Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 26 Oktober 2011

Sedapnya Paku Rawan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Pagi ni ketika berjalan-jalan untuk baca-baca blog, saya terserempak dengan blog MADiSYAK yang menceritakan tentang paku-rawan-ulam-yang-lazat.

Saya mengenali paku rawan beberapa tahun yang lalu iaitu ketika saya ke Bukit Merah di Perak. Masa tu kami anak beranak berenti makan di sebuah kedai makan, terpandang pucuk paku rawan yang dicelur. Saya jenis yang berani mencuba sesuatu makanan walaupun saya tidak pernah memakannya dan tidak tahu namanya. Janji pucuk-pucuk/ulam-ulam tu boleh dimakan.

Selepas dicuba, sedap rasanya. Saya tanya tuan kedai makan tu, apa nama ulam ni. Dia ada beritahu, tapi saya lupa namanya ketika balik ke Shah Alam.

Teringatkan kesedapan rasa paku rawan celur ni saya cari pasar tani Shah Alam. Kebetulan ada dijual di pasar tani Shah Alam di Seksyen 17. Ketika membelinya saya bertanya nama ulam tu kepada penjualnya. Penjual tu seorang wanita mungkin dari daerah-daerah Kuala Selangor atau berhampirannya, jawapannya "saya tak tahu orang melayu panggil apa tapi kami orang jawa panggil ........", saya tak tahu nak sebut.

Akhir saya tahu juga nama ulam ni bila saya melihat gambarnya dalam satu forum. Rupanya nama dia 'paku rawan'.



Semenjak itu saya suka dengan ulam ni. Sayangnya di rumah hanya saya seorang yang gemar memakannya sama ada dicicah dengan sambal belacan atau budu. Puaslah saya rekomen dan beritahu betapa sedapnya rasa paku rawan ni, tapi tak berjaya. Jadi kalau beli, saya hanya beli satu ikat, itu pun tak boleh habis sekali makan.

Saya ingatkan pokok ni hanya boleh dimakan sebagai ulam tetapi rupanya ia juga boleh dibuat kerabu dan digoreng seperti sayur-sayur lain. Saya tak pernah makan paku rawan yang dimasak secara lain.




Pucuk muda nilah dicelur sebagai ulam


Selain sebagai makanan membuka selera, menurut mereka yang tahu paku rawan ni bila dimakan boleh menyejukkan badan. Bagi mereka yang mengalami sembelit juga elok mengamalkan memakannya sebagai ulam.

Semenjak berada di kala senja ni, ulam-ulam yang direbus ni jerlah yang menarik minat kerana tak siksa nak mengunyahnya walaupun gigi masih ada pagar asli

25 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak ani..

Moga kakak sihat hendaknya..

Pertama kali tengok paku rawan, rasanya ada kat sini cuma tak pernah jumpa...

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat ya di sana

Kakpun baru tahu ni namanya paku rawan.. kak suka juga makannya bila sesekali makan di kedai ikan bakar dan nampak ulam ni memang kak ambil..

Fara berkata...

Cik Kunang/Cik Ani,

1st time sy dgr dan lihat pucuk rawan nie. Sy pun jenis suke mencuba. Bt sy teringin nak mkn. Harus cari!

Klu goreng dgn belacan, sedap tak agak2?

che mid berkata...

Che Mid berapa cuba kalau ada kawan yang makan sekali, 2nd time baru berani makan sendiri. selalu gak nampak pucuk paku ni kat pasar...

p/s, Kak Ani dah singgah ke blog CM ke belum, ada entri yang perlukan komen serius.. singgah la..

Kamariah Awang berkata...

Kak Ani.. ini pertama kali ma dengar nama dan tengok rupa. Insya Allah, kalau jumpa nak jugak cuba rasa...

pak long berkata...

salam...
jaga-jaga kalau kutip kat kg....takut kena racun...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumunssalam Saudara Abdul Razak,

Akak sihat semoga saudara sihat juga.

