Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 14 November 2011

Baik Punya Lepak!!!!!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Hari ini sekejap jer ni boleh lepak depan pc. Kebetulan Kaisah dan nabil dah balik dari Taiping. Ereesya dan Izati pun ada di rumah. Ni curi-curi berblog kejap bila budak dua tu sedang sebok buat 'kerja-kerja' mereka. Rumah dah jadi macam tongkang pecah. Sekarang ni semua cucu-cucu ada di rumah. Riuh rendah.






Kakak pulak dah dapat galaxy tokbah tak peduli kiri kanan. Mengadaplah galaxy tu walaupun adik2 riuh rendah.



42 ulasan:

ainnoraini berkata...

kalau saya pun kak ani, dh dpt benda tu tak pandang kiri kanan jugak hihihi...

biasa budak2 zaman sekarang..anak2 saya pun same jugak mcm tu...

luahfikiran berkata...

SALAM,
SERONOK, BILA ADA BUDAK2 TU.


p/s. Jemput ke perjumpaan 18 dis . Bangi tak jauh

ajumohit berkata...

betul tu kak, zaman skrg ni anak2 celik IT, semua pandai, yg umur setahun pon dh pndai main iphone...

pB berkata...

budak budak zaman sekarang ....

kita dulu dulu , kalau cuti sekolah , melekat depan television ..

cikguden berkata...

meriahla jawabnya. terpekik sana terpekik sini. hehehe

Aynora Nur berkata...

kak ani,
budak dulu dan budak sekarang memang berbeza, mcm hujung minggu hari tu ajak pergi desaru muka monyok je, ye la tk dapat tgk FB dia...

Kakzakie berkata...

Tapi kakak tahu dalm hati Kak Ani sekarang kembang sebab ada cucu-cucu meneman...

JunAina berkata...

budak2 zaman sekarang HEBAT, kecik2 dah tahu menggunakan teknologi...

ibundo berkata...

pening tak kepala opah..hehe..

Zaitun berkata...

Tak sunyilah dengan kehadiran cucu yang ramai.

iza berkata...

Assalam...
Bestnya bila ramai ada, riuh rendah rumah..

Ann Huda (Ate) berkata...

Bila cucu2 di rumah riuh rendah, sampai kadang pening kan? Tapi bila dia orang tak de pasti rasa sunyi..

Anaa berkata...

bukan budak budak je kak, mak budak pun skang ralit main angry bird.. hahaha..

ariana berkata...

Bahagia bila dikelilingi anak dan cucu ye..tak kisah lah rumah bersepah sikit pun..kejap je boleh kemas..
p/s Best nya lagu kak :)

Kamariah Awang berkata...

Kadang2 riuh rendah boleh jadi otak macam tersumbat, tapi sebenarnya itulah kebahagiaan... apabila dikelilingi anak cucu tercinta...

Syimama berkata...

Mak saya selalu kata..waktu anak cucu ada semua..riuh rendah macam tongkang pecah, nanti bila dah balik semua ..sunyi sepi macam kuburan...sedih pula hati.

MADiSYAK berkata...

Nampak sebaya dengan cucu saya. Perangai juga lebih kurang sama.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...
Tentu seronok bila cucu2 akak ada kat umah.......melayan macam2 karenah..letih tapi mnggmbirakan...

zulkbo berkata...

salam Kak..
main dah ramai mesti riuh rendah
tapi bila perempuan je semua pasti
permainan kanak-kanak perempuan yang di cari..cuba ajar maian congkak ke..
he he

che mid berkata...

Salam, Wah sibuk bersilat kat rumah la jawab je nekma..

Cikli berkata...

alhamdulillah, anak-anak selamat dalam pemerhatian kita.

Kunang-Kunang berkata...

Ainnoraini,

Kak ani pulak guna galaxy ni bila nak baca blog kejap2. Tapi kalau mereka dah ada di rumah langsung tak boleh ambik giliran, ketiga2 orang guna main angry birdlah, main Tom dan macam2.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Dato LF,

Saya minta maaf sangat. Tak dapat nak hadirkan diri sebab pada hari minggu saya ada kelas. Lain kali InsyaAllah.

Saya doakan semoga bertemuan ni meriah dan menggeratkan lagi hubungan silatulrahim antara kita bloggers.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Yerlah kan, celik2 mata itu yang mereka nampak. Kak Ani perhatikan anak-anak kak ani yang no 4 dan 5, kami dedahkan mereka pada komputer semasa mereka masih tadika.

