Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 19 November 2011

Percubaan Pertama

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Inilah rupa nasi himpit goreng saya yang saya ikut dari apa yang dicatitkan dalam blog Acik Erna. Terima kasih Acik Erna sudi berkongsi resepi buat nasi himpit goreng ni.

Nasi himpit saya ni pun baki dari Raya Haji hari tu juga. Rupanya lain sikit dari Acik Erna punya, mungkin sebab saya goreng lembab sikit.

Rasanya, bolehlah sedap.


Sekarang baru teringat dulu-dulu masa selalu jalan-jalan di Petaling Street, ada juga nampak orang cina mengoreng nasi himpit ni. Dia goreng macam goreng mee atau kuew teow.

26 ulasan:

Acik Erna berkata...

asssalam kak ani..terus teringin nak makan lagi..he he..memang macam goreng kuey teow..cuma..tak boleh tinggal udang kering je..bila buat tak de orang kering rasa kurang sikit..cik gu yang ajar buat kata macam tu..tak de udang kering kurang sedap katanya..
sedap dah tu kak ani..macam tu le rupanya..cuma acik buat kering tak berair.

ainnoraini berkata...

Boleh la try ni...
Mesti sedapkan kak ani...

Dalila Hamid berkata...

nampak sedap... leh masak sendiri nnti.... :)

Amie berkata...

belum pernah buat tapi nampak macam sedaplah... senang-senang nanti nak buat juga...masuk list dulu.

MulutPayau berkata...

Teringin nak buat jugak...cuti sekolah ni bolehlah cuba2 buat....

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak ani..

Sedap nampak nasi himpit goreng tu..first time tengok :)

sal berkata...

saya pernah dengar org buat, tapi tak pernah cuba buat..dan tak pernah makan,tentu sedap yee

iBu...gUru berkata...

kak ani.............. tak pernah makan lagi ni ...........nak cuba jugak lah, nampak macam sedap jer

che mid berkata...

Alhamdulillah dapat lagi satu resepi baru.. kelebihan berblog inilah dia kan KK..

Ati Masrif berkata...

salam kak,

nampak pun dah sedap

nanti ati nk cuba juga :)

Queenie berkata...

pertamakali saya makan lontong goreng masa beraya di s'pura sekitar 90an dulu, masa tu mmg jakunlah sikitkan hehe tp skrg dah jadi makanan biasa plak utk family...

ianya mmg sedap kalau ada xtra udang kering dan tauge..dan lembab2 gitu

Rashid berkata...

nasi himpit goreng? adake .. pertama kali dengar le. Kalau nasi himpit cecah kuah sate tu ada le.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Kak ani masukkan udang kering disamping udang segar. Tapi tak masukkan isi ayam.

Tak aper lain kali cuba lagi.

Kunang-Kunang berkata...

Ainnoraini,

Tulah kena cuba masak. Pada rasa kak ani sebab kak ani yang masak, sedaplah. He he puji diri sendiri tu.

Tapi nampak Acik Erna punya gorengan lagi best. Lain kali kena cuba keringkan sikit.

Kunang-Kunang berkata...

Dalila,

Terima kasih singgah. Cubalah satu cara mengelakkan pembaziran. Biasalahkan kalau buat nasi himpit, tak kuah yang lebih, nasi himpitnya yang lebih.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Amie lagi kreatif, cubalah mesti sedap.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Jom cuba buat. Ini menyelesaikan masalah sebab selalunya kak ani kalau masak nasi himpit dengan kuah kacang, mesti ada salah satunya yang terlebih.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam saudara Abd Razak,

Semoga Abd Razak. Kak Ani Alhamdulillah.

Itulah cuba sesuatu yang baru. Rasanya sedaplah sebab letak rencahnya macam2.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Cubalah kalau ada nasi himpit lebih.

Kunang-Kunang berkata...

IbuGuru,

Terima kasih singgah.

Tulah kena cuba sesuatu yang baru dan pelik pada kak ani pun.

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Betul tu dapat satu resepi baru dan menyelesaikan satu masalah bila berlebih nasi himpit.

Kunang-Kunang berkata...

Ati,

Cubalah. Senang tetapi sedap.

Kunang-Kunang berkata...

Queenie,

Seperti dalam catatan kak ani tulah, kak ani rasa masakan ni tak asing pada masyarakat China sebab pernah tengok dulu2 mereka goreng ni tapi tak tahu apa bendanya.

Kak ani suka lontong kalau dapat nasi (lontong)nya yang dibungkus dan direbus berasnya dalam daun pisang batu. Sedap.

Kunang-Kunang berkata...

Rashid,

Memang sesuatu yang baru bagi kita. Sebab tu saya cuba. Rasanya memang sedap. Masukkan rencah banyak sikit dan jangan lupa udang kering (perlu).

Rencah lain seperti kita goreng mee atau kuew teow saja.

NzA berkata...

nampak sedap ttp saya tak makan nasi impit.......hi..

ibuintan berkata...

kak ani.. rakan saya buat, dia masukkan juga lada kering yg dipotong pendek2 dan digoreng garing kedlm nasi hmpit goreng tu.. sedap jugak