Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 11 Disember 2011

Gerhana Bulan - Tiba-tiba Hati Jadi Sayu!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ





Gambar proses permulaan gerhana bulan. Waktu ini
lebih kurang pukul 9 malam lebih dan sebelum jam 10 malam.


Malam tadi ketika menyusuri jalan disepanjang Padang Merdeka Shah Alam sempatlah juga saya mengambil gambar bulan yang sedang dilindungi dari matahari. Sayangnya saya tidak membawa kamera cuma dapat mengambil gambar dengan h/set saja.

Dari sini kami dapat mendengar dengan jelas bacaan Imam dari Masjid Negeri yang sedang mengimami sholat gerhana bulan. Sayang, keadaan kesihatan yang masih belum sempurna betul, tidak mengizinkan saya menyertai mereka di Masjid berkenaan mengerja sholat sunat gerhana bulan.

Saya ada menerima sms dari Masjid Negeri memaklumkan bahawa malam ini ada Program Gerhana Bulan Penuh anjuran Jabatan Mufti Selangor dengan kerjasama Masjid Negeri serta Persatuan Ahli Falak Selangor.

Dari Padang Merdeka kami bergerak menuju ke Masjid Negeri apabila mendengar sholat sunat berkenaan telah selesai. Kami parking kereta di kawasan parking masjid berkenaan kerana dari situ kami dapat mendengar khutbahnya dengan jelas.

Meremang bulu roma saya bila mendengar imam membaca ayat 7 hingga 12 dari Surah Al-Qiamah.


7. Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut)


8. Dan bulan hilang cahayanya


9. Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama


10. (Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?"


11. Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan!


12. Pada hari itu, kepada Tuhanmu lah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara.


Pada saat itu keadaan bulan dan matahari betul-betul seperti dinyatakan dalam ayat di atas. Tiba-tiba hati rasa takut. Terfikir dihati saya, apa akan jadi seandainya Allah meneruskan keadaan ini sehingga esok. Bermakna tidak ada siang lagi di hari ini.

Gerhana penuh berlaku lebih kurang jam 10.31 - 10.33 malam. Pihak masjid ada menjemput orang ramai datang ke perkarangan masjid berdekatan dengan air panjut untuk melihat gerhana bulan dengan jelas dengan menggunakan horoskop. Maaf kalau silap saya menyebut peralatannya yang disediakan oleh pihak Persatuan Ahli Falak Selangor.

Lebih kurang jam 11.00 malam kami beredar dari perkarangan masjid memandangkan orang lain pun dah mula beredar.



Pemandangan di sepanjang jalan Padang Merdeka,
semuanya sedang memerhatikan kejadian Gerhana bulan malam tadi

40 ulasan:

abu muaz berkata...

benar sekali ... hati saya juga tersentuh bila khatib di tempat saya membacakan ayat itu.

dan terfikir ketika saat genting itu masih ada yg sombong bertanya tempat untuk melarikan diri.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak..

Semoga kakak sihat hendaknya dengan kehendak~Nya..

Betapa kerdilnya kita, Allah menggambarkan kebesaran~Nya. Betapa Rasulullah s.a.w. bila berlakunya gerhana, solat sunatnya amat panjang dengan surah al-baqarah, al-imran, al-maidah dan an-nisa menjadi bacaannya.

Moga kita sentiasa menjadi insan yang bersyukur.

sal berkata...

ye, tetiba sayu melihat fenomena alam ni..

saya sempat tengok, apabila hubby mengingatkan..

fenomena alam menggambarkan kebesaran Ilahi dan menyedarkan kita betapa diri yg kerdil ini..

ibundo berkata...

memang tercetus kegerunan membaca ayat-ayat itu....
ani dah sembuh?

Kunang-Kunang berkata...

Abu Muaz,

Jika Allah kehendaki tidak ada siapa boleh menghalangnya. Contohnya kejadiaan gerhana bulan tu, sebijak mana manusia tak dapat berbuat apa-apa untuk mengelak kejadian itu dari berlaku.

Kerdilnya kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sdra Abdul Razak,

Semoga saudara sihat. Kak Ani Alhamdulillah dah banyak sembohnya.

Betul tu, kalau kita fikir betul2, itulah kebesaran Allah yang kita langsung tidak berkuasa menghalangnya jika dia mengkehendakinnya.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Betapa kerdilnya kita. Kita tidak berdaya menghalang apa yang dah dirancangNYA.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Pah,

Alhamdulillah dah beransur-ansur semboh tapi gerun juga nak makan tak tentu hala.

Semoga kak pah sihat yer.

insan_marhaen berkata...

sayang.. IM tak pernah berpeluang melihat gerhana..

