Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 29 Oktober 2011

Berpisah Sekejap Moga Jumpa Lagi

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Malam tadi merupakan perjumpaan terakhir antara kami orang yang belajar bahasa arab lanjutan di Masjid Negeri Shah Alam. Kami dah selesai peperiksaan akhir. Keputusannya secara tak rasmi dah dapat. Alhamdulillah nampaknya semua dalam kelas ni yang hadir tu luluslah.

Seperti biasa jugalah bila ada pertemuan mesti ada makan-makan. Kebetulan antara kami ni ada seorang pelajar yang beristerikan orang dari negara Palestine. Jadi kami minta tolong isteri kawan kami ni masakkan nasi keistimewaan orang-orang Palestine.

Inilah nasi belova. Sori yer kalau salah eja, dengar tu gitulah bunyinya.





Nasi Belova, atas sekali belova ayam, tengah belova kambing
dan ketiga belova daging lembu


Nasi belova ni ada yang dimasak dengan kambing, daging lembu dan ayam. Memandangkan saya tak makan kambing dan daging lembu, saya makan belova ayam sahaja. Nasi ni diiringi dengan sup ayam, satu lagi lauk seperti dalca, sambal rupa dan rasa macam sambal belacan serta acar. Acarnya kalau kita, kita panggil 'jelatah'. Acarnya terdiri dari kobis biru (tak tau nama sebenar), daun pasli, tatomato, bawang,lobak merah dan cili hidup serta minyak zaitun. Bahan-bahan lain yang disebut termasuk 'safran' kena beli di kedai arab.

Rasa nasi ni mungkin terpulang pada selera masing-masing. Lebih kurang rasa nasi arab lain juga.

Dari apa yang diceritakan oleh isteri kawan saya ni, saya rasa memasak nasi ni memang susah dan cerewet. Kawan saya pun kata mereka sekeluarga hanya makan nasi ni setahun sekali iaitu pada hari raya. Kiranya kami beruntungkan. Saya perhatikan yang bagusnya tentang nasi ni ialah memasak nasinya langsung tidak menggunakan minyak. Begitu juga lauk2 iringan. Semuanya direbus.


kuih muih yang dibawa oleh kami sikit sorang



Kenangan dengan Ustaz Bahasa Arab kami


Ini sajalah yang tinggal setelah selama setahun mengikuti kelas bahasa arab lanjutan. Yang lain-lain tu nampak ramai yang berhenti separuh jalan, maklumlah orang dewasa yang belajar, banyak halangan dan cubaan termasuk ujian kesihatan. Perkataan famesnya antara kami tentang orang-orang yang berhenti separuh jalan ni 'dah shahid'.

Pelajar dewasa ataupun ada yang terdiri dari pesara ni memang banyak halangan dan godaan. Kena cekal betul. Tambah pulak bahasa arab bahasa yang pada saya agak sukar memandangkan kami langsung tak ada asas atau latarbelakang bahasa arab. Kadang-kadang tekanan kerja pun menjadikan pengajian terpaksa ditangguhkan. Pelajarnya boleh dikatakan terdiri dari orang profesyenal seperti cikgu, jurutera, pensyarah, profesor dan lain-lain lagi termasuk saya yang dah bersara. Apa lagi ditambah pulak ada peperiksaan. Nak ker profesor atau cikgu fail exam.

Saya berpegang kepada belajar biarlah sehingga mencapai apa yang dihajatkan. Sayang duit yang dah dikeluarkan untuk bayar yuran.

34 ulasan:

Nur-nba berkata...

Tahniah buat Kak Kunang-kunang.. Nur bangga dengan akak. Andai ada peluang, Nur pun nak sambung beljar lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Semoga akak berjaya dalam pelajaran dan mencapai apa yang dihajatkan.

luahfikiran berkata...

SALAM,
TAHNIAH BERJAYA. BUKANNYA MUDAH, SEMANGAT MESTI KUAT. ISTERI NAK MULAKAN KELAS BAHASA ARAB AL QURAN (HARFIAH) DI MUSOLLAH EHSAN (RUMAH KEDIAMAN LF NI) MULAI 12 DIS INI. UTK MUSLIMAH SHJ.TAK RAMAI LELAKI YG BERMINAT DAN BOLEH BERTAHAN LAMA (TERMASUK LF SENDIRI)

Kakzakie berkata...

Tahniah dulu buat Kak Ani. Sukanya kakak baca N3 ini sebab Kak Ani ada peluang belajar.

