Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 1 November 2011

Sehari Di Pekan Colmar

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Sebenarnya cerita ni dah suam, hampir-hampir nak sejuk. Tak aperlah kan. Saya nak berkongsi gambar-gambar ketika kami ke Bukit Berjaya (Berjaya Hill) di Bukit Tinggi.

Pada hari Depavali hari tu, cucu-cucu ajak jalan-jalan. Kata mereka nak ke Cameron Highland. Saya bimbang kalau ke CH tanpa book hotel nanti tak ada tempat nak bermalam, lagi pun besoknya Izati sekolah, nak balikpada hari yang sama mesti memenatkan.

Akhirnya kami ke 'The Colmar Hotel' di Bukit Tinggi. Dah lama teringin nak ke sana bila dengar cerita dari kawan-kawan tentang keseronokan di sana. Nak bermalam di sana rasanya kurang keperluanlah sebab mengikut cerita ada bilik yang harganya mencecah RM1,000.00 satu malam.

Kami tiba di sana lebih kurang jam 11.00 pagi. Perjalanan lebih kurang 1 jam atau lebih sikitlah dari Shah Alam. Nak masuk ke area Hotel Colmar dan melihat persekitarannya kami dikenaan tikit RM12 untuk orang dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak yang berusia 4 - 12 tahun. Rabaklah lebih kurang RM75 untuk tikit saja. Pada saya, saya rasa mahal.


Pemandangan 'Pekan Colmar' dari kejauhan












Inilah kononnya 'Pekan Colmar' iaitu sebuah pekan di negara Peranchis. Gambar-gambar ni saya ambil ketika hujan. Tak dapatlah kami menjejakkan kaki di pekan ni, sekadar melihat dan mengambil gambar dari dalam kereta saja.

Dari 'Pekan Colmar' kami menuju ke puncak bukit berjaya dimana disana terdapat apa yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.



Saya tak naik ke puncak bukit ni hanya tunggu dikaki puncak. Sebenarnya ada bas yang tak berdinding membawa pelawat yang ingin ke puncak. Tapi setiap kali tiba ditempat kami menanti, bas tu sentiasa penuh. Jadi anak-anak saya gunakan kemudahan bas tu ketika turun dari bukit. Kerana saya tak naik gambar-gambar ketika mendaki dan ketika di puncak bukit ni diambil oleh anak saya.















Turun dari puncak kami ke Taman Arnab yang terletak di kaki Berjaya Hill. Sebenarnya sebelum ke kawasan berbayar 'The Colmar' kita boleh singgah di Taman Arnab ni dulu. Bayaran masuk RM3.00 seorang. Tak banyak ambil gambar kerana hujan.


Berbaris untuk masuk ke Taman Arnab





Gambar merak diambil dari luar kawasan Taman Arnab



Kenangan DiTaman Arnab


Kami turun dari Berjaya Hill di Bukit Tinggi waktu zohor masih ada. Jadi kami memutuskan makan dan sholat zohor di R & R Genting Sempah.


R & R Genting Sempag


Satu nasihat saya kalau ada yang nak kesini, untuk mengelakkan kelaparan dan dahaga bawalah bekal paling tidak biskut atau sandwich dan air. Di sini saya tak nampak tempat jual makanan melainkan kedai jual aiskrim yang harganya mencecah RM5.00 satu dan jajan. Takkan kita nak makan di hotel. Duit ada pun makanan tak ada. Makan aiskrim dan jajan sajalah.

Untuk sholat, papan tanda kata 'masjid' ada nampak tapi tak jumpa cari. Mungkin sebab dah tak larat mendaki (berkereta). Walau macam mana pun saya tak serik, kalau berkesempatan saya nak datang lagi ke sini dengan persediaan yang perlu. Tempatnya nyaman dan cantik.

34 ulasan:

kakcik berkata...

Saya belum pernah sampai ke sana. :)

Fara berkata...

Wow! Dlm Colmar tu pun harga jajan mahal ye? Dan sy terbeliak gak biji mata nie dgn harga tiket mcm tu. Hiks~ Klu sy Cik Ani, nak ke sana kena pk 10x.

Huhuhuhu!

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Kak ani pun inilah bertama kali.

Kunang-Kunang berkata...

Fara,

Nak buat macam mana, tikit tu kita diberitahu bila kita dah berada di 'tol' gate nak masuk ke kawasan tu.

Perangkap sungguhlah kiranya, nak gostan dah tak boleh sebab kereta dah berderet menunggu dibelakang.

Bayar tikit macam kita bayar tol tak payah turun.

NM02 berkata...

layan show belah mlm best kan

Kakzakie berkata...

Lihat gambar yg di puncak nampak lebih cantik Kak Ani. Tengok anak dara comel tu makan aiskrim sebab tak ada kedai makan pada mereka tak ada masalah - janji dapat aiskirm.

gadisBunga berkata...

tempat ni boleh pegi dan balik hari sebab dekat. hmmm..rasa mcm nak masukkan dalam planning raya haji saya lah! hihihi~

che mid berkata...

