Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 12 Oktober 2011

Pinang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




'Pinang??'. Bukan nak bercerita tentang pinang meminang tetapi nak bercerita tentang buah pinang.

Pada Jumaat minggu lepas ketika menghantar cucu saya Ain Nur Kaisah dan Ahmad Nabil ke rumah opah dan tok wannnya di Batu Kurau saya tertarik dengan deretan pokok-pokok pinang yang ditanam oleh besan saya di sekeliling rumahnya.

Selain dari mencantik dan meneduhkan halaman rumah, pokok-pokok pinang ini juga menyejukkan dan menyamankan udara sekeliling. Bukan itu saja, menurut besan saya selain sebagai pokok hiasan buah-buah pinang ini juga merupakan salah satu sumber pendapatan beliau. Bila buah-buah pinang dah masak dan luruh, buah-buah ini akan dibeli oleh peraih. Kalau rajin semua boleh jadi sumber rezeki.



Mungkin remaja dan anak-anak kita sekarang kurang kenal dengan buah pinang sebenar. Sebab selalunya bila disuruh beli pinang, biasanya kita akan membeli buah pinang yang sudah diricik halus ataupun yang dogol tidak berkulit lagi. Kebiasaannya kita akan cari buah pinang bila berlaku acara merisik dan pinang meminang dan semasa acara nikah kahwin. Buah pinang ni akan digunakan untuk melengkap sirih jujung pengantin.


Sumber google


Bila saya google untuk mencari khasiat buah pinang ni yang juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceaeini rupanya ia bernilai tinggi dari segi perubatan. Saya tak tahu pulak yang buah pinang ni banyak khasiatnya yang kita tidak ketahui.

Antara khasiatnya ialah menguatkan gusi dan gigi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk dengan cara mengunyah buah pinang ni beserta dengan sirih, kapur dan gambir. Mudah cakap 'makan sirih'.

Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau.

Ada juga yang mengata air rebusan buah pinang ni juga boleh mengubat anak-anak yang menderita kecacingan dengan cara rebuskan 30 gram serbuk biji pinang dan 2 gelas air hingga mendidih. Bila air rebusan buah pinang tu dah sejuk berikan anak-anak tu minum airnya sebelum sarapan pagi.

Tentang khasiatnya tu, kalau cuba risikonya tanggung sendiri yer. Sebab ada juga artikel yang saya baca mengatakan buah pinang tidak elok di makan banyak - Wallahuwa'llam

21 ulasan:

Marina Monroe berkata...

Salam, zaman sekarang dah tak ramai yg makan buah pinang dan sireh ni. Sekarang digunakan utk hiasan sirih junjung jer kann?

JunAina berkata...

kak ani...air buah pinang tu kelat lah. boleh ke budak2 nak telan...kalau kecacingan doc paling senang...hehehehe...

pantang org tua2 pinang jgn dilangkah nanti mabuk...tak pasal2 mabuk free...

anitaare berkata...

assalammualaikum kak,

setiap yang Allah SWT jadikan itu pasti ada kebaikannya..sya pun tak tahu juga yang buah pinang ni byk khasiatnya..terimakasih kak atas perkongsian..apapun suasana rumah besan akak tu pasti sejuk berangin kan..cantik

MulutPayau berkata...

sbb bnyak khasiat kot buah pinang + sireh ni di gemari oleh orng2 zaman dulu...tapi skrang rasanya tak ramai yg suka ...bdk2 pun tak kenal buah pinang..

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..sekarang ni memang susah nak jumpa buah pinang yang segar macam tu..

ajumohit berkata...

Tq kak ani, byk khasiat buah pinang ni rupanya, alternative bg ubat2 moden

endiem berkata...

patut dikomersilkan untuk ubatan herba.

ariana berkata...

terimakasih atas informasi berguna tentang pinang..yang sya ingat, waktu kecik2 dulu kat kampung suka sgt main tarik guna upih pinang..hehe.
Dan dulu pernah gak try makan, waktu nenek makan sirih..skrg hanya banyak diguna untuk buat sirih junjung hantaran..:)

zulkbo berkata...

salam..
pokok pinang ada sepokok dua
di jengka rumah mak ayah saya..
kecil dulu rajin juga saya mengunyah
sirih dan pinang..sekarang tak dah kut?

Kunang-Kunang berkata...

MM,

Betul tu, budak sekarang kenal pinang yang di jual dikedai2 mamak yang dah diricik halus.

Yang fresh mereka tak tau.

Kunang-Kunang berkata...

Jun,

Betul tu, ubat cacing moden lagi bestkan. Buat apa nak susah2.

Kunang-Kunang berkata...

Ita,

Betul tu Ita. Tumbuhan2 yang allah jadikan ni berguna kepada kita dan juga haiwan. Samada menjadi sumber makanan ataupun ubat-ubatan.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Sekarang benda2 cerewet macam ni orang2 moden dah tak kisah lagikan. Lebeh baik dia orang makan gula-gula chewgum.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Sekarang budak2 di kampong pun belum tentu ada lagi pokok pinang ni. Di bandar lagilah susahkan.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Orang dulu2 pandai sungguhkan. Mereka kenal tumbuh2an, buahan yang menjadi ubat kepada kita manusia.

Kunang-Kunang berkata...

Endiam,

Rasanya mungkin ada dimasukkan pinang ni dalam mana-mana ubat tradisional cuma mungkin kita tak maklum.

Kadang2 bila dah disebut nama saintifiknya tu kita blurr!!

Kunang-Kunang berkata...

Ariana,

Ubih ni boleh juga dibuat bungkus nasi, ni masa zaman kak ani kecik2lahkan.

Sekarang ni ada kak ani tengok dia orang masukkan dodok ke dalam upih ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Zulkbo,

Dulu2 orang gunakan air dari sabut buah pinang ni untuk diletakkan atas kepala budak2 yang ada kutu.

Kutu tu maboklah..........

atie berkata...

banyaknya pokok pinang.. susah nak carik sekarang...

NzA berkata...

sekarang dah sukar nak lihat pokok pinang ni..teringat nostalgia semasa kecil, depan rumah nenek ada pokok pinang dan ada sebuah tempayan...sayalah yang selalu mengutip buah pinang tu.....

ramo nisuh berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.