Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 15 November 2011

Roti Canai + Ikan Asam Pedas

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Malang tak berbau, itulah kata orang.

Begitulah nasib saya pada pagi Ahad lepas. Saya suka sangat makan roti boom (tak letak gula) di sebuah restoran melayu di Seksyen 16 Shah Alam ni. Roti dia ranggup. Jadi seperti biasa saya akan makan 2 keping, 2 tu!!!, satu tak cukup. Saya akan makan roti canai ni dengan ikan masak asam. Selalunya ikan kembonglah.

Nak dijadikan cerita, tak tau macam mana, sedang sedap menikmati roti canai tu, tiba-tiba tercekik tulang. Bila terasa ada tulang kat tekak, macam biasalah saya minum berkali-kali. Tak lepas, saya telan pulak roti canai yang hanya dikunyah sikit, dengan niat supaya tertolaklah tulang tu sekali.

Sayangnya semua usaha tidak berjaya. Akhirnya bila tiba di rumah saya ambik segelas air sejuk. Saya baca doa nabi Yunus 7 kali pada air tu, dengan bacaan selawat dan bismillah saya minum air berkenaan serta berdoa pada Allah semoga tulang tu terlepas dari tekak saya. Selalunya ini cara saya buat bila tercekik tulang. Selepas selepas beberapa ketika selalu terlepaslah tulang tu dari tekak. Bukan serta merta.

Tapi kali ini sehingga petang Isnin tulang tu masih terlekat disitu. Allah belum mengizinkan lagi. Petang Isnin tu tekak dah mula sakit dan telinga pun dah rasa sakit sikit-sikit. Mengenangkan diri ada diabetes, bimbang pulak takut infection. Jadi akhirnya kami ke Salam Medical Center untuk jumpa pakar ENT.

Malangnya sampai sana lebih kurang jam 4.00 petang, doktor baru balik. Akhirnya saya jumpa dengan doktor perubatan. Memandangkan bukan bidang dia, doktor tu kata dia cuba tengok dulu, kalau nampak tulang tu, InsyaAllah dia cuba keluarkan. Tapi kalau dia tak nampak tulang tu kenalah tunggu esok untuk dibuat oleh doktor ENT,

Alhamdulillah doktor tu nampak tulang tu, akhirnya legalah. Panjang jugak tulang tu hampir 1 inci. Doktor bekalkan juga antibiotik. Dah takut pulak rasa nak makan ikan masak asam di restoran tu lagi.

Berhati-hati bila makan, bukan saja kena berhati-hati di jalanraya. he he.

32 ulasan:

Marina Monroe berkata...

Salam,
Memang sakit kalau terlekat tulang, Ya Allah memang saya selalu beringat tulang ikan, tulang ayam bila makan.
Takut sangat..
Alhamdulillah..tulang terlekat tuh dpt di keluarkan.

ibundo berkata...

alahai ani.. nasib baik tak apa-apa. kakpah cukup takut kalau tercekik tulang ni. Ngeri...

Amie berkata...

suspen aje baca n3 ni... panjang juga tulang tu ye....

lizz berkata...

ngeri pulak sampai 1 inci tulang...saya memang tak makan ikan yang banyak tulang...saya memang fobia lekat tulang..dulu kecik selalu lkt tulang korek sampai berdarah tekak huhu..

Zaitun berkata...

Alhamdulillah dah lega.

Roti boom menyelerakan.

Kakzakie berkata...

Ya Allah Kak Ani... panjang tulang tu sebab itu tak boleh buat sendiri. Dulu adik ipar kakak pernah tercekik tulang ikan parang hubby kakak yg cabut guna tweezer... Syukurlah tak sampai kena operation.

JunAina berkata...

dalam berhati2 tu terkena jugak...tulang makin kecil makin tinggi risikonya.

Ikan bertulang banyak di haramkan masuk ke rumah, bukan takut anak terlekat tulang tapi takut bapaknya pulak yang terlekat...:)

ieja amieja berkata...

alhamdulillah..blh ditarik keluar jgk akhirnyer...mmg seksa kak bila tercekik tulang ni..

Anaa berkata...

laa makan ikan banyak tulang ke kak ani.. Alhamdulillah, dah kuar... kalo telan nasi kepal pun tak lut eh kak.. selalu saya kalo tercekik tulang, telan nasi yang dikepal, ok..

sal berkata...

saya pun pernah tercekak tulang..makan di resoren..
lama juga baru sembuh..sakit

iza berkata...