Che Mid pernah pergi dulu tapi bermalam di Bukit Tinggi. Suka tengok anak-anak main arnab. Tapi makan memang mahal...

sal berkata...

tak pernah sampai lagi..

nampak persekitarannya cantik krn semulajadi..

cuma penat berjalan kot..anyway happy jalan ngan fmly..

Qhaifa Nur berkata...

setuju sangat tempat gini makananya memang mahal...bawa bekal senang

saya memang nak ke sini lagi..sesekali cuci mata kat sini pulak..

Ann Huda (Ate) berkata...

Ate ngan famili kalau ke mana2 mmg selalu sedia makanan. Tambah ada bebudak. Tak tahan mknan di tempat2 cam ni mahal.

kakchik@ella berkata...

Kdg2 kak Kak, ella rasa sungguh tak berbaloi pegi sana sbb byrnnya mahal sgt. pernah sekali duduk hotel kat situ. pastu dsbbkan tak da pilihan, terpaksa la jugak makan makanan hotel.

Mahal gila harga dia, kak. Sgguh tak berbaloi.

JunAina berkata...

aina sedikit fobia memandu di tanah tinggi so belum ada lagi mana2 destinasi tanah tinggi yg menjadi percutian bersama anak2 setakat ini...lagipun sagabiru tu bukan kuat sgt nak panjat2 bukit...:)

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Budak dua tu tak tau berapa kali pekena aiskrim, kat taman arnab makan aiskrim lagi.

Dah sampai di R & R Genting Sempah sikakak baru minta nasi. Adik banyak main-main.

Kunang-Kunang berkata...

NMO,

Terima kasih singgah.

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Bagus jugak. Kalau tak nak panjat bukit rasanya elok tinggalkan kereta di kawasan Colmar tu, sebab dari situ akak nampak bas tu kosong jer.

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Sekurang-kurangnya Che Mid jumpa tempat makan, akan tak jumpa langsung.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Kawasannya memang hutanlah kiranya. Persekitarannya dingin. Untuk rehat2 fikiran dengan anak-anak okeylah.

Kunang-Kunang berkata...

Qhaifa Nur,

Untuk bawa keluarga memang seronok berjalan tempat2 macam ni, tapi tempat ni taklah sesejuk genting.

Kunang-Kunang berkata...

Ate, Bawak bekal itulah yang terbaik. Taklah tercari-cari tempat makan.

Hari tu nasib baiklah cucu2 kak ani tu tak merungut lapar. Tapi aiskrim tak tahu berapa kali.

Kunang-Kunang berkata...

Ella,

Tak aperlah sesekali manjakan dirikan.

Hanis Azla berkata...

saya pun pernah ke colmar.. tp tak menginap juga.. pergi dan balik hari saja.. itu pun rasanya dah cukup dah..

Kunang-Kunang berkata...

Jun,

Mendaki dari kawasan Colmar menuju ke puncak agak tinggi sikit. Tapi untuk ke kawasan yang paling tinggi kita tak dibenarkan berkereta. Suruh berjalan saja, tu yang kak ani tak pergi.

MulutPayau berkata...

cantik kawasan Colmar tu...tapi saya tak smpai lagi ke situ....

Syimama berkata...

cantik pemandangannya..cam kat oversea je gayanya. Belum sampai ke sini lagi.

Kamariah Awang berkata...

Menarik tempat tu yer... teringin jugak nak kesana. Insya Allah..!

zulkbo berkata...

salam Kak..
pulang ke Jengka selalu lalu
depan kaki bukit tinggi tu..tapi
saya sendiri tak sampai ke atas
lagi..entahlah..mungkin bukan
minat saya dan keluarga..he he

Kunang-Kunang berkata...

Hanis,

Sebenar selain merasakan kedinginan dan kenyaman udara dan persekitaran yang kehijauan tak ada apa keistimewaan di sini.

Budak2 pun kalau dia seronok dapat tengok binatang di Taman Arnab.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Kawasan bersekitaran yang menghijau dan udara yang sejuk dan nyaman. Selain bangunan yang cantik tu, pada kak ani tak ada lainlah keistimewaannya.

Kunang-Kunang berkata...

Syimama,

Kawasan yang dingin dan selain pokok hutan asal, ditanam juga pokok pine. Kalau nak menenangkan fikiran memang bagus tempat ni.

Kunang-Kunang berkata...

Ma,

Macam saya katalah kan untuk merasa menyamanan udara dan persekitara dan melihat keindahan alam baguslah kesini.

Selain tu tak ada apalah yang istimewa sangat sebagaimana yang dibayangkan dalam akhbar2,

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Zulkbo,

Sama seperti kak anilah setiap kali balik ke Terengganu akan lalu bukit tinggi.

Memandangkan akhbar banyak menceritakan keistimewaan tempat ni tu yang hati teringin sangat nak pegi sendiri ke tempat ni.

Untuk berehat2 dan melihat kehijauan dipersekitarannya bolehlah. Untuk anak-anak selain taman arnab tak nampak apa yang ada.

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

saya tak pernah sampai lagi kat sini...cuti sek boleh g nanti.

sudipVSsenduk berkata...

Belum ada rezeki nak ke sana, teringin sangat...

Salam ukhwah. I follow ya