Semoga Allah jauhkan kita semua dari sifat ujub ni.
IM,
begitulah berbandingannya, sehingga tuan punya diri sendiri tidak perasan sangat kalau dia tidak arif apa itu ujub. Semoga Allah bersihkan hati kita dari sifat mazmumah ini.
Acik Erna,
Yerlah, kita saling ingat mengingatkan sesama kita. Semoga hidup kita dalam keberkatanNYA.
Sonata,
InsyaAllah sama-samalah kita berdoa dan berhati-hati dalam menjalani hidup kita.
Sal,
Bersyukur dengan rahmat Allah kerana diberikan kita kesihatan dan kesenangan untuk beramal ibadat kepadaNYA.
SR,
Semoga kita sentiasa ingatkan hati kita untuk tidak merasa bangga dengan apa yang kita buat.
Catat Ulasan