Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 22 Oktober 2011

Yang Tersirat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Hendak Tuai Padi Ku Masak

Batang Kapas Di Pinggir Jalan

Hati Yang Resah Ku Bawa Gelak

Bagaikan Panas Mengandung Hujan

30 ulasan:

ajumohit berkata...

senyum terukir di bibir, dalam hati siapa yg tahu kan kak

Amie berkata...

hanya Tuhan sahaja yang tahu.....

che mid berkata...

carilah tempat untuk mengadu, jangan dibiar kelak berHANTU..

Temuk berkata...

Assalam kunang-kunang

Batang kapas di pinggir jalan
Buluh retak pucuknya mati
Bagaikan panas mengandung hujan
Sungguh tak keruan rasanya hati!

Walau apa pun, semoga kita-kita yang dah bersara-sara ni diizinkan Allah sentiasa berkemampuan menyara kesihatan kita. Selamat berhujung minggu.

Acik Erna berkata...

Assalam kunang kunang..
apakah yang tersirat tidak sama dengan yang telah tersurat..

sal berkata...

jangan disangka yg tenang tak de buaya...
itulah kehidupan..

Kamariah Awang berkata...

Hidup harus diteruskan, kak...

aby berkata...

salam k hanim ..
berat mata memandang, berat lg bahu memikul ..
semoga k hanim sihat hendaknya ..

MulutPayau berkata...

Semoga akak sihat....

Kadang mngharap panas hingga ke petang..rupanya hujan mncurah di tgh hari...Apa pun yg berlaku, sabar dan tabah hadapi semuanya...

sekamar rindu berkata...

assalamualaikum kak..

dalam hati kita, hanya Allah SWT saja yg tahu..kadang2 dibibir tersenyum tapi di dalam hati terluka..itulag dugaan..

Syimama berkata...

salam...semoga hari ini hati berbunga2, usahlah lagi bergundah gulana.

si para para berkata...

salam kak...


rasa tak tercapai akal..
mungkin yang menulisnya lebih memahami.
:)

insan_marhaen berkata...

Hendak Tuai Padi Ku Masak,
Batang Kapas Di Pinggir Jalan,
Hati yang resah ubatnya gelak,
begitu pesan pakar kesihatan!

insyaAllah, masa akan mengubatinya juga!

Cikli berkata...

inilah ketabahan kak.
kalau gelak dalam tangisan itu kepuraan

Kunang-Kunang berkata...

Aju,Memang tersenyum dibibir tak semestinya dihati riang gembira.

Kunang-Kunang berkata...

Amie,

Allah Maha Mengetahui.

Kunang-Kunang berkata...

Che Mid,

Betul tu Che Mid, sesuatu yang terbuku dihati kalau diikut mahu rosak binasa kita

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Temuk,

Saya perhatikan sejak dah senja2 ni, kalau hati resah akan mengambil masa yang panjang untuk meredahkannya.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Sukar untuk diceritakan sesuatu yang tersirat dihati kerana mungkin pada orang2 tertentu perkara itu tidak menjadi sesuatu yang menyusahkan hati.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Betul tu, air yang tenang mungkin buayanya bersembunyi di akar bakau. Keliru kita dibuatnya.

Kunang-Kunang berkata...

Ma,

betul-betul!!. Selagu bernyawa kita kena meneruskan hidup dengan mensyukuri nikmat yang Allah beri pada kita.

Kunang-Kunang berkata...

Wak,

Akak sihat semoga wak sekeluarga juga sihat. Dah selesai yer sebok dengan peperiksaan anak. Semoga mereka semua berjaya.

Betul wak, dalam mengharungi kehidupan ini kita diuji dengan pelbagai cara. Kadang2 berat juga rasanya.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Itulah kehidupan. Apa pun terjadi semoga Allah sentiasa menguruskan kehidupan yang terbaik untuk kita.

Kunang-Kunang berkata...

SK,

Allah yang mencipta kita, jadi hanya kepadaNYAlah kita berserah harap.

Kunang-Kunang berkata...

Syimama,

Demi kebahagian orang2 tertentu segala duka kita pendam dengan harapan mereka bahagia.

Kunang-Kunang berkata...

Para,

Lama tak singgah sini. Semoga Para sihat dan gembira selalu.

Begitulah hidup ada suka ada duka.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Terima kasih. Betul tu!!, tak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan semoga waktu yang akan merubahnya.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Kepuraan yang terpaksa demi sebuah kebahagian.

hani@debumelukut berkata...

Hendak tanam sayur di hulu,
Pagi dan petang boleh ku siram Hendak gelak, didada pilu,
Hati menangis sengaja ku pendam.

dela berkata...

berat mata memandang berat lagi yg menanggungnya.... masing2 akan di uji dgn cara masing2.... semoga tabah hadapinya... InsyaAllah.