Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 21 Oktober 2011

Semuanya Okey

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Minggu ni saja dah dua kali saya, Inah dan abahnya datang ke PPUM. Sebenarnya ini kali ke 3 kami ke PPUM menemankan Inah. Dia selalu mengadu lutut dan sendi-sendinya lenguh. Jadi memandangkan kerap sangat dia mengadu sakit, risau juga hati takut ada penyakit yang tidak diingin terjadi.

Pertama kali ke PPUM, selepas jumpa doktor, doktor suruh buat ujian darah. Hari Selasa lepas kami ke PPUM lagi untuk buat ujian darah. Hari ini jumpa doktor lagi untuk mendengar keputusan ujian tersebut. Alhamdulillah kata doktor semua ujian yang dibuat adalah 'okey'. Jadi kami baliklah dengan lapang. Pesan doktor kalau sakit datang lagi datang jumpa dia lagi. Terima kasih doktor.

Memandang kami keluar awal dari rumah untuk ke PPUM, kami tak sempat bersarapan pagi. Selepas jumpa, dan perut pun dah menyanyi lagu keroncong, apa lagi kami terus ke tingkat 1 bangunan Kemalangan dan Kecemasan. Di tingkat 1 ni ada beberapa kioks menjual makanan dan minuman. Ada sebuah kedai farmasi dan sebuah kedai menjual barang keperluan harian macam mini marketlah kiranya.

Tempatnya bersih, maklumlah hospital. Antara tempat yang selalu jadi tumpuan saya bila ke sini ialah di Kopitiamnya. Tak pasti pulak nama Kopitiam ni sepenuhnya. Di Kopitiam ni ada menjual roti bakar atas dapur arang, nasi lemak sama ada yang dah bungkus atau dalam pinggan. Mee kari dan asam laksa.

Selalunya kalau ke sini saya makan asam laksa. Rasanya okeylah. Tapi memandangkan hari ini masih pagi, asam laksa belum masak jadi saya makan mee kari.


Mee kari dan nescafe kurang manis


Sebenarnya sebelum makan mee kari ni, saya dah selamat makan sebungkus nasi lemak yang dah siap berbungkus satu bungkus. Macam sedap jer nampak nasi lemak tu. Bila selesai makan nasi lemak yang seciput tu, tak kenyang, ternampak pulak mee kari, teringin pulak, makan lagi. Aduss macam mana nak kurus.

Abahnya minum nescafe saja, dan Inah pulak makan tak tahu apa namanya iaitu seperti saya tunjukkan dalam bungkusan putih tu.

Bila ke PPUM nilah selalunya saya kan secara kebetulan berjumpa kawan-kawan yang dah lama bersara atau kawan-kawan yang masih bekerja. Seronok bila jumpa kawan-kawan lama. Selalunya cerita berkisar kepada 'buat apa sekarang', 'sakit apa'. Itulah soalan-soalan cepumas yang dah set diminda.

Nampak sangat hidup orang selepas bersara ni, salah satu jadual dalam dairi hidupnya ialah berulang alik ke hospital jumpa doktor.

22 ulasan:

Kakzakie berkata...

Alahmdulillah walau dah bersara Kak Ani masih berpeluang menikmati semua jenis makanan. Ada org dah kena banyak berpantang. Moga Kak Ani diberi kesihatan yg baik..

Mee kari tu nampak sedaplah kak..

hani@debumelukut berkata...

Biasa lah, kalau jumpa teman sebaya kalau dulu tanya anak berapa, sekarang tanya cucu dah berapa...

kakcik berkata...

Mee kari dia guna mihun, ya Kak Ani? :)

Syukurlah Inah tak apa-apa. Baru2 ni, saya pun jadi lenguh2 badan - demaq tak demam. Sekarang ni masih ada batuk dan selsema.

zue berkata...

air nescafe..mmg dah jadi rutin kami suami isteri klu sehari x dpt dah mcm ketagih lak. :)

alhamdulillah inah tak ada apa2.

sal berkata...

biasalah kak,umur2 dewasa kita sekarang ni,klu bukan bawak anak,kita pulak pergi hospital untuk check diri sendiri..sampai kadangkala malas krn memikirkan untuk menunggu list...

moga Allah beri kita kesihatan yg baik,pnjang umur dan murh rezki..

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Nak kata boleh makan semua benda tu tak jugak. Tapi kena berpada2lah. Tak boleh banyak dan tak boleh selalu. Tapi kadang2 tersasul juga, macam hari ni.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

Betul tu. Dulu orang tanya anak sekarang kalau tanya anak, dia tanya 'berapa dah lepas', maksudnya berapa dah kawin.

Tentang berapa cucu tu pun soalan cepumas gak.

Alhamdulillah kerana Allah memberikan kita kesempatan melihat zuriat kita berkembang.

Kunang-Kunang berkata...

Zue,

Di rumah ni kak ani sorang kaki nescage. Boleh sakit kepala kalau tak dapat. Teruk kan. ketagih ni.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

InsyaAllah. Bila ke hospital ni buat kita rasa insaf sangat. Semoga kita diberikan keupayaan untuk mengurus diri kita dan kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Sebenarnya kak silap. Sepatutnya kata mee hoon karilah kan.

che mid berkata...

Salam, sedih juga bila terpaksa menerima hakikat yang kesihatan menjadi isu utama bila bersara.. selalunya orang kata masa bersara aalah masa utk melakukan perkara yang tak dapat buat semasa bekerja dulu..

Anaa berkata...

sure nasi lemak tu kecik kan, sebungkus pun tak kenyang.. hihi.. saya pun selalu kak ani, kadang tu makan 2 bungkus baru kenyang..

syukurlah semua okay..

kakchik@ella berkata...

Berulang-alik ke Hospital demi kesihatan tak apa kak ...

Kamariah Awang berkata...

Alhamdulillah masih boleh makan mengikut selera... Ma ragu2lah nak panggil kak Ani... Ma pun dah melepasi usia bersara, tau!

abu muaz berkata...

macam-macam sakit ada tu belum kerja sampai 60..he,hee

Cikli berkata...

kesihatan adalah rezeki yang selalu dilupakan.

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Itulah hakikatnya. Tapi tak semua orang yang dah bersara ni mengidap penyakit. Ada jua yang Allah kurniakan kesihatan yang baik kepada mereka ini.

Kunang-Kunang berkata...

Anaa,

Memang pun nasi lemak tu ala RM1.50 sikit jer.

Sebenarnya kak ani ni bukan selalu ada selera nak makan, jadi bila terasa nak makan, akak terus makan. Kadang2 tu ada ketika langsung tak rasa nak makan sehingga hampir2 hypo.

Kunang-Kunang berkata...

Ella,

Akak ni selalunya, kalau tak ada penyakit lain yang menyerang, 6 bulan sekali kena jumpa doktor untuk cek darah.

Apa nak buat.

Kunang-Kunang berkata...

Abu Muaz,

Betul tu, tak payahlah tunggu 60 tahun takut tak sempat nak cari bekal untuk balik kampong.

Masa kerja ni kadang2 nak sembayang pun terpaksa dilambatkan terutama kalau sedang mesyuarat atau lain2. Itulah sebabnya akak optional bersara.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Setuju sangat. Bila berdoa minta Allah murahkan rezeki, yang kita nampak dan mungkin maksudkan ialah $$$$$$$$$$........

Duit menimbun pun kalau sakit tak berupaya menikmatinya.

Kunang-Kunang berkata...

Ma,

Tak kiralah Ma sapa kakak dari siapa, anggap jerlah 'kak ani' tu sebagai ID akak. Lebih mesra begitu.