Assalam...
Tak pernah pula berjumpa Doktor bila terlekat tulang ikan. Biasanya ikut petua orang tua2 je...kepal nasi bulat2 dan telan tanpa dikunyah. Alhamdulillah berkesan juga..

Nasib baik tulang tu dapat keluar kan. Mesti rimas bila ada benda yg terlekat..

yan berkata...

saya ada petua kalau tersangkut tulang ni. tapi sure orang tak akan perrcaya.. Tapi memang mujarab..






p/s: sapu kan sedikit minyak di bahagian 'anal' kita. INSYALLAH akan ok.. Mcm tak percaya kan!..

Acik Erna berkata...

kassalam kak ani..acik memang takut sangat kalau tercekik tulang..
risau je..sekarang ni kalau makan pun..cari ikan tak banyak tulang je.

Kamariah Awang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kamariah Awang berkata...

Alhamdulillah... lepas jugak akhirnya. Memang tak selesa dan sakit nak menelan kan, Kak Ani... Arwah suami ajarkan, ambil nasi panas sebesar ibu jari, kepalkan kemas2, selawat dan terus telan, jangan dikunyah. Itupun kalau Allah mengizinkan....

ibuintan berkata...

syukur akak tak apa-apa... saya pun takut sangat kalau tercekik tulang

dah pernah kena, memang sakit

Kamsiah berkata...

salam
kalau kita yg tercekik...mcm2 usaha boleh kita lakukan..kalau anak2 kecik yg tercekik..mmg susah hati dibuatnya...

Kunang-Kunang berkata...

MM,

Tulah malang nak berlakukan. Bukannya ikan bertulang, ikan kembong jer.

Tapi tulah Alhamdulillah tak mudharat panjang.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Pah,

Dah nasiblah tukan. Tak berbaloi sungguh. Tapi apa pun syukurlah dah terlepas...

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Tulah bila doktor tengok dia kata panjang, seram juga. Padanlah puas dikorek, telah air bergelas2, telah nasi semua tak jalan.

Kunang-Kunang berkata...

Lizz,

Tulah dah nak tercekik kan. Bukannya tak biasa makan ikan kembong, hari tu pulak tercekik.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Tulah Alhamdulillah. Roti boom ni roti orang melayu. Restorannya sentiasa penuh. Boleh dikatakan setiap minggu paling tidak sekali akak makan roti boom ni.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Itulah buat serik rasa nak makan ikan.

Inilah pertama kali tercekik tulang ikan sehingga ke doktor. Selalunya kita guna cara tradisional, baca ayat2 quran sikit, jalanlah tulang tu.

Ni Allah belum izin lagi dengan terlepas cara yang kita buat.

Kunang-Kunang berkata...

Junaina,

Sebenarnya akak takut jugak hari tu buatnya doktor tak nampak, macam manakan!!. Ehh takut nak fikir.

Kunang-Kunang berkata...

ieja,

Tulah eija, Alhamdulillah terlepas juga siksanya tu.

Kunang-Kunang berkata...

Anaa,

Tak Anaa, akak makan ikan kembong jer. Mungkin akibat tak berhati2, tulah jadinya. Apa pun Alhamdulillah semua dan selesai.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Selalunya kak ani kalau tercekik tulang, minum air bergelas2, telan nasi kepal dan baca doa nabi yunus tu. InsyaAllah walau pun ambik masa sikit untuk hilang.

Kali ni tak berjaya!!.

Kunang-Kunang berkata...

Iza,

Kak Ani pun macam tu. Nilah pertama kali terpaksa jumpa doktor selepas 2 hari tak hilang.

Kunang-Kunang berkata...

Yan,

Terima kasih bagi petua tu. Tak salah kita cuba jika boleh membantu.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Memang bahaya lekat tulang nikan. Nasib baik tulang tu boleh nampak jadi tak adalah panjang kisahnya.

Kena lebih berhati2 ni.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Terima kasih singgah. Betul tu, kalau budak2 susah, tak tau macam mana nak tolong selain suruh minum air atau telan benda2 yang boleh menolak tulang tukan.

NzA berkata...

tragis juga tu kak...trkadang disebabkan kejadian macam tu kita jadi fobia....