Dalam N3 saya tengkujuh-datang-lagi saya tampalkan gambar mengenai gelombang besar di Dungun terutamanya Pantai Teluk Lipat.
Sayangnya kepulangan saya kali ini menjadikan hati saya hancur luluh saya bila melihat apa yang berlaku kepada Pantai Teluk Lipat yang menjadi tempat wajib untuk saya lawati bila saya balik ke kampong Dungun. Inilah keadaan pantai yang cantik itu sekarang.





Seperti biasa ketika balik ke Dungun sempena perkahwinan anak saudara saya pada 24 hingga 26 Disember baru ini saya ke Pantai Teluk Lipat. Terperanjat dan sedih melihat keadaan ni. Pada malam 25 Disember tu, saya ke pantai tu dan saya melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana ganasnya ombak mengempas pantai Teluk Lipat sehingga air lautnya mencecah dan melambong tinggi ke jalan raya.
Sayangnya dalam keadaan demikian, saya tak ada ambik apa-apa gambar.
Gambar ihsan dari http://eriyza.blogspot.com































41 ulasan:
Assalamu'alaikum Kak Ani...
saya pernah melalui pantai itu dan saya mengkagumi keindahannya. Sayangnya kini ia telah musnah dek amukan badai. :(
Sayangnya..tunggu untuk di baiki agaknya ye..tp mesti tinggi kosnya tu..
kak ani dah sihat..?
ye la kak, nak buat macam mana kan.. kalo dah begitu takdirnya pantai tu.. .
Assalamualaikum my lovely kakAni:)
Agaknya..lepas2 ni kena bina benteng yang lebih kukuh dari benteng guni2 pasir tu kan sis...:(
begitulah kekuasan alam ciptahan Tuhan ye kak... sesuatu yg cantik juka ingin di ambilnya sekejap saja.
Assalamualaikum Kak Ani..
Moga kakak sihat hendaknya atas izin~Nya..
Kita ni semuanya fana, kak! Akan datang kemusnahan kepada semua makhluk ciptaan~Nya..
Kak Ani...
Tika tengkujuh datang hati terus menjadi rawan, badai ombak yang datang membawa warna hitam...menakutkan.
Dulu masa duduk kat Besut, musim tengkujuh Aina haramkan kaki untuk lepak-lepak berdekatan laut. Takut...
Assalam kak ani..semogak kak ani sihat sentiasa.
sayang kan kak ani..pantai dah jadi macam tu..
Kak Ani..
sebenarnya saya dah lama berhasrat nak bawak anak2 ke Ganu tp kenangkan pantainya dah tak berapa selamat utk mandi manda, keinginan tu masih terpendam begitu saja...mungkin ada tempat lain yg menarik di Ganu selain pantainya?
Salam.
Perubahan yang tidak disangka2. Semoga penduduk berhampiran semua selamat.
Kakcik,
DIA Maha berkuasa atas semua makluknya.
Semua kejadian ada pengajaran kepada kita yang berakal ni.
Ariana,
Sebenarnya saya perhatikan dah ada dibuat benteng dari konkrik tapi roboh juga, apa lagi jika diletak guni2 pasir.
Waalaikumussalam Anaa,
alhamdulillah kak ani okey semoga Anaa sekeluarga pun begitu juga.
Yerlah kan dah kejadian alam.
Waalaikumussalam Sis Tinie,
Tulahkan, kita kena belajar dari singapura kot.
Laut disini memang besar dan gelombangnya kuat maklumlah tak ada pulau yang menghalang kedatangannya ke pantai tidak seperti di pantai barat.
Atie,
Iktibar pada kitakan, dia berkuasa atas apa yang dia miliki, sama ada nak diadakan atau dihapuskan, sekelip mata saja boleh musnah.
Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,
Semoga Saudara sihat, kak ani pulak Alhamdulillah, sihat sambil berjaga2 dalam makan dan minum.
Betul tu, tiada yang kekal di dunia ini, semuanya akan musnah bila tiba waktunya.
Jun,
Musim tengkujuh ni nelayanlah yang kesian. Sumber rezeki terputus. Tak taulah pulak kot sekarang ni ada badan yang membantu mereka ni bila musim tengkujuh tiba.
Waalaikumussalam Acik Erna,
Tulah, kena terima kenyataanlah yang semua akan musnah cuma bergantung pada waktu dan keadaan saja.
