Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 17 Oktober 2011

Semoga Diri Tidak Lupa - Dosa Berganda

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Walaupun terdapat perbezaan antara dosa besar dan dosa kecil, seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan dosa kecil tersebut. Awas, kerana apabila dosa-dosa kecil dilakukan, ia akan berganda seterusnya menjadi dosa besar! Pertukaran ini boleh berlaku apabila:

Melakukan sesuatu dosa secara berulang-ulang dan terus menerus walaupun ia dosa kecil. Sesungguhnya, hanya perkara yang baik sahaja yang boleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.

Sesuatu dosa itu dianggap sebagai perkara remeh. Jangan pernah sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara remeh walaupun ia kecil, kerana Allah itu Maha Besar Lagi Maha Agung

Timbul rasa bangga kerana dapat melakukan dosa tersebut. Walaupun tahu perkara tersebut dosa, seseorang itu bangga melakukannya. Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk daripada Allah.

Tertipu dengan nikmat yang Allah kurniakan. Inilah Istidraj iaitu seseorang yang diberi nikmat oleh Allah, namun masih kekal melakukan dosa dengan perasaan aman dan tenteram.

Tidak segan-silu memberitahu orang lain akan dosa yang dilakukan. Seseorang yang bersikap seperti ini sebenarnya telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja dihadapan manusia, bahkan di hadapan Allah.

Dosa yang dilakukan oleh seseorang ulama atau tokoh dan menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya. Olh sebab itu, ajarlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah.

N3 ini yang utamanya ialah untuk ingatan pada diri saya sendiri agar saya sentiasa sedar yang dosa-dosa kecil yang dilakukan berulang-ulang sama ada secara sengaja atau tidak, jika tidak dipohon keampunan dari Allah, ia akan menjadi sebagai satu dosa besar.


Sumber:Solusi

36 ulasan:

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

saya pun selalu buat catatan yang lebih ditujukan kepada diri sendiri yang selalu lupa ini.

che mid berkata...

Setuju dgn kak Ani. Kebaikan blog juga disamping ingatkan diri sendiri, boleh juga dikongsi dgn kawan-kawan macam CM ni. Itu sebabnya semakin lama, kita rasa semakin rapat dengan rakan blogger walaupun tak pernah bertemu wajah. Moga Allah terus mengekalkan kita sebegini. Amin.

NzA berkata...

ingat mengingat sesama kita utk kearah kebaikkan..Thanks kak...

sal berkata...

syukran krna mengingatkan kita..

kadangkala tralpa..

terimakasih sesangat..

pB berkata...

byk sungguh dosa saya pada Allah , pada Ibubapa dan pada suami ...


moga mati saya dalam keadaan orang yang beriman

S..U..D..@..I..S berkata...

bagus sangat kongsi disini saling mengingati
iman ni nipis hendak sllu diingati

MulutPayau berkata...

terima kasih kak atas pekongsian ini....terasa diri begitu kerdil...semoga Allah ampunkan dosa2 kita semua...

Cikli berkata...

tidak buat dosa besar.
tidak berterusan dgn dosa kecik.

Acik Erna berkata...

ssalam kak ani..terima kasih..sama2 ingat mengingati

shameel Iskandar berkata...

salam kak.

saya tertarik dgn yg ni ...Timbul rasa bangga kerana dapat melakukan dosa tersebut. ...

Inilah yg melanda bdk2 sekolah dan student IPT skrg. Dahlh dok berkepit dgn kekasih pastu upload pula dlm facebook.

missgee berkata...

Terima kasih berkngsi..
Muhasabah diri..

insan_marhaen berkata...

ianya umpamemut hitam lam yang gelap.

kita tak tahu rupanya sifat itu ada dalam diri kita sendiri!

Ati Masrif berkata...

salam kak ani,

alhamdulillah dapat ilmu
tentang dosa ni...kekadang kita
sering terlupa

terima kasih info yang ringkas
tapi besar maknanya..


p/s: minta izin nak papar
kat blog ati nanti boleh....
suka sgt n3 ni :)

Nur Izzaty Norzaman berkata...

