Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 23 November 2011

Hujan

..
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Dah 2 hari saya di Dungun. Cuaca sejuk dan hujan sambung menyambung. Maksud sambung menyambung tu kerana sekejap hujan turun menderu-deru, lepas tu berhenti. Kejap lagi hujan balik menderu-deru. Kata orang tua-tua, hujan kejar mak mertua. Mana yang tak baik tu selalu dirujuk kepada mak mertua. Kesian mak mertuakan.

Angin juga bertiup kencang. Baju dibadan berayun melayang-layang. Dah lama tak rasa suasana begini. Inilah musim monsun. Dengar khabarnya didaerah Besut sana dah mula banjir dan dah ada penduduk yang dipindahkan.

Semalam saya ke pantai Teluk Lipat. Pantai yang selalu saya kunjungi bila balik ke Dungun. Pantai yang penuh nostalgia. Bukan nostalgia cinta, tapi nostalgia zaman kanak-kanak yang tidak tau takut kepada ombak yang bergelora. Masa tu tak fikir mak bimbang. Tau seronok jer walaupun balik karang kemungkinan dapat 'upah'.

Air laut dah berwarna 'teh tarik yang kaw'. Kata pak saudara saya tu tandanya air di hulu dah masuk ke laut. Alhamdulillahnya sekarang ni walaupun musim tengkujuh kita masih boleh makan nasi berlaukkan ikan segar walaupun mungkin harganya mungkin mahal sikit.

Zaman saya masih bersekolah dahulu bila tiba musim begini jawabnya kami akan makan nasi berlaukkan ikan kering aatau ikan jeruk/pekasam. Kalau mak ada duit dapatlah makan berlauk sardin. Musim ni jugalah ikan-ikan sungai atau kami panggil ikan darat naik ke pasar. Sayangnya kebanyakan dari kami orang tepi laut ni kurang makan ikan darat.

32 ulasan:

iBu...gUru berkata...

Kak Ani........... selamat mengimbau nostalgia zaman kanak2.... bestkan... kalaulah masa dapat diputarkan balik .... tapi......... itu perkara yang tak mungkin berlaku..

Fara berkata...

Cik Ani,

Dungun juga salah satu tempat nostalgia bagi saya! Tempat ibu saya membesar. Seronok!

Sekarang, kampung saya berpindah ke Setiu! Cik Ani ke sana, Cik Ani memang asal sana ke?

Kakzakie berkata...

Kita hanya mampu berdoa moga kalau banjir pun biarlah tidak ada yg terkorban ye Kak Ani..

Kamsiah berkata...

pantai timur dah mula dilanda banjir...

Kunang-Kunang berkata...

Ibuguru,

Semalam bila kerumah pak saudara dapat jumpa kawan 2 org kawan lama. Riuh rendah bercerita. Topik utama hal kesihatan.

Kunang-Kunang berkata...

Fara,

Kak Ani memang orang dungun. Jadi Farani kira org Terengganu jugaklah yer.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie.

Yerlahkan, itulah doa kita semua.

Sekarang angin kencang dah mula tiba.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Yerlah. Disebelah hulu dahmula banjir. Semoga banjir tahun ni tak teruk.

ariana berkata...

kak Ani ni org Dungun rupanya ye..dekat sgt lah ngan tempat sy tu..pak mertua pun mmg asal tganu kite..:) Skrg kat Kuantan pun hujan..lebat juga..mmg time dia doh..hehe

Cik SHiNJU berkata...

T'ganu dah banjir kan?
Harap2 banjir x besar la thn ni yer..
Kat Pekan tu belum lg..Tp biasanya bulan 12..

che mid berkata...

Selamat bermain air.. lama ke di tganu..

Zaitun berkata...

Musim tengkujuh dah tiba,berhati2 bila banjir dah mula melanda.

MulutPayau berkata...

musim tngkujuh tiba lagi.......hati2 kalau bermain air....

Kunang-Kunang berkata...

Ariana,

Dalam perjalanan balik ke dungun 2 hari lepas kak ani singgah rumah adik di kuantan. Memang hujan sepanjang perjalanan.

Kunang-Kunang berkata...

Cik Shinju,

Kawasan pendalaman dah banjir. Kami Alhamdulillah masih okey walaupu hujan tak berhenti.

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Dah tua tak main air dah tamut demam.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Terima kasih atas peringatan.

Kunang-Kunang berkata...

MP,
Mudah2an janganlah teruk banjir ni.

hani@debumelukut berkata...

Hujan kejar mak mertua? kejar saya lah tu....

NzA berkata...

semasa kecil kalau musim tengkujuh mcm ni saya suka balik kg kerana dapat makan ikan darat.....paling saya suka ikan puyu goreng....sedap...

Syimama berkata...

Zaman kanak2, memang berani mati ..fikiran tak matang lagi. kami sek. keb. kena seberang sungai, satu masa tiada sampan nak hantar keseberang, kami pakat berenang menyeberang, tapi mengenangkan nanti pakaian basah, maka batal (bukan kerana takut hanyut/buaya).

Amie berkata...

melankolik sekali nadanya itu.... memang, kalau mengimbau kenangan silam...segalanya terasa syahdu...begitu nostalgik!

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Kak Ani,

kenangan lama tu memang mencuit perasaan .. Yang lama tu yang nostalgia..

pB berkata...

Kak Ani


sekali sekala makan sardin , sedap

sal berkata...

musim hujan sekarang ni yee..
di johor ada kawasan yg dah banjir..
kena berjaga2..

Cikli berkata...

ombak laut china selatan nampak menggerunkan sekarang. mengalun tinggi tak henti-henti.

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..

sesekali makan nasi lauk ikan kering mmg sedap..mlm td org umah goreng ikan kering buat lauk...dua pinggan sy tambah huhuhhhhh

p/s: komen takde kaitan dgn entri heheheheee

Anaa berkata...

kak ani, jaga diri bebaik.. kat area sana tengah nak kemaruk banjir..

zulkbo berkata...

salam Kak..
musim monson di sana (Dungun)
kan..?harapan tidaklah sampai
banjir kawasan tinggal Kak ye

Rashid berkata...

ikan pekasam .. bestnya!! hujan-hujan lagi ni. Nampaknya kena pergi beli ni ..

S..U..D..@..I..S berkata...

hujan2 makan nasi ikan masin bertambah2

kakchik@ella berkata...

Baiknya hujan sebab kita takkan ada krisis air dan tak akan kemarau. buruknya hujan bila ia mendatangkan banjir dan bah. Kan Kak?