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...
Ya Allah...mmng gerun bila baca ayat2 tersebut...betapa kerdilnya kita...

Aishah Jahirah(cik aisha) berkata...

saya tak berkesempatan melihat gerhana smlm dgn mata sendiri....hanya melalui gambar di blog2..:)

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani,

Semalam dapat tengok selama dalam perjalanan selepas maghrib daripada Sungai Buloh ke rumah kak di Taman Permata, kebetulan semalam ke Klang dan dalam perjalanan balik singgah di sungai buloh,

Ya Ani itulah kekuasaan Allah SWT yang kita tak dapat pertikaian, Allah Maha Besar.

Syimama berkata...

Gerhana tanda kebesaran Allah.. semoga kita sentiasa ingat mengingatkan dan semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dunia akhirat.

Acik Erna berkata...

Assalam kak ani...sayangnya tidak berkesempatan malam tadi..kurang sihat jugak..terlena terus..

iza berkata...

Assalam..
Kat tempat iza hujan...tak dapat nak tengok..

a.samad jaafar berkata...

alhamdulillah krn berpeluang bersama jamaah bersolat sunat gerhana bulan semalam..

akak sakit apa?

zulkbo berkata...

salam Kak..
semoga cepat sembuh..


sedih saya bila jiran Indon
buat kenduri sampai ke malam
berdangdut tak kala gerhana
bulan semalam..

missgee berkata...

Kak Ani,
Hara2 cepat sembuh!!!

Semalam nengok jugak
gerhana bulan tue..
Allah Maha Besar!!

Kakzakie berkata...

Itulah kak Ani... melihat kuasa dan kebesaran Allah terasa betapa kita ini terlalu kerdil. Siapa boleh menyangkal kunfayakun Allah...

Cikli berkata...

tanda kebesaran Allah. tiada tuhan selainNya.

Cik SHiNJU berkata...

Subhanallah...

Saya x dapat tgk sbb Sepang ujan malam tu..

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Tak aperlah. Dah tak ada rezeki kata orang2 tua.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Kita insan yang tidak berdaya untuk melawan takdirnya apa yang kita mampu hanya berdoa.

Kunang-Kunang berkata...

Cik Aisha,

Sekarang ni Alhamdulillah kemudahan teknologi membolehkan kita melihat sesuatu yang jauh tu dengan jelas.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga kak werdah sihat.

Kita hanya mampu berdoa yer kak semoga tidak berlaku sebarang keburukan.

Kunang-Kunang berkata...

Syimama.

InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Alhamdulillah segala2nya dah selesai tanpa sebarang perkara buruk berlaku.

Kunang-Kunang berkata...

Iza,

Disini cuaca elok, cuma waktu siangnya saja hujan.

Kunang-Kunang berkata...

A. Samad,

Alhamdulillah dapat menunaikan sholat sunat gerhana. Semoga Allah melindungi kita semua dari perkara buruk.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Zulkbo,

Begitulah bagi setengah manusia, tidak mempedulikan alam sekeliling janji diri mereka bergembira.

Alhamdulillah sekarang dah beransur kurang.

Kunang-Kunang berkata...

Miss,

Terima kasih doakan akak. Itulah juga harapan kak ani. Berusaha berubat semoga Allah berkenankan.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Dengan kejadian begini sedarlah kita betapa tidak berdayanya kita dengan kuasaNYA.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Tepat sekali, dialah yang Maha Agong.

Kunang-Kunang berkata...

Cik Shinju,

Tak aperlah nak buat macam manakan.

gadisBunga berkata...

rasa semacam bila baca balik ayat tu, nak nak mengenangkan waktu kejadian gerhana tu...Allah Maha Mengetahui....

[PCL] berkata...

assalamualaikum kak, semoga sentiasa sihat hendaknya.

Linda Musa berkata...

Assalamualaikum akak...mungkin kita ada terjumpa namun masing2 x kenal kan? apa pun pengalaman tersebut sangat berbekas di hati saya...tnx for the visitation on NOTEPAD :)

Kunang-Kunang berkata...

Gadis Bunga,

Kak Ani pun kalau tak dengan imam tu yang bacakan ayat tu tak terfikir pun tentang perkara tu/

Apa pun sama-samalah perhatikan tanda2 yang Allah tunjukkan pada kita.

Kunang-Kunang berkata...

PCL.

Terima kasih doakan kesihatan kak ani. Semoga pihak PCL sekeluarga pun begitu juga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Linda,

Terima kasih singgah.

Kemungkinankan. Semoga apa yang berlaku disekeliling kita, kita jadikan panduan dalam meneruskan hidup kita ini.