Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 10 November 2011

The Choice Is Yours

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




The choice is yours, itulah kata-kata pakar mata yang saya jumpa semalam. Sebagai pengidap diabetes saya kena jumpa pakar mata setahun sekali. Tahun lepas semuanya okey. Tapi tahun ni kata doktor kedua-dua mata saya dah berselaput ataupun cataract. Doktor tu menasihatkan saya supaya membuat pembedahan untuk membuang selaput tu.

Saya tak dapat nak memberi keputusan masa tu, jadi saya minta ditangguhkan sehingga next appoinment. 'Next appoinment' tu maknanya tahun depan. Saya tak nak buat keputusan semalam, tapi doktor nasihatkan saya sekiranya saya melihat atau merasa sebarang perubahan di mata saya, saya kena datang jumpa doktor segera. Yang membuat saya senang hati ialah 'pressure' mata saya normal.

Dengan bertambahnya usia saya, setiap kali berjumpa doktor saya akan menerima khabar yang kurang mengembirakan tentang kesihatan saya. Dari masa kemasa ada saja perkara yang bertambah 'tidak baik'. Kadang-kadang perkhabaran ini boleh 'upsetkan' saya. Tapi saya kena menerima kenyataan, itulah realiti hidup.

Saya kena melihat alam sekeliling. Banyak lagi orang yang lebih sakit dari saya. Berkali-kali saya memesan kepada diri saya untuk menerima hakikat ini. Tetapi kadang-kadang saya 'down' juga dengan berita-berita begini. Saya kena menerima kenyataan yang dari hari kehari kesihatan saya makin berkurangan.

16 ulasan:

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

Sedikit demi sedikit, Allah beri peringatan pada kita. Sebagai manusia biasa, kadangkala kita rasa degil untuk menerima peringatan itu.

ainnoraini berkata...

buat mane yang terbaik ye kak ani...setiap penyakit ada ubatnye...

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga Ani tabah dalam setiap keadaan ya. Dan semoga dipermudahkan dalam segala urusan.

Acik Erna berkata...

Assalamualaikum kak ani.
bila dah meningkat umur macam tu la kan..acik pun sama..ulang alik ke hospital..

Kakzakie berkata...

Kak Ani... kalau setakat cataract tak perlu bimbang. Mak Usu kakak dah buat sekejap aje operationnya dan dalam seminggu lebih aje dah boleh buka kapas kat mata cuma tak boleh kena cahaya direct.

Pak cik kakak yg kat S'pore pun sama sekejap aje dan seminggu juga dah buka kapas tapi doktor nasihat pakai cermin mata gelap masa nak jalan keluar sampai keadaan selesa.

Kakak doakan moga Kak Ani cepat ambil tindakan daripada terus melarat.

♥ manje ♥ berkata...

assalamualaikum kak

kita doakan akak buat pilihan yang terbaik... usaha dulu kak... lepas tu serahkan pada yang Maha Kuasa k ~

JunAina berkata...

ALLAH menguji bermakna DIA sayangkan kita. Zaman sekarang bukan usia lanjut je berpenyakit tp muda2 pun banyak yang sakit...

Fara berkata...

Cik Ani,

MIL sy pnh bt operatin cataract nie. Insya-Allah, semenya akan ok.

Anaa berkata...

Salam kak Ani, tak nak try alpha lipid? bapak mentua kawan saya, kanser lagi.. amik alphalipid regularly, Alhamdulillah, kanser cell hilang, dan dia pulih kak.. kot la kan nak jadi penawar..

apa pun, akak jaga makan tau..

Zaitun berkata...

Kalau ada cataract tak perlu risau ikut aje cadangan doktor supaya buat pembedahan,insyaallah cepat sembuhnya.

ariana berkata...

Assalam..kita tak dpt lari dari semua ni..usia x menunggu kita, cuma kita perlu lebih berjaga-jaga dari pelbagai segi..Sy doakan akak dpt membuat pilihan terbaik, tp ada jg yg muda pun dah bermasalah..contoh ank sy sendiri..kornea matanya tak berhenti membesar, so makin kelabu..doktor kata kemunkinan kena operate jg satu hari nanti..

MulutPayau berkata...

semoga kak ani tabah mnghadapi segalanya....suami saya pun dah ada tnda2 diabtes..macam2 ubat yg dicubanya....

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Betul tu. Allah mengambilnya kembali dari kita sedikit demi sedikit supaya kita sedar yang usia kita dah senja. He he.

Ainnoraini,

InsyaAllah, mudah2an apa yang akak buat ni adalah yang terbaik untuk kak ani. Kak ani tak nak buat keputusan tergesa2.

Kak Werdah,

Betul tu kak. Mungkin saya tak setabah mana. tiap kali ada penyakit baru, saya akan rasa sedih. Itu yang tak baiknya.

Acik Erna,

Betul tu. Kita kena ingatlah semua tukan. Semua yang diberikan pada kita tidak kekal.

Kakzakie,

Tulah banyak yang kak ani dengar dari kawabn2 pun kata macam tu. Sebenarnya yang membuat kak ani berfikir ni kerana ada sesuatu yang tidak berapa normal dengan urat mata kak ani, dah itulah sedikit 'risiko' yang doktor bimbangkan. Jadi kerana tulah kak ani nak berfikir dahulu.

Kunang-Kunang berkata...

Manje,

Terima kasih atas doa manje untuk auntie.

Fara,

Terima kasih berikan semangat pada kak ani, InsyaAllah tiba masanya nanti akak akan buat keputusan terbaik.

JunAina,

Pada adatnya memanglah yang dah berusia lanjut ni macam2 penyakit yang singgah. Sekarang ni penyakit dah tak kenal usia, Kesimpulannya berjaga2lah dalam makan dan minum.

Anaa,

Sebenarnya sebelum ni mata kak ani dah selalu nampak warna-warni macam belon dan macam nyamok terbang. Dah jumpa pakar, dia kata faktor usia, tak boleh buat apa-apa. Jadi kak ani cuba menggunakan permata hijrah,Alhamdulillah sehingga sekarang pandangan dah clear.

Doktor pun kata, kalau boleh stabilkan gula dalam darah mungkin boleh improve, jadi akak nak cuba untuk stabilkan dan berpantang dalam penggunaan gula. Nak tengok resultnya.

Zai,

InsyaAllah akak akan buat keputusan yang terbaik nanti. Terima kasih Zai.

Ariana,

Macam kak ani juga, sebenarnya kak ani tak boleh lari dari melakukan operate mata ni, kerana cataract dah ada cumanya rasanya belum ready untuk masa ni.

Semoga anak Ariani mendapat kesihatan yang baik selalu.

Nur-nba berkata...

Salam. Kak Ani, sabar ye kak. Bila umur dah meningkat, memang macam2 penyakit yg datang. Bonda Nur pun menghidap penyakit katarak ni tapi masih di peringkat awal dan tak memerlukan pembedahan. Setiap hari dia perlu gunakan ubat titis pada mata dan elakkan melihat cahaya yg terqng& silau. Kak Ani ikutlah nasihat doktor.. Nur doakan akak dapat buat pilihan yg terbaik.. Jaga kesihatan ye kak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nur,

Terima kasih atas perkongsian pengalaman bonda Nur. Semoga bonda Nur juga akan pulih penglihatannya.