Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 24 Oktober 2011

Fadhilat membaca surah Al-Mulk

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a., seorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”

Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”

(HR At Tarmizi)

Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.

(HR At Tarmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)

(HR At Tabrani)

An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”

Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”

Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.

Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”

Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”

Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu.

Dari nursyirah.wordpress.com

32 ulasan:

Fara berkata...

Terima kasih kerana entri yg penuh dgn ketakutan (pada Allah) dan keinsafan. Sesungguhnya, sy masih jauh terkebelakang dlm mendapat tmpt yg istimewa di sisiNya!

si para para berkata...

terima kasih kak atas peringatan..

tahu dah tahu. cuma nak amalkan tu perlukan kekuatan..
moga2 kita sama2 mengamalkannya..

Azira Mohamad berkata...

Bila baca blog akak..terasa selangkah dekat dgn Allah..trima kasih krn mengingatkan kami..krn kadang2 kami juga alpa dgn nikmat dunia..

sal berkata...

saya juga pernah terbaca tentang kelebihan surah al-Mulk..

bertuah kita jika dpt berpeluang membacanya berserta surah2 lain yg mempunyai kelebihan tersendiri..

trimakasih krn mengingatkan..

Acik Erna berkata...

Assalam kak Ani..terima kasih..sentiasa mengingatkan kawan2 kearah kebaikan..

Cikli berkata...

terima kasih atas perkongsian kak.
good luck untuk exam bahasa arab.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...

Terima kasih atas prkongsian ini...

aby berkata...

[2]
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

ayat ke dua dari surah al Mulk,
selalu di bacakan ketika kuliah2 ugama....
berpandukan pd tek terjemah pun dh dapat difahami, apatah lg bile ditafsir, pasti lg menginsafkan.....

ajumohit berkata...

Salah satu surah yg saya amalkan Dari skola rendah, mmg byk manfaatnya, tq atas perkongsian ini ye kak

Queenie berkata...

thanks for sharing...rasa diri macam kecik jer tiapkali masuk ke sini...

Kunang-Kunang berkata...

Fara,

terima kasih singgah blog akak ni. Kak ani pun baru berjinak2 dengan semua ni bila hari dah makin senja.

Tapi tetap bersyukur sekurang2nya Allah membuka pintu hati kak ani untuk belajar.

Kunang-Kunang berkata...

Para,

Betul tu, kadang memang tahu kelebihan sesuatu benda tapi memang dah lumrah sesuatu yang baik tu kadang2 agak susah nak dibuat selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Alhamdulillah Azira,

Sama2lah kita menghayati surah ini di samping surah2 lain. Dan kalau kita menghafalnya alangkah lagi beruntung. Ia menjadi teman kita di alam barsah.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Betul tu Sal, kalau boleh bacalahkan ke semua surah semuanya ada kelebihan masing2.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erni,

Sebenarnya diri sendiri juga kak ani peringatkan. Banyak benda2 yang kak ani masih belajar dari kawan2.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Terima kasih doakan kejayaan kak ani untuk peperiksaan bahasa arah ni. Merangkak2 sungguh. Tapi mesti genggam betul2 bila dah belajar. Mesti paslah tak nak....

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Betul tu wak, alangkan beruntungnya kalau surah alMulk ni ada dalam dada kita. Sebagai teman kita di alam barsh nanti.

Kita pernah bincang perkara ni kan wak.

Sedih kadang2 kalau baca surah ni.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Sama-samalah kita dapatkan manfaat surat ini.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

alhamdulillah surah ni dah tersemat di qalbu. Semoga shafaatnya diberikan kepada Aju.

Kunang-Kunang berkata...

Queenie,

Janganlah rasa macam tu, kita sentiasa belajar sesuatu dalam meneruskan perjalanan hidup kita.

Terima kasih singgah.

Nur-nba berkata...

Entri yang bagus untuk dikongsikan.. Terima kasih kak..

Kunang-Kunang berkata...

Nur-nba,

Sama2 Nur

sekamar rindu berkata...

salam...puan,

entri yg sangat meninsafkan saya..tq sdi berkongsi entri yg terbaik ini..

Kamariah Awang berkata...

Tk, kak Ani atas info. Insya Allah, sama2 kita kearah kebaikan, saling ingat mengingatkan... Alhamdulillah dapat berkenalan.

insan_marhaen berkata...

Tk atas perkongsian. InsyaAllah, IM akan cuba selalu baca surah ini untuk ibubapa IM....

Kunang-Kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kunang-Kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kunang-Kunang berkata...

SR,

Semoga kita semua mendapat fadhilat dari surah AlMulk ni.

Kunang-Kunang berkata...

Ma,

Sama-samalah kita beramal dengan surah ini. Semoga Allah memberi kita ganjaranNYA kepada kita di sana nanti.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Memang surah ni pun baik dibaca selalu.

S..U..D..@..I..S berkata...

mudah2an kita mendapat fadhilatnya..
tq sharing disini

Kunang-Kunang berkata...

Sud@is,

Sama-sama.