Semoga ianya dapat dibendong dengan Kerajaan mengambil tindakan apa yang patut. Dengarnya kosnya mencapai berjuta ringgit.
Queenie,
Kalau nak ke Terengganu pegilah bertengahan tahun.
Tentang tempat mandi manda tu, kak ani sendiri tak pasti. Pantai2 di Terengganu ni memang jenis mencerun. Merbahaya.
Mandi swimming pool jerlah nampaknya/
Syimama,
Buat masa sekarang ni tak adalah dengan penduduk di sana mengalami apa-apa kesusahan cuma pada peniaga jerlah, mungkin terjejas perniagaan mereka sebab orang takut nak ke pantai.
ya Allah...sampai macam tu sekali jadinya.
Bumi kita memang tengah marah kan auntie?
salam kak ani..
tempat jatuh lg dikenang kak..ini kan pula tempat yg akk selalu pegi..tentu sedih tgk keadaan yg teruk mcm tu sekali,,sabar je kak..hukum alam atau silap kita sendiri??
Assalamu'alaikum Ani
Semoga sihat ya..
Benarlah Ani, memang sedih bila tempat kita selalu pergi jadi seperti itu kan.. namun semuanya dalam pengetahuan Allah yang mengatur semua kejadian.
Alahaiiiii .. sygnya pantai tu jd camtu. saya peminat pantai kak. Dgr bunyi ombak sambil duduk lepak sorang2 tepi pantai buat saya tenang.
Assalam..
Takutnya tengok keadaan macam tu, semakin terhakis..
GB,
Itulah kehendak Allahkan. Tapi semua yang terjadi kadang2 disebabkan kesilapan manusia.
ieja,
Memang sedih.
Tapi itulah kehendak Allah, mungkin silap kita tidak menjaganya.
Waalaikumussalam Kak Werdah,
Semoga akak sihat yer.
Itulah putaran alam. Setiap yang ada akan musnah seandai itu yang dikehendakiNYA.
Semoga kita semua dilindungi dari sesuatu perkara buruk.
Ella,
Ada orang kata sebab kita banyak buat dosa menjadi Allah marah kepada kita.
Wallahuwa'lam, siapalah kita nak menyalah sesiapa.
Iza,
Memang menakutkan.
salam...puan,
selamat menyambut tahun 2012 buat akak..:)
apa yg berlaku..pasti ada hikmah di sebaliknya...
1. SubahanaAllah..ombak yg ganas tu telah menghakis tepi pantai..meninggalkan sisa2 kotoran pula tu...tentu memerlukan belanja yg besar untuk membaik pulih..
2. Selamat Tahun Baru..
moga kehidupan 2012 menjadi lebih baik daripada hari2 semalamnya..
Didoakan agar impian menjadi kenyataan yg menggembirakan..ameen.
disatu masa yang sama, mereka tabur duit untuk bersukaria dengan monsoon cup hingga terlupa untuk bina benteng pemecah ombak untuk kepentingan rakyat marhaen...
Ooo Rupanya Kak Ani orang Dungun? Silalah mampir ke rumah ma di Pasir Panjang K. Trg, kalau balik kampung yeer... Ma pun sebenarnya mengagumi Pantai Teluk Lipat... Sayangnya yer. Tapi itulah yang dikatakan sekali air bah, sekali pantai berubah...
kejap je kak DIA nak tarik..
cuma kita ramai yang kurang sedar..
apa2 pun pasti ada hikmah atas apa yang berlaku.
mungkin sebagai peringatan.. atau pengajaran..
Waalaikumussalam SR,
Selamat tahun baru juga pada SR semoga tahun baru ni disamping azam baru hidup SR sekeluarga tetap diberkati Allah.
Sal,
Betul tu, sekali ombak memukul pantai, kesannya pada pantai dan tebing.
Sudah surat alam kan.
IM,
Keperluan insan marhain selalu terlepas pandang, Akibatnya dah terangtok baru nak tengadah.
Ma,
Baru-baru ni semasa hantar anak saudara bertandang ke rumah pihak lelaki nama tempat tak ingat tapi melalui jalan ke surau panjang, ada nampak nama Pasir Panjang, kalau tak silap dekat Panji Alam.
InsyaAllah ada rezeki kita jumpa juga nanti.
Si Para-para,
Seronok nampak para-para singgah.
Itulah takdir pantai tu yang telah ditakdirkan ke atasnya.
Kalau tak dapat dipulih seperti biasa pun paling tidak buat sesuatu supaya tidak semakin buruk.
sedihnya tgk gambar2 tu kak.....
Catat Ulasan