Terima kasih umi :)
tersedar...banyaknya kekhilafan pada diri ini...
namun redhaNya tetap disisi..
Alhamdulillah..agar kita sentiasa berada di jalanNya..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kakcik,

Yerlah kan, kita pun disuruh sentiasa muhasabah diri supaya kita sedar kekurangan dan kesilapan kita.

Semoga kita boleh berubah kearah yang lebih baik dari masa ke masakan.

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Betul tu, kadang2 bila bercerita dengan kawan dialam nyata ni kita tersebut 'kata kawan saya' sebenarnya yang kita maksudkan kawan maya, tapi kita rasa seolah2 kita begitu rapat dengan kawan2 maya kita tu sebab kita sentiasa mengikuti perkembangan mereka.

Kunang-Kunang berkata...

NZA,

Sama-sama, semoga kita semua diberkati Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Biasalah kita memang perlu saling diingatkan selalu sebab sebagai manusia, kadang kita teralpa.

Kunang-Kunang berkata...

pB,

Sama-samalah kita berharap semoga kita semua dijemput Allah dalam keadaan yang diredhainya.

Kunang-Kunang berkata...

Sud@is,

Kadang2 sesuatu tu bukan kita tak tahu tapi terlepas pandang kata orang jadi bila ada orang menyebutlah, lantan kita teringat....

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Kita memang insan yang kerdil dan semoga Allah sentiasa memberikan kita keberkatan dalam hidup.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Bukan dengan melakukan kebaikan dan apa yang disuruh Allah saja kita diberi pahala, malah bila kita tidak melakukan apa yang Allah larang, kita juga akan mendapat pahala. Allah Maha Penyayang.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Sama-sama.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Shameel,

Betul tu sekarang ramai yang bangga bila menceritakan sesuatu keaiban yang dilakukannya. Sedangkan sepatutnya aib kita jangan kita ceritakan pada orang dan kita hendaklah memohon ampun kepada Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Miss Gee,

Sama-sama.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Betul tu kadang2 kita tidak sesuatu yang kita lakukan tu mengundang dosa. Sebab itulah kita disuruh bertaubat selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Ati,

Silakanlah kalau nak paste kat blog Ati. Semoga kita mendapat faedah bersama.

Kunang-Kunang berkata...

Nur,

Semua orang melakukan kesilapan, jadi sentiasalah memohon agar Allah mengampuni dosa kita sama ada yang disengajakan atau yang kita terlepas pandang. Allahkan Maha Pengampun.

Kamariah Awang berkata...

Menarik n3 ni... seronok dibaca. Tk. puan..

Anaa berkata...

dulu malu pakai serkop jer sidai baju, tapi diabaikan rasa malu tu... bila selalu buat, dah tak rasa malu, dah tak rasa dosa .. (saya kata kat saya kak)... skang ni, dah start pakai tudung penuh bila sidai baju.. :)

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Sungguh peringatan yang sangat patut kita ambil perhatian, semoga kita sentiasa dalam perlindunganNya..

Ani,

sebenarnya kak juga rindu pada Ani.. insyaAllah akan cuba kuatkan diri datang lagi..

Kunang-Kunang berkata...

Ma,

Terima kasih.

Kunang-Kunang berkata...

Anaa,

Alhamdulillah. Begitulah kitakan, perkara yang baik kita cuba biasakan dari hari ke hari mesti akan terasa nikmatnya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat. Dan terima kasih singgah di blog saya ni. Semoga kak werdah singgah lagi yer.

anitaare berkata...

assalammualaikum kak,

kekadang sy juga sering tertanya pada diri..apakah tujuan kita menulis ini dan ditujukan pada siapa?? ternyata ia adalah utk ingatan pada diri sendiri dan tidak salah pula jika ianya dikongsi pada yang lain semata-mata kerana kebaikan..
terimakasih kak atas perkongsian ini

Kunang-Kunang berkata...

Ati,

Betul tu mana yang kita tau dan kita rasa ianya berguna untuk dikongsikan, kita kongsi bersama.