Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 1 Oktober 2011

DiFikir dan DiRenung

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Di dasar laut yang bening dan jernih, tinggal sepasang tiram sederhana besar bersama kloninya yang melekat kukuh kepada sebiji batu yang besar. Makanan mudah didapati disitu dan habitatnya juga sangat sesuai untuk kaloni tiram.

Satu hari arus tiba-tiba mengalir sangat deras sehingga menerbangkan butir-butir pasir di dasar laut tersebut.

Sepasang tiram tersebut tidak sempat menutup cangkerang mereka dan terpaksa menelan beberapa butir pasir yang termasuk ke dalam cangkerangnya. Mereka cuba meludah-ludah pasir-pasir tersebut, tetapi tidak mampu.

Mereka cuba mengangakan cangkerang luas-luas agar pasir dapat dikeluarkan, namun mereka berdepan dengan risiko lebih banyak pasir termasuk ke dalam cangkerang.

Setelah pelbagai ikhtiar dilakukan, tiram tersebut memberikan satu cadangan kepada pasangannya, "jika kita tidak boleh keluarkan pasir ini, apa kata kita cuba tukarkan kepada sesuatu yang lebih baik".

Pasangan itu bersetuju tanpa sebarang bantahan.

Setelah bertahun-tahun butiran pasir itu berada dalam cangkerang sepasang tiram itu, akhirnya terhasilah sesuatu yang berharga. Warnya putih bercahaya. Itulah dia sebutir mutiara yang asalnya hanya sebutir pasir.

Jika tiram mampu mengubah sebutir pasir menjadi mutiara, maka manusia yang dikurniakan Allah dengan akal, lima pancaindera, hati dan status sebagai khalifah, apa agaknya yang manusia mampu lakukan.

23 ulasan:

Marina Monroe berkata...

Salam,

Dari Kaca kpd permata yg berkilauan..
Itulah peranan seorang ibu..

insan_marhaen berkata...

Mutiara yang asli walau jatuh di dalam lumpur tetap juga akan bercahaya dan dihargai..

cikguden berkata...

pasti lebih daripada itu

anitaare berkata...

asalnya suci..jika digilap bertambah suci

Blog Erna berkata...

Hanya Allah yang maha berkuasa..
syukur alhamdulillah..

sekamar rindu berkata...

salam..


satu lagi bukti betapa besarnya kekuasaan Allah swt..

NzA berkata...

jika kita sbgai manusia yg diberi akal utk brfikir, pastinya kita mampu hasilkan yg lebih baik tnpa brputus asa....

delarocha berkata...

salam ziarah.

hasil yg dikeluarkan insan adalah bergantung pada asuhan yg diterima. jika baik, baiklah ia.

ajumohit berkata...

Jika baik acuannya, baguslah juga hasilnya...lebih bharga Dari mutiara

Kamariah Awang berkata...

Subhanallah.. menariknya N3 ni...

PCL berkata...

Assalamualaikum kak,

kita sentiasa memohon keampunan kpd Allah dan redha mahu mengubah diri daripada baik kepada yang lebih baik dari sebelumnya.

sal berkata...

insyaAllah..
pencetus motivasi. moga ia akan terus menjadi mutiara yg berharga...

shameel Iskandar berkata...

selaku khalifah, manusia yg diangerahkan pelbagai keistimewaan sepatutnya boleh membina hidup dan kehidupan yg berharga dan bernilai.

Cikli berkata...

lepas dapat mutiara, dapat lagi sos tiram. besarnya anugerah Tuhan.

Amie berkata...

Assalamualaiku KK,
cerita tentang mutiara teringat Amie satu untaian kata: Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit, namun rendahkan hatiku serendah mutiara di lautan!

P/S: jemput datang rumah Amie ambil award The Versatile Blogger ye.... jangan lupa tau!

Anaa berkata...

kuasa Allah kan kak..

manusia patutnya lebih bijak menilai sesuatu dan sentiasa muhasabah diri untuk menjadi yang terbaik ...

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum...

segalanya bergantung kpd ddidikan ibubapa dan ilmu .....

hani@debumelukut berkata...

Kalau terlalu memilih, nak mutiara terpilih kaca...

ahmad humairi berkata...

Debu jadi permata,
hina jadi mulia.....

Cik SHiNJU berkata...

Macam2 boleh dilakukan oleh manusia yg menggunakan akalnya....

kakchik@ella berkata...

nice entry, kak. byk pengajarannya.

iza berkata...

Assalam..
Lama tak ziarah sini...
Akal yang dikurniakan Allah, jika digunakan ke arah kebaikan, pasti ada manfaatnya dan ganjarannya..

zulkbo berkata...

salam Kak..
perkonsian yang menarik
dan menginsafkan..terima
kasih...manusia dan akalnya
selalunya lebih kepada hawa
nafsu..semoga kita semua
memilih yang terbaik dan
berada di jalan Allah jua