Mungkin ada. Kak ani pun tak pernah tengok pokok ni di Terengganu ataupun memang tak kenal.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akan sihat.

Saya pun sekarang ni, lauk nasi saya yang akan saya cari dulu ialah ulam2 terutama ulam celur dan ikan panggang.

Menu lain dah kurang agaknya makin meningkat usia, makin kurang selera.

Kunang-Kunang berkata...

Fara,

Akak ada terbaca satu blog tentang paku rawan ni. Dia kata goreng belacan macam kita goreng kangkong tu pun sedap.

Kak ani dulu pun tak tahu yang daun keledek sedap digoreng belacan. Macam2kan menu orang kita.

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Si pasar Shah Alam ni tak pernah kak ani nampak, cuma di Pasar tani saja ada jual.

Kadang2 pokok2 ni ada yang kenal cuma kita tak tau yang ianya boleh dimakan.

Kunang-Kunang berkata...

Ma,

Kak ani rasa mungkin di terengganu ada tapi kita tak kenal dan tak tahu pokok ni boleh dimakan, apa lagi tempat tumbuhnya di sawah2 dan paya2.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam PakLong

Lama kita tak saling singgah menyinggah. Semoga Cikgu sihat. Terima atas peringatan.

Harap2 yang dijual kat pasar tu orang yang mengutipnya berhati2.

zulkbo berkata...

salam Kak..
ermm..pekena nasi panas,
paku rawan dan sambal belacan
je pun sedap..kena lunch pukul
3 petang..tak cukup seperiuk
nasi..he he

luahfikiran berkata...

SALAM,
TAK BIASA MAKAN ULAM INI. NANTI NAK CUBA

Queenie berkata...

masa kecik2 dulu zaman susah - ayah sakit - duduk dlm ward lama, (skrg ni pun tidaklah sesenang mana hehe), selalu arwah mak masak ni utk hidangan t'hari dan makan malam...selalunya mak masak goreng belacan mcm masak kangkung tu, tp saya tak pernah tengok cara mengolahnya...kena celur dulu atau tidak..

kali terakhir saya makan sayur ni masa umur 9 tahun rasanya hehehee..

MulutPayau berkata...

Tak pernah makan ulam ni...teruja jugak nak cuba....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Zulkbo,

Betul tu, ada ikan panggang lagi sedapkan.

Kunang-Kunang berkata...

Dato' LF,

Tulah dato' kena berani cuba. Kat pasar tani ada jual.

Kunang-Kunang berkata...

Queenie,

Dulu masa duduk di kampong selalunya tengok mak kutip2 jer sayur2 kampong dekat2 kawasan rumah. Selalunya sayur lemaklah.

Sekarang ni semua sayur2 kampong dah masuk pasar. Senang sungguh.

Kunang-Kunang berkata...

MP

Semasa saya ke kota bharu bulan Mei hari tu, ketika makan nasi di salah sebuah kedai makan di Pengkalang Chepa, saya makan ulam yang saya tak pernah makan 'raw' sebelum ni. Kalau tak silap saya orang panggil 'daun tutup bumi'. Sedap.

insan_marhaen berkata...

pernah makan sayur paku rawan tapi taklah minat sangat macam gulai paku hutan...

ummu berkata...

assalamualaikum kak hanim
subhanallah
rupanya pokok ni boleh dibuat ulam ye kak
saya pernah nampak di sekitar sekolah saya ni akan pokok ni
tapi tak tahu pula boleh dibuat ulam

Marina Monroe berkata...

Salam, selalu nampak kat pasar tani, disebabkan tak pernah makan maka saya tak pernah beli tapi kali ni nak cubalah..

PINATBATE berkata...

sedap paku rawan ni ditumis kering dengan belacan dan cili api..;)

Nur Misnan berkata...

Pertama kali dgr dan lihat paku rawan ni..
Kalau dimakan mentah2 tidak sedapkah?
Harus dicelur sampai layu ke? Kena cuba...