Sekarang kakak belajar juga tapi dari buku anak kakak sebab dia nak periksa, kalau tak kakak tak belajar.

aby berkata...

salam k hanim ..
tahniah kerana bukan saja menamatkan pengajian malah lulus sekali .
memang semangat kena kuat utk menamatkan pengajian ..
sekadar nak tambah tentang org senior bekajar..
kita belajar sekadar utk menambah ilmu, anak2 belajar sbb utk kesenangan masa depan ..
bile tiba peperiksaan kita mengulang kaji sungguh2 .. bila anak nak menghadapai peperiksaan, relak pula dia. tu yg datang marah kita sbb dia tk bersungguh sungguh ..
tu la yg jadi dgn wak dan anak yg ke 2 sbb minggu yg sama menduduki peperiksaan .. sekarang klas tengah cuti ..
buka balik seminggu lps raya haji ..

Ann Huda (Ate) berkata...

Tahniah kak. Gigih betul akak belajar bahasa Arab. Ate ni...hampeh. Pernah belajar dengan mak Arab yg pernah jadi guru bahasa Arab di Mesir (sblm dia ikut suami dia kerja lecturer Bhs Arab di UIA). Masuk kelas ke 4 jer Ate dah 'syahid'. Tak tahan, org Arab strict giler. Sudahnya sampai sekarang tak pandai. Rugi kan.

Syimama berkata...

Tahniah kak, tumpang gembira moga saya juga nanti dapat mengharungi persaraan penuh manafaat.

zulkbo berkata...

salam Kak..
moga Allh permudahkan urusan nada..
ermm..nampak sedap nasi ayam tu..
:)

Kunang-Kunang berkata...

Nur-Nba,

Terima kasih. Sebenarnya kalau ikutkan penat memang tak jadi apa. Maklumlah sakit sana, sakit sini.

Kunang-Kunang berkata...

Dato' LF,

Betul Dato', kalau ikut hati malas memang syahid jugaklah saya pun tapi mengenangkan dulu masa buat persaraan pilihan dengan niat nak mendalami ilmu agama, kuatkan jugaklah walaupun rasanya dari semenjak bersara tak banyak perubahan yang berjaya dibuat.

Bagusnya Datin dapat menganjurkan kelas Bahasa Arab Alquran, sebab dengan mengetahui bahasa Arab kita akan lebih faham erti sebenar maksud Firman Allah itu, banyak yang tersirat daripada apa yang tersurat.

Saya mengikut kelas arab alquran dan arab komunikasi dari 2 kelas yang berbeza. Kedua2 kelas ni saling membantu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kakzakie,

Tulah alhamdulillah di masjid negeri ni banyak kelas-kelas bersijil diadakan. Dan ustaz2 yang mengajarnya pun kebanyaknnya ada master sama ada dari universiti di Mesir nun atau di IPTA kita sendiri.

Bayaran yang dikenakan pun setahun murah sangat berbanding dengan ilmu yang diajar.

Mudah2an masjid lain pun menuju kearah tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Setuju dengan pandangan Wak. Kita ni belajar untuk mendalami ilmu bagi memperbaiki diri sendiri. Ianya betul2 kerana ingin menjadi insan yang lebih baik.

Pendeknya kalau kita tak belajar bersungguh2 pun tak ada orang nak marah tapi mengenangkan yang rugi kita sendiri, jadi kita belajar bersungguh2.

Sedangkan anak2 kita belum ada kesedaran tu. InsyaAllah bila mereka dah besar besok mereka akan faham.

Semoga wak berjaya dalam exam wak tu. Sambong diploma pulak besok. Kak ani tak nak dah, cukuplah dengar2 ceramah di masjid2, tak larat dah nak masuk kelas macam dulu. Bahasa arab dan kelas alquran sajalah sekarang ni.

Semangat dah menurun.

Kunang-Kunang berkata...

Ann (Ate),

Tak taulah kalau nak banding dengan bahasa inglish, rasanya mudah sikit sebab kita terdedah dengan bahasa tu.

Sedangkan bahasa arab ni kita tidak ada dalam komuniti tu, jadi susahlah sikit. Tapi tak apalah lambat asal fahamlah jugak sikit2. Baca quran pun rasa lebih faham.

Kunang-Kunang berkata...

Syimama,

InsyaAllah semua orang boleh. Tak payahlah syima tunggu bersara, bila anak-anak dah besar dan boleh jaga diri sendiri besok, joinlah kelas2 macam ni. Banyak kelas2.

Sekarang ni UM/JAIS atau UM sendiri ada buat macam2 kelas agama dengan masjid2 disekitar selangor dan wilayah. Ramai yang dah berjaya. Mula2 kita buat sijil lepas tu dengan sijil tu melayakkan kita mengikuti pengajian Diploma. Diploma dan sijil ni diiktiraf.

