Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 19 Oktober 2011

Dia Telah Kembali KepadaNYA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Pagi tadi ketika sedang bersiap untuk balik ke Shah Alam dari rumah anak saya di Puncak Alam, suami saya menerima panggilan telefon dari jiran saya. Tiba-tiba hati saya berdebar-debar bila mendengar suami saya mengucapkan "Innalillahhiwainnailaihirajiuun". Berkata-kata dalam hati siapa yang meninggal.

Beritanya - begitu memeranjatkan. Isteri salah seorang jiran kami telah meninggal dunia lebih kurang jam 3.00 pagi tadi di PPUM. Kami bergegas balik ke rumah di Shah Alam. Hati terasa sedih dah sayu. Selain sebagai jiran isteri, almarhumah juga merupakan sahabat baik saya. Memandangkan kami dari negeri yang sama, kami agak rapat. Almarhumah berusia akhir 40'an.

Al Fatihah untuk almarhumah sahabat saya ini. Saya tidak pulak tau yang almahumah mengidap apa-apa penyakit. Itu yang terperanjat sangat bila mendengar almarhumah meninggal. Baru hari Ahad lepas iaitu kira-kira 4 hari lalu nampak almarhumah menyiram pokok-pokok bunga di laman rumahnya.

Almarhumah seorang yang aktif dalam Jawatnkuasa Masjid di qariah saya. Orangnya peramah dan sentiasa tersenyum.

Allahlah yang menentukan segalanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dimasukkan ke dalam golongan orang yang dikasihi Allah.

12 ulasan:

anitaare berkata...

Al-Fatihah

Kamariah Awang berkata...

Al-fatihah... Allah lebih menyanyanginya...

Cikli berkata...

semoga rohnya dirahmati Allah . amin

zulkbo berkata...

salam..
semoga Allah tempatkan roh
allahyarhamah di kalangan
orang yang beriman...

hari dia dah sampai..hari kita
bila pula ye...hanya Allah yang
mengetahui,,semoga mati kita
juga dalam iman..amin

ajumohit berkata...

Alfatihah buat arwah, semoga Rohnya dicucuri rahmat Dan ditmptkan bsama org beriman

nur berkata...

Innalillahiwainnailaihirajiuun...
Moga arwah jiran kak hanim ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..aminn

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Didoakan agar ruh arwah diampunkan segala dosa dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang dirahmati Allah.

alimaz kembara terasing berkata...

al-fatihah ... allah lebih menyayanginya....

Anaa berkata...

bila dah sampai masa, tak kira tua muda, sihat sakit, pasti akan dijemput.. Innalillahiwainnailaihiraji`un.

Acik Erna berkata...

AlFatihah..dan salam takziah buat keluarganya.

ummuaimi berkata...

Assalamualaikum.

Alfatihah untuk allahyarham semoga rohnya diberi rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama mereka yang diredhaiNya.

Ati Masrif berkata...

al-fatihah

semoga rohnya dirahmati Allah