Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 11 November 2011

Baru Niat Sudah Dapat Pahala

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


HADIS QUDSI




Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Allah berfirman, Jika hamba ku berbicara
(iaitu berniat) untuk melakukan kebaikan.
maka Aku akan menulis untuknya satu
kebaikan selagi belum melakukannya. Jika ia
telah melakukannya, maka Aku mencatatnya
dengan 10 kali ganda. Jika ia berniat
untuk melakukan keburukan, maka Aku
mengampuninya selagi belum melakukannya.
Jika ia telah melakukannya, maka Aku
menulis untuknya yang semisalnya.'

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Para malaikat
berkata: Wahai Tuhanku, hambaMu ini
berniat melakukan keburukan, padahal
Dia lebih mengetahuinya. Allah berfirman
lagi "Lihatlah, jika dia melakukannya, maka
catatlah keburukan itu untuknya dengan yang
semisalnya. Jika ia meninggalkannya, maka
tulislah untuknya satu kebaikan. Ia hanyalah
meninggalkannya kerana takut kepada Ku."

(Riwayat Muslim)


Hanya dengan lintasan niat yang kecil dan tersimpan di hati tanpa siapa yang tahu, Allah tetap memberikan ganjaran dan balasan untuk sesiapa jua bergantung kepada apa yang diniatkan semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah dan perhatian-Nya. Allah berfirman maksudnya:

‘…Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik. Dan mereka tiada menafkahkan suatu nafkah yang kecil dan tidak (pula) yang besar dan tidak melintasi suatu lembah, melainkan dituliskan bagi mereka (amal saleh pula), kerana Allah akan memberi balasan kepada mereka (dengan balasan) yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan…’ (al-Tawbah: 120-121)

32 ulasan:

Marina Monroe berkata...

Allah Hu Akbar..

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak....
Terima kasih atas prkongsian ini....

sal berkata...

betapa pemurahnya Maha Pencipta..dibrinya pahala wlupun baru niat...
klu buat,betapa banyaknya rahmat melimpah...moga kita semua sentiasa rela hati untuk membuat kebajikan dan kebaikan..Amin2 YA RABB..

hani@debumelukut berkata...

Subhanallahh...

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Moga kakak sihat hendaknya dengan izin~Nya..

Allah Maha Pengasih dan Penyayang..

Ati Masrif berkata...

salam kak ani,

ati memang sentiasa ingat yang ini
pada anak2 dan diri sendiri

Aynora Nur berkata...

Saya selalu ingatkan anak2 supaya berniat baik sentiasa, kerana Allah dh catat dulu pahala utk kita, sebab itu adalah asas amalan hati dari bayi lagi...

ieja amieja berkata...

ini juga yg selalu sy ingatkan pd ank2 kak...sesungguhnyer ALLAH ITU MAHA PEMURAH LG PENYAYANG...

Anaa berkata...

hari2 kena niat nak buat menda baik.. kan kak..

saya hari2 niat nak kurangkan becakap kat ofis ni, sokmo tak lulus.. huhu..

Zaitun berkata...

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Syimama berkata...

Terima kasih di atas usaha2 kongsi ilmu Semoga Allah kurniakan berganda kebaikan.

Terasa.. lakukan kesilapan hari ini dengan bersahaja tanpa berfikir/dirancang..akibatnya seharian tiada ketenangan.

Kunang-Kunang berkata...

MM,

Allah Maha Pengasih kepada semua makhluknya. Kita saja yang sering lupa.

Kunang-Kunang berkata...

NP,

Sama-sama.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Allah sentiasa memberi kita pahala sekiranya berniat yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

Terima kasih singgah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abdul Razak,

Alhamdulillah, akak sihat cuma biasalah kadang2 tu diuji juga dengan sesuatu yang tidak dijangka.

Semoga saudara juga sihat.

Kunang-Kunang berkata...

Ati,

Itulah sebaik-baiknya. Dari kecil pun kita sentiasa diingatkan yang nak berbuat baik tu, niat saja pun dah dapat pahala mak kata, kalau niat yang tak baik selagi belum melakukannya, takkanlah ditulis dosanya lagi. Indahnya.

Kunang-Kunang berkata...

ieja,

Baguslah kan kita latih anak2 dengan perkara dan nasihat yang baik2 mudah2an menjadi amalan mereka sehingga mereka dewasa ini.

Kunang-Kunang berkata...

Anaa,

Kalau hari kita niat benda baik, InsyaAllah bersih dan sucilah hati kita.

Semoga Allah berkenankan hajat yang baik tu.

Kunang-Kunang berkata...

Zaitun,

Betul tu Allah Maha Pengasih dan Penyayang pada hambanya. Sentiasa memberikan pahala atas apa jua kebaikan yang dilakukan. Cuma kita jer yang sering terlupa tentang rahmat dan pahala yang dijanjikan.

Kunang-Kunang berkata...

Syimama,

Memang kadang2 kesilapan yang berlaku tanpa kita sedar dan ini menjadikan kita kesal sangat kenapa perkara itu boleh berlakukan!!.

ainnoraini berkata...

Tq kak ani dgn n3 ni...
Selalu pesan kat anak2 dan diri sendiri jugak buat perkara yg baik2 tinggal perkara2yg dilarang..baru la berkat hidup didunia dan akhirat...

Kunang-Kunang berkata...

Ainnoraini,

Senangkan. Jangan buat yang dilarang dan buat yang disuruh.

Queenie berkata...

terimakasih kak atas perkongsian ini, moga Allah merahmati kehidupan akak sekeluarga...amin.

sekamar rindu berkata...

salam...akak,

sr sangat suka entri ni..moga Allah SWT memberi rahmat dan ganjaran pahala pada akak yg post entri ni...amin.

Nur-nba berkata...

Moga kita sentiasa berusaha untuk tingkatkan amalan kita pada Yang Maha Esa. Terima kasih atas perkongsian.

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat di sana ya.

Begitulah kurniaan Allah kepada kita kan, seharusnya kita bersyukur.

Kunang-Kunang berkata...

Queenie,

Terima kasih di atas Queenie semoga Queenie sekeluarga begitu juga yer

Kunang-Kunang berkata...

Nur-NBA,

InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga kak werdah juga sihat sentiasa.

Semoga Allah memberkati hidup kita semua.

Kakzakie berkata...

Itulah kak Ani betapa Allah maha pengasih dan penyayang belum buat kalau benda baik dah dapat ganjaran... tapi kalau yg jahat belum buat belum ditulis selagi tak melakukannya...

Liza @ Adzriel AB berkata...

TQ ..sharing kat fb.