Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 13 Disember 2011

Jari-jari Halus

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Semenjak cuti sekolah ni, jarang saya dapat berblog. Selain dari baru nak pulih dari kesihatan yang kurang memuaskan, kehadiran cucu-cucu yang sedang bercuti sekolah termasuk yang sekolah tadika di rumah menjadikan saya lagi tidak berpeluang berblog.

Kerusi didepan pc sentiasa penuh dengan orang-orang kecil ni. Kadang-kadang 1 kerusi dua orang penghuninya. Jari-jari halus mereka ligat menekan key board. Main Game. Sekejap game tarzan, kejap game barbie dan tak ketinggalan angry bird. Kakak yang besar pulak guna lappy mak teh nahnya dalam bilik.

Keinginan nak berblog terpaksa dibatalkan. Bila budak-budak kecik ni tidor, nekma dah penat dan nak rehat. Kadang-kadang saja dapat buat BW ke blog kawan-kawan sekejap untuk melepas rindu nak tau cerita kawan-kawan. Dalam kesebokan melayan mereka, keinginan nak buat N3 baru tetap ada tetapi tak ada idea.

Beginilah hidup orang macam saya ni agaknya. Bila cucu-cucu tak datang, rumah rasa sunyi. Dah ada di rumah tak berdaya pulak nak melayan mereka. Kesian jugak dengan mereka ni, cuti sekolah pun mak ayah asyik kerja. Nasib baik Sakinah sedang cuti seminggu sebelum final exam dia, jadi dialah yang banyak melayan kerenah mereka.

Minggu depan tanpa Sakinah di rumah, terpulanglah kepada mereka melayan diri sendiri ataupun mereka balik ke nursery.

22 ulasan:

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...

kalau tak de dia orang tentu sunyikan...Tak pelah kak..sesekali bagi dia orang layan game masa cuti sekolah ni...

Amie berkata...

Assalam,
sama macam bonda... tiap kali telefon memang kedengaran riuh rendah dengan suara cucu2nya, nanti bila dah habis cuti, bonda kembali duduk keseorangan...bila Amie telefon, rasa macam nak terbang balik temankan bonda kerana katanya kesunyian.....

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Benar tu bila tak datang rasa sunyi bila datang tak terlayan, cucu-cucu baru saja balik pukul 9.30 tadi

Sekarang bila mereka datang kak dengan maknya dah pakat tak buka komputer sebab berebut.. alhamdulillah bertahan dah beberapa bulan.

Kamsiah berkata...

salam
seronoknya...meriah rumah...betul..bila merteka tiada,rasa sunyi sepi pulak

Ayu berkata...

Assalamualaikum auntie,

ayu dtg menziarah lg dan bc entry auntie..tak pa la auntie,keluarga perlu diutamakan..bila dah betul2 lapang, boleh la teruskan menitip sepatah dua kata disni...=),ramai yg menanti...
moga auntie sntiasa sht dibwah payungan rahmat Ilahi..

sekamar rindu berkata...

assalamualikum....wbt,


moga Allah SWT memberi kesihatan yg baik buat kak sefamily....amin

che mid berkata...

Salam, CM pun sama.. skrg ni pun adik beradik datang.. dua malam di rumah, skrg ke langkawi, esok balik semula ke sini sebelum pulang ke KL. Tak dan nak buat entri walaupun otak teringat juga pada gang blog ni...

sal berkata...

seronok sebenarnya melayan cucu jika berkesempatan ye..begitulah juga Kalau cucu saudara saya datang..memang penatlah melayan mereka tapi happy..maklumlah datangnya sesekali..

Moga kak Ani sihat2 selalu dan ceria2 bersama mereka..

Acik Erna berkata...

Assalamualaikum kak Ani..
alhamdulillah.kak ani dah sihat.
seronok melihat kerenah dan keletah cucu ye kak ani..acik belum berpeluang ada cucu sendiri...cuma sesekali bila ada cucu sedara yang datang ..itupun dah terasa keseronokannya.

kakchik@ella berkata...

Riuh rendah rumah saat2 camni, kan.

Cikli berkata...

budak budak main game sebab belum reti berblog

Kunang-Kunang berkata...

MP.

Itulah orang seusia kak ani ni kalau sama-sama berjumpa tak tanya lagi hal lain, mesti tanya berapa orang cucu.

He he, dulu2 orang tanya berapa orang anak.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Baguslah kan Amie jauh pun masih ada orang yang boleh memeriahkan kehidupan bonda Amie.

Hanya kasih sayang anak-anak dan cuculah jadi penawar.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

cucu-cucu saya pulak akan berada di rumah ni mulai hari isnin hingga jumaat, baru balik rumah mereka.

Kadang2 penat juga melayan kerenah mereka ni, tapi yerlah bukan orang lain cucu sendiri,

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam.

Bukan rumah jer penuh, bila keluar ke mana-mana kereta pulak penuh semua nak ikut.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ayu,

Terima kasih lapangkan masa singgah di blog auntie ni.

Semoga Ayu juga berada dalam kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

SR,

Terima kasih doakan kesihatan akak semoga SR sekeluarga juga berada dalam kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

che Mid.

Oh jadi juga mereka ke Langkawi. Mesti seronok habis tu.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Kak ani cucu saudara pun dah ramai sama ada sebelah kak ani atau sebelah suami.

Bila berkumpul semua adik beradik riuh rendah, kiranya kenduri tak payah jemput orang lain dah penuh korum.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Tulah kata orang kasihkan cucu lain dengan kasihkan anak.

Kunang-Kunang berkata...

Ella,

Selain riuh rendah rumah, batang penyapu pun nak naik rongak tercabut. Tak tau berapa kali menyapu rumah sehingga tak larat mata memandang.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Begitulah nampaknya. He he