Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Khamis, 13 Oktober 2011

Dari Amie - ' The Versatile Blogger'

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Mula-mula sekali nak minta maaf pada Amie dari The Story Of Amie's Little Kichen kerana lambat mengambil award The Versatile Blogger yang diberikan kepada saya. Maklumlah semenjak 'orang baru' hadir dalam hidup saya banyak perkara yang perlu diuruskan.

Amie, saya ucapkan berbanyak terima kasih di atas ingatan Amie kepada saya. Seperti sebelum ini penerima pemberian ini ada syaratnya. Bagus juga dengan cara ini tahulah kita sedikit sebanyak mengenai kawan-kawan blogger kita ni. Syarat-syaratnya ialah:

1. Thank and link back the person who gave you this award
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)

2. Share 7 things about yourself on the post
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)

3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
(Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)

4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
(Hubungi semua yang menerima)

Perkara 1. Dah pun saya lakukan.

Perkara 2. 7 Perkara Mengenai saya:

(i) Suka terima hadiah
(ii) Hati cepat kesian bila melihat sesuatu yang menyayat hati
(iii) Cepat terasa jika ada perkara yang mengguris perasaan
(iv) Belajar menerima takdir Allah dengan sabar
(v) Tak berapa gemar dengan orang yang selalu mungkir janji
(vi) Cuba elak dari berkata yang boleh melukakan hati orang lain
(vii) Kalau baru berjumpa seseorang, malu sikit nak bercakap, tak kenal
macam berteh goreng bercerita.

Perkara 3 & 4. Pada pandangan semua rakan blogger layak dengan pemberian 'The Versatile Blogger' ni. Jadi mengharap sangat pada kawan-kawan yang singgah sudi-sudilah mengambil pemberian ini dan panjangkan kepada kawan-kawan blogger yang lain semoga dengan itu ukhwah kita berpanjangan. InsyaAllah.

26 ulasan:

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak ani..

Moga kakak sihat sejahtera hendaknya dengan izin~Nya..

Terima kasih kak!

zue berkata...

kak ani mmg 'the versatile blogger'
:)
award tu zue amik ya...tq.

Ati Masrif berkata...

salam kak ani,

tahniah lah

banyak yg kita sama ni
terutama 2, 3 dan 7

^_________^

sal berkata...

apa khabar..
moga ceria2 selalu dpt org baru..

kakchik@ella berkata...

Salam kak ani,

dpt 'award' tu tandanya akak ada org minat dan ada yg sayang. Harap2 akak hepi. Tahniah kak.

Cikli berkata...

memang versatile

Kamariah Awang berkata...

Tahniah, kak Ani... Ma pun dapat juga dari Amie.. Alhamdulillah dah buat tugasan pun...

missgee berkata...

Wah...

Kak Ani,
"Belajar menerima takdir Allah dengan sabar"

sama seperti saya..
Mudah-mudahan kita diberi
kekuatan..

insan_marhaen berkata...

tahniah kerana dapat anugerah.

The Versatile Blogger, harap versatile dalam aktiviti hidup untuk dunia dan masyarakat.

bila versatile, barilah meriah!

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak

Semoga Abd Razak sihat begitu juga dengan akak. Alhamdulillah kak ani sihat.

Semoga sudi mengambil award ni yer.

Kunang-Kunang berkata...

Zue,

Silalah ambik award tu. Terima kasih yer

sekamar rindu berkata...

salam...

moga puan dan family dirahmati Allah SWT selalu..amin

MulutPayau berkata...

Tahniah kak ani...Mp pun dapat award tu...

MulutPayau berkata...

Tahniah kak ani...Mp pun dapat award tu...

Miecyber berkata...

Congrats Kak Nim...

MyKad Gergasi
Taman Negara Package
Travel Online Shopping

Kunang-Kunang berkata...

Atie,

Terima kasih. Ambiklah yer. Maaflah kak ani lambat respon pada komen kawan2 ni. Ada hal sikit.

Kunang-Kunang berkata...

Tahniah juga pada Ma dapat award ni dari Amie.

Semoga ukhwah berpanjangan.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

'Orang baru' dah balik jumpa opah dan tokwannya di Batu Kurau Perak. Rindu sangat....

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Aduh!! aduh... tak terkata apa.

Kunang-Kunang berkata...

Miss Gee,

Apa daya kita sekiranya Allah dah tentukan sesuatu kepada kita melain menerimanya dengan tabah disamping berdoa semoga ianya merupakan satu kebaikan kepada kita.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Yer itulah harapan kak ani semoga ianya balance dalam kehidupan di sini dan di sana ataupun lebihkan di sana nun

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Welcome.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ella,

Alhamdulillah dari kejauhan ada juga kawan-kawan yang ingatkan kita. Semoga Ella juga sudi mengambilnya yer sebagai hubungan mengiratkan ukhwah kita semua.

Kunang-Kunang berkata...

Walaikumussalam SK,

Terima kasih semoga SK sekeluarga juga sentiasa mendapat rahmanNYA.

NzA berkata...

yg ke 7 lbh kurang dgn sy juga, agak segan nk mulakan ttp kalau dh kena non stop brckp...he...

Kunang-Kunang berkata...

NZA,

Begitulah kita kan, dah kenal baru berani bercakap.