Masa tu komputer taklah canggih macam sekarang, semuanya gunakan 'kod' (tak ingat dah orang panggil aper) jadi akan akan tulis huruf2 tu suruh mereka ikut tulisan tu bila nak main games dalam komputer. Hasilnya mereka berdua ni dah boleh membaca sebelum sekolah dan seperti abang dan kakak mereka, dah nak habis tadika baru boleh baca.

Kunang-Kunang berkata...

pB,

Melekat depan komputer tu zaman pB dan kebanyakan kawan bloggers yang sebaya pB, tapi zaman kak ani pulak bila cuti sekolah selepas mengaji, main jerlah kerja.

Permainan dulu2lah, galah panjanglah, congkaklah, batu seremban dan masuk semak cari buah kemunting. Nakal orang dulu lain pulak.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Den,

Yerlah tu, lepas pekik sana, pekik sini, kejap lagi ada yang menangis sebab bergurau2 adalah yang tersakit.

Kejap lagi baik semula. Mak ayah tak boleh ambik hati.

Kunang-Kunang berkata...

Anynora,

Memang kadang sedeh juga kita kan, FB dia orang lagi penting.

Itu yang kecik, anak-anak yang besar pulak, kita bercakap kadang2 dia tak dengar pun, sebab telinga dah disumbat dengan ear phone.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Betul tu, tengok rumah macam tonggang pecah, menyapu tak tau berapa kali, rasa penat dan rimas.

Tapi dengar gelak ketawa dia orang terutama masa mandi ramai2 dalam bilik air, riuh rendah. Kejap adalah yang melalak pedih mata kena syampu badan/syampu rambut.

Kunang-Kunang berkata...

JunAina,

Betul tu. Yerlahkan celek mata tengok mak/ayah, datuk/nenek dah mengadap komputer. Jadi nak lari kemanakan.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Pah,

Bukan saja pening, BP pun boleh naik. Lutut naik longgar asyik naik turun tangga.

Kita kat atas, dia orang panggil kat bawah. Terutama yang kecik tu, kalau dia ajak kita naik atas, kenalah ikut, ditarik2nya tangan kita sambil menangis.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Itulah kebahagian di hari tuakan. Sesekali bolehlah, nak jaga mereka tak larat kak ani.

Dah pesan dengan anak2 siang-siang, mama tak nak jaga cucu, banyak urusan lain. Tapi kalau cuti sekolah atau mereka ada hal atau cucu2 tu tak sihat, hantarlah ke rumah, tak aper. Full time mintak maaflah.

Kunang-Kunang berkata...

Iza,

Bila hujung minggu atau cuti sekolah riuhlah rumah ni. Kalau hari lain tinggallah kami berdua di rumah. Suila2 bergaduh dengan tokbahnya.

Kunang-Kunang berkata...

Ann (Ate),

Betul tu, kalau mereka tak datang seminggu, kak ani pulak ke rumah mereka, rindu.

Kunang-Kunang berkata...

Anaa,

Yerlah, kadang boleh releasekan otak kejapkan.

Kunang-Kunang berkata...

Ariana,

Memang penat bila mereka ni ada, tapi tulah kebahagiaan seorang nenek kot. Dia orang tak ada rindu.

Kunang-Kunang berkata...

Ma,

Betul tu, mereka tak datang rumah kita, kita boleh pegi cari dia orang kat rumah mereka.

Kunang-Kunang berkata...

Syimama,

Betul sangat apa yang mak syimama kata. Tanpa mereka sunyi sangat. Bila masak makanan kesukaan mereka terkenangkan mereka pulak. Sanggup hantar kadang2 tu.

Kunang-Kunang berkata...

Madisyak,

Terima kasih lapangkan masa singgah.

Cucu saya berumur antara 8 hingga terkecik 43 hari. 4 orang semuanya dari 2 anak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Memang penat, tapi itulah gembira tengok keletah mereka.

Kunang-Kunang berkata...

Saudara Zulkbo,

Cucu2 kak ani tak ada sorang tahu main congkak. Papan congkak ada dirumah. Papan congkak tu dibeli masa anak2 masih kecik. Jadi anak2 semua pandai main congkak.

Buahnya guna buah guli. Arwah mak kak anilah yang selau berlawan congkak dengan mereka. Masa tu arwah mak tinggal dengan kak ani. Kita patut ajar anak2 main congkak.

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Bersilat dengan mulut riuh rendah. Ni boleh mengadap pc kejap sebab mereka masih tidur.

Kejap lagi bangun nak makanlah tu.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Kadang2 kesiankan. Anak2 asyik dalam rumah jer. Dekat rumah kak an ni ada padang permainan kanak2 tapi takut jugak nak lepas mereka bermain.

Maklumlah sekarang ni macam2 kemungkinan.