Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 6 Oktober 2011

Orang Baru Dah Mari

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Ahmad Nabil berusia 5 hari


Usia adik Kaisah hari ini baru 5 hari. Adik Kaisah ni lahir pada 2 Oktober, iaitu 4 hari lebih awal dari yang dijangkakan. Alhamdulillah adik sihat. Abahnya dah beri nama pada adik. Nabi dia Ahmad Nabil. Bila beritahu pada orang yang tanya nama adik, semua gelak dan kata "Lu fikirlah sendiri". Tapi maksud nama ini adalah baik. Mudah2an Ahmad Nabil menjadi hamba yang sholeh dan taat kepada Allah dan ibubapanya.



Beberapa jam selepas dilahirkan


Hari kedua selepas dilahirkan, Ahmad Nabil tiba di rumah dari hospital dah hampir maghrib. Lepas sholat maghrib Tokbah terus lakukan 'belah mulut' (tahniq) untuk cucu kecik ini. Saya tak tahu apa nama lain acara 'belah mulut' ni. Dulu-dulu orang akan gunakan emas (cincin), asam, garam dan gula untuk 'belah mulut' ni.

Selalunya acara ni kita minta orang-orang alim dan orang yang agak pendiam untuk melakukannya. Ini kerana diharapkan bayi yang itu akan berkelakuan sebaik orang yang 'membelah mulutnya'. Wallahuwa'lam. Tokbah 'belah mulut' Ahmad Nabil dengan air zam-zam dan buah kurma, kebetulan buah kurma nabi masih ada dalam simpanan. Kami tak ikut cara dulu-dulu tu.


Air zam-zam dan buah kurma



Tokbah sedang menyuap buah sedikit buah
kurma pada Ahmad Nabil


Sebaik disuap air zam-zam dan merasa sedikit kemanisan buah kurma, mulut Ahmad Nabil bergerak perlahan-lahan menikmati kemanisan kurma dan air zam-zam yang berkat tu. Akikah mungkin akan dilakukan di Taiping.




Kakak ni tak boleh dibiarkan sangat


Semenjak ada adik ni, Kaisah meragam sungguh. Mana tidaknya, mama asyik dengan adik. Bila dia pegi dekat adik, mama kata 'jangan dekat sangat, nanti jatuh atas mama dan adik'. Jadi sekarang ni tak boleh silap cakap, dia akan merajuk, bila merajuk duduk tepi dinding bawak diri dan menangis. Kesian...

Yang nekma ni pulak, selain mandikan baby, nekma jadi nenek kebayan cari daun-daun untuk direbus buat air mandian emak Ahmad Nabil. Buat sebagaimana mak saya buat pada saya dulu-dulu semasa dalam pantang.





Memandangkan saya duduk di SA ni, tak banyaklah daun yang saya dapat. Akhirnya saya cuma rebuskan air bersama daun pandan dan daun mengkudu saja. Itu yang ada ditanam di rumah. Saya tahu besan saya akan dapat carikan daun-daun berbagai jenis bila menantu saya tu balik ke Taiping besok. Tujuan mandi air rebusan ni, kata orang dulu-dulu untuk ringankan badan dan mengecut urat-urat yang kembang.

Lepas tu panaskan tungku untuk mak Nabil bertungku. Kata orang dulu-dulu juga bertungku ni penting untuk mempercepatkan kecutnya rahim selepas bersalin. Sekarang ni semua moden. Tungku tak payah lagi guna batu sungai dan dibakar di atas dapur tapi tungku sekarang hanya disambung pada elektrik saja. Dah panas, dah boleh bertungku. Selepas bertungku pakai barut atau bengkong.


Inilah rupa tungku tu.


Inilah dulu kisah Ahmad Nabil. Esok Ahmad Nabil dan Kaisah akan dihantar Abahnya ke Taiping. Tokbah, Nekma dan Teh Nah ikut sekali hantar mereka ke rumah Opah dan Tok Wan Ahmad Nabil dan Kaisah di Taiping. Mama mereka nak berpantang di sana selama kira-kira 2 bulan. Yerlah lebih selesa bila mak sendiri yang jaga. Tak dia tak kita punkan.

Uhuh, uhuh..... rindulah nekma dan tokbah pada cucu dua orang ni. Yang jadi penghibur nanti hanya Kak Atie dan Kak Ersya sajalah. Itu pun hari Sabtu dan Ahad saja kakak-kakak tu datang rumah nekma.

Mungkin sehari dua ni saya tak bersiaranlah sebab ke Taiping. Bye..


'Belah Mulut' sebenarnya ia adalah antara amalan yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW (sunah) ke atas cucu baginda dan ia dinamakan tahniq. Tahniq yang menjadi sunah adalah menyuap atau memasukkan manisan (tamar) yang dikunyah oleh Nabi (orang soleh) ke lelangit bayi.

