Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 20 November 2011

Kalau Nak Gugur, Gugurlah Nangka

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Kalau nak gugur, gugurlah nangka
Jangan menimpa sibatang pauh
Kalau nak tidur, tidurlah mata
Jangan mengenang si orang jauh


Lagu suruh mata tidor. Pandainya orang zaman dulu-dulu memujuk hati yang tak boleh tidur kerana tergenangkan seseorang.

Malam dah makin sunyi. Ahli rumah ni dah lena diulit mimpi. Tapi saya tak boleh lelapkan mata. Tadi saya dah masuk tidor. Niat hati memang nak tidor. Sayangnya tidak terjadi sebagaimana yang saya harapkan. Mata dipejam, tapi otak masih enggan tidor. Jangan salah faham susah nak tidor ni bukanlah kerana mengenang orang yang jauh, cuma yerlah seperti kata orang-orang bijak pandai, lagi berusia seseorang tu, lagi sedikit masa tidur mereka.

Kita susah lena bila nak tidor, mungkin kerana Allah nak kita bangun mengingati dan sujud kepadaNYA diwaktu insan lain dah tidor. Akhirnya saya bangun dan mengadap pc ni. Bukan tak nak sujud dan berzikir pada Allah, tapi sekarang saya nak berblog kejap.

Semenjak jam 12.30 pagi ni, saya mengadap pc ni. Tak ada idea apa yang nak diceritakan. Akhirnya sempatlah juga saya singgah rumah kawan-kawan dua tiga orang. Tapi sayangnya dengan line yang merayap mengalahkan siput 'babi' ni, tak banyaklah rumah yang saya boleh singgah.

Sekarang saya dah mengantuk. Nak masuk tidor ni. Semoga saya boleh lena sedikit malam ni. Kalau tak lena banyak pun, lenalah sekejap. Malam dah makin sunyi.

19 ulasan:

luahfikiran berkata...

SALAM,
MOGA DAH BANGUN PUN SEKARANG INI ! ADA MINPI KE MALAM TADI ?

luahfikiran berkata...

SALAM,
SINGGAH SEKALI LAGI .... JEMPUTLAH JOIN PERJUMPAAN 18 DIS NANTI. LF DAN ISTERI NAK BERKENALAN DGN KUNANG2 DAN KELUARGA

kakcik berkata...

Semoga lena Kak Ani diulit mimpi yang indah. :)

ajumohit berkata...

Cuti sekolah dah bermula, nnti sampailah cucu2 penghibur hati ;)

Acik Erna berkata...

kak ani..acik ngantuk cepat..tapi jaga pun cepat jugak..rasa dah lama sangat tidur..terjaga.rupanya baru sejam..

NzA berkata...

selamat pagi kak ani....

shameel Iskandar berkata...

Salam Kak.
semoga lena kak berkualiti w/pun hanya sekejap sahaja.
Sebab ada sesetengah org lenanya lama, tapi tubuhnya tetap lemah dan tak bermaya

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak Ani...
Semoga mndapat mimpi yang indah malam tadi.......

ieja amieja berkata...

assalam kak ani..

moga dpt tido yg lena lps akk terjaga mlm td..sy pun ada masalah tdo ni sebenonyer..

Queenie berkata...

saya selalu kena masalah ni....

agaknya faktor usia pun iya jugak kan kak...

ibuintan berkata...

saya juga selalu macam tu... mlm tadi pukul 2 lebih baru masuk tido

ada masa mata memang payah nak lelap, memang faktor usia agaknya

insan_marhaen berkata...

Mukhayyam baru ni di Pulau Songsong, IM nyaris tak ditimpa buah kelapa...

Cikli berkata...

lain kali update blog dulu baru tidor kak.

sal berkata...

betul..makin dewasa kita,makin susah nak tido.. (tak mau cakp tua,hik2)

iza berkata...

Assalam...

Moga esok malam boleh tidur seperti biasa...

a kl citizen berkata...

harap2 malam ni kak ani boleh tidur lena

che mid berkata...

Tidurlah wahai permasuri...

ariana berkata...

Salam..sy pun kadang2 susah nk lelapkan mata, tp sy perasan kalau dah lepas pukul 1 pagi..itu yg lg payah nk tidur..org kata mata makin segar plk.. sbb tu sy takut nk berjaga.

aby berkata...

salam k hanim ..
senang jer nak bagi tido klu mata tk mau lelap ..
baca quran ... pasti cepat tido ..
bukan ape, sbb syaitan akan meniup niup mata dengan bisikan .."tidola .. tido la .. tk nak bagi kita baca quran gitu ...