Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 20 Oktober 2011

Menuai Semaian

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Petang ni, hujan mencurah dengan lebatnya di luar tu. Cuaca dah gelap walaupun baru nak maghrib. Kejap lagi maghriblah tu. Sejak akhir-akhir ni boleh dikatakan tiap-tiap hari hujan. Tak hujan pagi, hujan petang. Best jugak, tak payah siram pokok-pokok bunga di laman tu. Hujan dah tolong siramkan. Itulah salah satu rahmat bila Allah turunkan hujan.

Sesuatu yang membuat saya pilu ketika berada di rumah almarhumah sahabat saya semalam ingin saya kongsi bersama. Ketika saya masih di rumah almarhumah saya lihat anaknya yang ketiga baru tiba dari sekolah asrama penuh (sekolah agama), anak ini dalam tingkatan 5.

Dia tiba dengan memakai jubah putih sambil memegang al quran. Ketibaannya disambut oleh saudara maranya. Dengan tenang dia duduk tidak jauh dari jenazah ibunya diletakkan dan terus membaca alquran. Bergenang air mata saya melihat dia. Nampak sungguh tabah. Dalam hatinya hanya dia dan Allah saja yang tahu.

Saya tahu almarhumah seorang yang lemah lembut dengan anak-anaknya. Anaknya yang seramai 4 orang semuanya lelaki. Anak sulung dah kahwin, anak kedua masih menuntut di Jepun. Semua anak-anaknya bersekolah di sekolah agama sama ada sekolah agama JAIS atau Maahad. Anak-anaknya sentiasa mendapat keputusan yang baik dalam SRP dan SPM.

Sehingga petang semalam anak keduanya yang sedang belajar di Jepun masih belum tiba.

Apa yang nak saya ceritakan ialah, alangkah beruntungnya almarhumah bila anak-anaknya dengan tenang dan tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci alquran dan menyembahyangkan jenazahnya. Itulah hasil yang dituainya daripada benih yang disemainya semasa hayatnya.

22 ulasan:

missgee berkata...

Kak Ani,
Sedihnya...

Al-fatihah..
Untuk arwah...

P/s: takziah untuk keluarga

ajumohit berkata...

Alhamdulillah sejuk perut arwah mengandung, alangkah bagusnya jika dpt mendidik anak2 mjadi insan soleh solehah. Tenang Dan redha dgn pemergian insan tersayang....alfatihah

iza berkata...

Assalam...
Pasti tenang hati ibu jika anak2 yang dididik semuanya menjadi..
Al-Fatihah...

Cikli berkata...

anak yang soleh yang mendoakan....

zulkbo berkata...

salam..
semoga Allah tempatkan
allahyarhamah di syurga-Nya

beruntung anak-anak di didik
dengan agama, bekalan sesudah
mati.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...
Susah nak cari anak2 yg tenang dan tabah tatkala ibu bapa mnggal dunia...beruntung arwah punya anak2 yg soleh...

p/s..Al-fatihah utk arwah..

Ati Masrif berkata...

salam kak ani,

bergenang airmata ati membaca
kisah ini juga
tabah sungguh hati anak bujang
arwah tu walaupun masih muda

ati pun berharap anak2 ati dapat
buat begitu juga nanti...amin

sal berkata...

moga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya..

sejuknya perut dpt anak2 yg islamik dan pandai mcm tu...

♥ manje ♥ berkata...

al-fatihah... ~

JunAina berkata...

semoga saya dapat menjadi seperti dia, mampu mendidik anak2 menjadi anak soleh dan solehah...

sis intan berkata...

Salam Kak Ani.

Tak semua org tabah mcm anak2 dia. Bertuah.

Kunang-Kunang berkata...

Miss Gee,

Berpisah mati memang satu perpisahan yang amat menyedih dan menyiksakan. Apa daya yang kita ada selain tabah menerima dugaan Allah ini dan takdir perjalanan hidup kita.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Sama-samalah kita berdoa semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang sholeh/sholehah.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Doa anak yang sholeh membantu kita menjalani hidup di alam sana.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam saudara Zulkbo,

Dengan didikan agama yang kita berikan kepada anak-anak semoga mereka menjadi anak-anak yang sempurna di dunia dan di akhirat. Menjadi penyambung kita di akhirat.

Kunang-Kunang berkata...

NP,

Memang bukan senang nak menerima dengan tabah dalam keadaan yang sedih itu. Semoga mereka semua tabah.

Kunang-Kunang berkata...

Iza,


Setiap ibubapa mengharap dan memberikan didikan terbaik untuk anak-anak. Semoga apa yang kita impiankan terhadap anak-anak kita dimakhbulkan Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Ati,

Semoga harapan kita pada anak-anak kita dimakhbulkan Allah.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Tulah kan untung nasib seseorang kita tak tau.

Kunang-Kunang berkata...

Manje,

InsyaAllah semoga doa kita semua membantu almarhumah di sana.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Mudah2an anak-anak kita terbentuk sebagaimana yang kita harap dan didik mereka.

Kunang-Kunang berkata...

Sis Intan,

Betul tu.