Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 26 Oktober 2011

Sebuah Kesunyian

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Khaisah!!!





Semenjak Kaisah dan Nabil ikut mama dia balik ke rumah opah mereka di Batu Kurau, rumah ni rasa sunyi sangat. Kalau Kaisah ada boleh dengar dia ketawa. Ada masa tak kena dengan hati dia, dia menangis. Sekarang harapkan Izati dan Erysya sajalah yang menjadi penghibur. Setiap Sabtu dan Ahad selalunya anak saya iaitu ibubapa Izati dan Erysya akan bermalam di rumah saya. Jadi riuhlah juga rumah.


Macam adik beradik kembar, tak boleh berenggang
kalau Erysya datang ke rumah saya




Selalu tu bila Kaisah ada di rumah, sekejap-sekejap dia masuk bilik saya. Usik-usik apa saja barang yang dia berkenan, gelak-gelak, ambik buku-buku saya dari almari buku dan macam keletah dia yang menghiburkan kami. Bila dilarang, merajuk masuk bilik mama dia semula. Lepas tu tak sampai 15 minit masuk balik.

Semenjak mamanya sarat mengandungkan adiknya Nabil, pantang dia tengok saya dan tokbahnya nak keluar, mesti nak ikut, siap tunggu dipintu. Ikutlah kami berjalan kemana pun tak apa, tak menangis.

Masih terbayang dimata saya betapa dia meraung nak ikut kami balik selepas menghantar dia ke rumah opahnya. Memekik-memekik sambil menangis dan memanggil-memanggil tokbahnya beritahu dia nak ikut tokbah balik. Lagi nampak kami bergerak lagi meraung sambil digoncangnya grill pintu rumah opahnya sekuat hati. Bergenang juga air mata saya. Tokbahnya diam jer, saya tahu dia sebak tu. Apa nak buat takkan nak pisahkan dia dengan mama dan adiknya. Kesian pulak pada mamanya.


Betul kata orang sayang cucu lain dari kita sayang anak.

19 ulasan:

ajumohit berkata...

Mmg betul kan kak, bila dh terbiasa dgn keriuhan anak2 Kecik ni, Akan terasa sunyinya bila mereka tiada...begitulah kasih sayang atuk n nenek kpd cucunya

sal berkata...

kiutnya cucu2 ..
memang begitulah,klu cucu2 bertandang terasa kemeriahannya,klu mereka balik sunyi bebenar...

Marina Monroe berkata...

Salam, saya memanglah tak dapat dengar segala riuh rendah yg berlaku di sekeliling..tapi saya amat faham akan perasaan sayu bila cucu meraung2 nak ikut..Adusss..lesu longlai rasa badan ketika itu..

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Memang sunyi bila dah biasa dengan keletah mereka kan.. kak di sini cucu sering datang ke rumah sebab rumah salah seorang anak kak dekat je satu taman.. lagi bising sebab semuanya lelaki. Yang sorang tu pula mungkin hobinya sama dengan cucu Ani suka masuk bilik cari buku-buku dan baca tak tentu biji butirnya sangat.. kemudian mengemaslah kononnya.. katanya dia hebat lagi mengemas daripada opahnya..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Comel-comel cucu akak.
Saya pulak sayu.

Fara berkata...

Cik Ani,

Tiba-tiba sy sebak. Klu sy Cik Ani, klu rumah sudah terbiasa riuh....tiba-tiba jdk sunyi, haishhh! Sayu je hati.

Tak apa Kaisah, nanti bila2 senang...ley kua jln2 dgn Tokbah lagik, kan?

Hiks~

ummu berkata...

assalamualaikum kak Hanim
mesti cucu2 akak tu happy duduk dgn akak kan.baru2 ibu saya pun ada minta saya hantarkan anak sulong saya dgn ibu,lagipun ibu saya dah bersara pilihan (awal).tapi anak saya tak boleh duduk jauh dgn atoknya(my FIL),sbb dari kecilnya,dia banyak tinggal dengan father in law.

MulutPayau berkata...

comelnya cucu akak...

Kak....mak saya pun ckap mcm tu, sayang cucu lain drpd sayang anak...tapi bila baca kisah akak ni sayu pulak...teringat time balik kg, merah mata abah lihat cucu2 masuk dlam kereta...

kakchik@ella berkata...

tak sabar nak rasa camana sayang cucu. Haishhhh!!! lmbt lagi ler ... Hihi.

Anaa berkata...

ayah saya pun macam kak ani jugak.. dulu mak ayah saya jaga anak adik.. bila tetiba adik hantar nursery anak2 dia, mak ayah saya jadi tak keruan.. jadik rindu rinduan..adik hantar nursery sebab tamoh susahkan depa..

Acik Erna berkata...

kesian nya cucu yang comelni
dah tentu nenek dan tokbah nya kesunyian..

sonata anak kancil berkata...

biasanya nenek terlebih sayang cucu2nya! comei cucu2 kak ni

S..U..D..@..I..S berkata...

makin hari makin sunyi
comel2 cucu akak

zulkbo berkata...

salam Kak..
comelnya Kaisah
puteh gebu..ermm
pasti anda merinduinyakan?

Kamariah Awang berkata...

Hehe.. cucu ma si Zulfan yang berusia 4 tahun tu, selalu suruh ma pindah ke KL kalau ma talipon kerana rindukan dia... Hahaha.. memang cucu ni penawar mengubat kesunyian yer kak Ani...

Ann Huda (Ate) berkata...

Luahan kerinduan seorang nenek...:).

luahfikiran berkata...

SALAM,
TENGOK GAMBAR2 NI, TERINGAT CUCU. SAMA KESUNYIAN KITA NI !

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih pada kawan-kawan yang singgah.

Sehari dua ni ada hal sikit, maaflah tak dapat nak respon pada kawan-kawan satu persatu.

Aziela berkata...

Itulah pengorbanan saya pada ibu dan ayah. Sesayang mana pun saya pada anak, saya tetap sangat sayangkan ibu ayah. Saya biarkan anak saya menetap dengan ibu dan ayah sejak lahir hingga sekarang. Anak sayalah satu2nya penghibur untuk mereka berdua. Biarlah apa pun orang nak kata. Berapa lama sangatlah masa yang saya ada untuk menggembirakan orang tua saya.