Cara ini diharap doa dan air liur daripada mulut Nabi dan orang-orang soleh yang sentiasa membesarkan Allah SWT dan ayat-ayat al-Quran ketika melakukan tahniq akan diwarisi oleh bayi berkenaan.

28 ulasan:

Cikli berkata...

alhamdulillah. bayi sihat

ajumohit berkata...

Comelnya nabil, kaisah rasa cemburu tu yg duk ngendeng2 Kat adik tu kak, hati2 di jalan raya kak... Skrg tungku pon dh moden ye kak...senang tak perlu nk bakar2 batu

atie berkata...

Assalamualikum kak ......

tahniah atas kehadiran orang baru dalam keluarga........ saya pun baru daat anak buah pada 1 okt ari tu kira tua sehari dari ahmab nabil....

luahfikiran berkata...

SALAM,
LF PUN DAPAT ORANG BARU DALAM KELUARGA KIRA2 2 MINGGU YANG LALU ! TAPI CUCU (KE 4), BUKAN ANAK YA !

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum KakAni:)

MOga akak sihat2 di sana dan diberkatiNya selalu..Amin..:)

Alhamdulillah..syukur...semua selamat
Suka kan tgk baby...
tenang jee tgk wajah lembut baby tu..

Moga Ahmad Nabil diberikan kesihatan yang baik..dan mjadi anak yang soleh..InsyaAllah..:)

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Yer, Alhamdulillah baby sihat. Begitu juga ibunya.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Betul tu, sentiasa berhati2 dijalanraya. Bila dia ngamok2, bawa jauh dia jauh2.

Kunang-Kunang berkata...

Atie,

Tahniah pada Atie dapat anak sedara. Sama tahunlah sekolahnya besok dengan Nabilkan.

Terima kasih Atie.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Dato' LF,

Alhamdulillah, serilah kita nampaknya yer Dato'. Itulah kebahagian di usia kita ni sekarang melihat zuriat bertambah.

Semoga mereka menjadi hamba yang sholeh/sholehah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Semoga Sis Tinie sekeluarga sihat. Kak Ani Alhamdulillah selain sakit biasa tu, semuanya ok.

Terima kasih doa Atie untuk cucu kak ani tu.

Zaitun berkata...

Alhamdulillah selamat dan bertambah cucu.

Kunang-Kunang berkata...

Zai,

Tulah Syukurlah pada Allah segala2nya dah selamat.

Cik SHiNJU berkata...

Tomeinyer Ahmad Nabil..

Acik Erna berkata...

Tahniah..dapat cucu baru dan alhamdulillah..nampak baby sihat..

missgee berkata...

Kak Ani.
Tahniah ngan cucu barunya..

P/s: 2 oct.. saya 3 oct.. Beza sehari aje.. :)

MulutPayau berkata...

Tahniah dapat cucu baru...comel sangat...

insan_marhaen berkata...

insyaAllah, bulan 2 nanti giliran cucu ibu_suri...

anitaare berkata...

Assalammualaikum kak,

tahniah kak dapat cucu..moga Ahmad Nabil menjadi anak yang beriman dan soleh..Amin

sal berkata...

cumilnya nabil..

suka tengok baby..
moga sentiasa sihat dan membesar dn menjadi anak yang soleh..amin

che mid berkata...

Tahniah nekma..Che Mid dah pun perkenalkan tahnik ni di taman rumah lama.. tapi tak dikunyah la tamar,cuma lenyek je, takut ada yang tak suka pulak, maklumlah benda baru ramai tak tau walaupun sunnah Nabi..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani...

Moga kakak sihat hendaknya..

Tahniah dapat seorang lagi cucu.

zue berkata...

tahniah kak ani krn dpt cucu (orang baru dah mari) :)

nur berkata...

AsSalam kak hanim..
Tahniah buat nekma dapat sorang lagi cucu.. comel Ahmad Nabil..

ieja amieja berkata...

tahniah kak dapat cucu baru..bertambah lg cucu yer..masa ank2 sy dulu mak mentua buatkan belah mulut tu..garam gula madu dan kurma jer,,,,x tau la ada org kata biar bby ni tahu asam garam, pahit manisnyer kehidupan..sy ikut jer..ttg mandi daun2 tuh mg bagus untuk hilangkan bau2 badan ni,,segar pun iya..x bersalin pun kita leh amalkan selalu..

LadyBird berkata...

lady pernah mandi air tu.. rasa panas meresap ke urat saraf.. dia ade aroma yang segar.. terlekat di badan.. best sgt..

Ibu Lala berkata...

tahniah. seronoknya la hai kalau cerita bab bersalin nih. saya dah melalui 3 kali pengalaman bersalin dan berpantang. seronok sangat. lepas ni tak tau lagi bila. mungkin ada lagi atau pun tak. tepeng kat mana ek??

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih pada semua kawan-kawan yang singgah semasa saya tidak aktif di blog.

Kesebokan menghalang saya berblog kerap.

NzA berkata...

Tahniah...Alhamdulillah semuanya selamat.