Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 9 November 2011

Streamyx Punya Hal Rupanya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Alhamdulillah hari ni barulah datang berblog semula selepas 3 hari terputus hubungan bila Streamyx tergendala di rumah saya. Pada mulanya ingatkan line dirumah yang bermasalah, selepas pelbagai usaha sehingga terpaksa meminta pertolongan khidmat dari TM, masih juga masaalah tak dapat diselesaikan.

Akhirnya anak saya minta pihak TM cari apa masalahnya sebab bagi pihak kami dah cuba macam-macam. Tapi gagal. Akhirnya selepas 1 hari setengah, pulihlah. Saya tak tau sama ada jiran-jiran saya juga menghadapi masalah yang sama atau tidak.

Terima kasih pada kawan-kawan yang singgah ketika saya tidak berada di blog saya ni dan meninggalkan ulasan di N3 saya yang terakhir.

26 ulasan:

Cikli berkata...

internet dah jadi macam rokok sekarang ni

ieja amieja berkata...

assalam kak..

umah sy pun guna streamiyx..tp line jer yg selalu problem..nak guna BB lagi ler lemau..area taman sy BB mmg x de line ..jiran sebelah guna streamyx..lemau..tukar BB..lg lemau, skrg tukar streamyx blk..

ajumohit berkata...

Syukurla line streamyx dh ok ye kak, blehla bw hihi

MulutPayau berkata...

saya pakai BB lagi teruk line........
Kalau tak de intrnet......tak sempurna rasanya....

ainnoraini berkata...

Mmg lemau..kadang2 naik hangin jugak...
Betul la MP...jiwa kacau kalau x de internet ni kannn...

zulkbo berkata...

salam Kak..
siaran tergendala sebentar ye..
cuaca kut..hujan je manjang nih..
apa pun selamat kembali berblog

hani@debumelukut berkata...

Selamat kembali...

Kamariah Awang berkata...

Patutlah tak nampak jejak Kak Ani... Hehe...

Amie berkata...

memang geram kalau siaran tergendala... kalau dah sampai berhari-hari....mmmmmm...sabar ajelah..

sal berkata...

syukran..rindu akan blog akak..

ibundo berkata...

salam ani,
kadang2 kalau line buat masalah kita boleh tumpukan pada benda lain hehe..

pB berkata...

setuju dengan komen Kak Pah

Zaitun berkata...

Alhamdulillah dah boleh berblog semula.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Betul tu. Terputus hubungan dibuatnya. Nasib baik bukan kaki chatting kalau tidak lagi parah.

Kunang-Kunang berkata...

ieja,

kat rumah ni budak2 yang guna laptop semuanya guna BB. Tapi akak tak suka guna laptop maklumlah mata dah kurang sikit terangnya. Tak selesa, jadi tunggulah line ok guna pc.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Tulah tapi baru pagi ni boleh berblog balik, banyak perkara2 yang menunggu di rumah ni. Kena utamakan.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Terukkan, dulu tak ada internet, okey jer.

Kunang-Kunang berkata...

Ainnoraini,

Zaman teknologi, otak pun dah kearah tukan. Tak aper kita guna untuk kebaikan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam saudara zulkbo,

Mungkin jugakan dan TM tak tau masalah yang berlaku.

Apa pun okeylah nampaknya sekarang.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

He he tulan, dapatlah membaca perkembangan kawan2 semula.

Kunang-Kunang berkata...

Ma.

Gelisah jugak putus internet ni. Malaslah nak pinjam laptop budak2 tu, lagi pun tulisannya kecik, mata kurang dah powernya.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Memang, dulu masa tak kenal internet tak aper, dan tahu keseronokan dan kemudahannya, gelisah bila tak ada.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

He he, tak ada N3 baru ni, tak boleh nak menaip lagi, cucu kacau. Baru nak menaip, Kaisah naik atas riba.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Pah,

Betul, betul, betul. Tapi resahlah jugak. Buat kerja, buat kerja jugak.

Kunang-Kunang berkata...

Zaiton,

InsyaAllah, mudah2an begitulah.

Kunang-Kunang berkata...

PB,

Betul apa yang kak pah kata tu.