UIA pun ada buat kelas2 macam ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sdr Zulkbo,

Terima kasih atas doa zulkbo pada kak ani. Itulah juga yang selalu kak ani doakan semoga Allah kuatkan ingatan dalam mempelajari semua ni.

ajumohit berkata...

Tahniah atas usaha akak dlm mpelajari bhasa Arab ni...sedap nasi tu, mcm Nasi bukhari pon ye, mggu lepas baru mkn, dimasak dgn kambing nasinya tu

MulutPayau berkata...

Tahniah kak...saya kagum betul dngan akak...kalau saya, rasanya mmng 'shahid' jugak...

Fara berkata...

Tahniah Cik Ani krn lulus ujian bahasa Arab. bahasa Arab antara bahasa yg sukar utk dikuasai. Dulu sy pnh gak belajar. Mmg ketara susah.

Sy tertarik betul dgn nasi belova tu. Klu sy, sudah tentu pilih yg berlaukkan kambing. Oh, pasti sdp!

Kamariah Awang berkata...

Tahniah kak Ani... dah sesuai benarlah tu.. Kalau kak Ani berbahasa Arab, dah tentulah orang percaya sebab Kak Ani pun ada iras2 orang Arab jugak (ma tengok dari gambar aje ni, maaflah kalau ma tersalah yer..) Ma rasa minat jugak nak belajar Arab ni, tapi tak taulah mungkin masa tak mengizinkan agaknya... Tapi tak apa yer Kak Ani, kalau ada masaalah, ma boleh refer kak Ani, boleh? Hihihi...

Acik Erna berkata...

Tahniah kak Ani..andi ada peluang acik jugak teringin..

Rashid berkata...

Nasi belova? ermm rasa lapar pula tengoknya. sedap semacam je.

sekali tengok macam nasi masakan orang jawa je. Lauk ayam rencah pedas ditimbun dalam nasi .. hehe

sekamar rindu berkata...

salam..

sangat bangga dengan kegigihan kak, berusaha dengan gigih pasti berjaya belajar bahasa arab..

syabs..kak

sal berkata...

alhamdulillah dan tahniah dapat belajar..

susah nak meluangkan masa untuk mengikuti majlis2 ilmu..amat bermanfaat untk kita untuk menambah ilmu..

a kl citizen berkata...

tahniah kak ani... dah boleh berbahasa Arab lah ya. alhamdulillah

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Apa lagi yang boleh kak ani lakukan selepas bersara. Inilah saja jalan nak memperbaiki diri.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Terim kasih. Kak ani pun bersyukur pada Allah kerana membuka hati untuk belajar.

Kunang-Kunang berkata...

Fara,

Terima kasih. Semua orang kata lauk kambing lagi sedap jika makan nasi beriani atau yang sewaktu dengannya. Sayang akak tak berani makan kambing takut 'my blood go upstairs'. He he

Kunang-Kunang berkata...

Ma,

Kadang2 peluang tu datang secara kebetulan dan tak dirancang.

InsyaAllah akan adalah masa tu Ma.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Terima kasih. Bagus kalau belajar bahasa arab ni kerana bila kita baca quran, seronok dan kefahaman kita berbeza dengan kita hanya mengharapkan terjemahan.

Kunang-Kunang berkata...

Saudara Rashid,

Terima kasih singgah. Nasi ni lebih kurang nasi bukhara pada pandangan kita tapi rasanya berlainan.

Nasi ni selain dimasukkan ayam atau kambing atau lembu dimasukkan juga sayur-sayuran seperti terung (kena goreng dulu) carrot, bawang besar dan rempah ratusnyalah (katanya rempah ratusnya hanya boleh dibeli dikedai Arab).

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Alhamdulillah, kebetulan waktu dan tempat belajar tu tidak memberi masalah sangat.

Masih merangkak sebenarnya. Tahun depan rasanya nak sambung semula.

Kunang-Kunang berkata...

SR,

Terima kasih. Doakan semoga semangat kak ani tak luntur dek perasaan malas.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Normah,

Terima kasih. Beginilah orang dah lama ni belajar. Bercakap arab sikit2 yang mudah2 tu bolehlah. Kalau baca quran tu rasanya fahamlah sikit2 mana-mana perkataan yang selalu didengar.

Bahasa arab ni susah kita nak praktikan sebab tak ada lawannya.

PINATBATE berkata...

Tahniah!
bukan senang nak belajar,bukan susah nak berjaya..Semuanya boleh jadi asal ada keazaman yg tinggi..;)

Budget Android Tablet berkata...

Salam...

saya ingin bertanyakan dimana ada kelas bahasa arab sekitar taiping..
jika ada email saya detail ke
syah_biznesku@yahoo.com
atau sms 014-7185498..

bantuan kalian sgt saya hargai..