Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 31 Oktober 2011

Ada Kembang Di Laman Saya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Sekarang ni tiap-tiap petang hujan. Saya perhatikan semenjak kerap hujan ni rajin pulak pokok-pokok bunga di rumah saya berbunga. Contohnya ros kampong ni. Bila lalu berhampiran dengannya, terhidulah bau harum lembut.







Pokok-pokok ros yang kembang berhampiran pintu pagar rumah. Saya perhatikan banyak lagi kudup-kudup ros ni menunggu masa untuk kembang.


Ros ni dari jenis lain, kelopak bungannya nipis dan tak berbau




Ros putih, pokok ni dah bertahun usianya. Pokok induknya dah lama ke sorga, nasib baik sebelum pokok tu ke sorga saya dan semai yang ini. Jadi tak adalah hilang keturunannya. Pokok ni rajin berbunga. Ketika kawan saya meninggal baru-baru ni, bunga-bunga di rumah saya berbakti juga, seperti bunga mawar putih ni, bunga mawar maroon dan juga bunga melur serta daun pandan diambil untuk ditabur di atas perkuburan.

Di samping pokok ros, nampaknya pokok-pokok halia bara juga sama-sama nak meriahkan laman.


32 ulasan:

Amie berkata...

Assalam KK,
terasa harum aroma lembut ros kampung.... memang kalau tengah rajin berbunga, tak putus-putus kudupnya berkembangan... rasa tenang dan damai melihat keindahannya walaupun tak secantik ros moden...

kakcik berkata...

Cantiknya bunga mawar itu, bagai terbau2 keharumannya. :)

JunAina berkata...

menjadi betul tangan kak ani...sejuk mata memandang dengan bunga berwarna-warni kat halaman. puas hati menanam...

kakchik@ella berkata...

Kak ani, apa rahsia bela pokok bunga ye? Ella bela pokok berbunga tak penahnya hidup. Hihi.

ajumohit berkata...

kak saya suke entry mcm ni, saya suke tgk bunga2 mekar berkembang, subhanallah maha suci Allah...kalau dekat nk jugak tukar2 bunga ngan akak ehhehehe, amik free boleh kot hehehhehe

Werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

MasyaAllah cantik bunga ros dan bunga halia bara tu..

Minat menanam memang ada pada kak.. Dulu ada juga menanam bunga ros tapi tidak lagi kini.. tak dapat nak bongkokpun.

Ann Huda (Ate) berkata...

Subhanallah syantiknya bunga. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa utk Menghidupkan sesuatu.

Mesti bila ada angin bertiup kadang terbau harum bunga ros kan?

sal berkata...

bukan saja meriah tapi cantik..hati terhibur kan...suka tengok yg kembang2 tu..

akak..tangan saya ni tak berbakat untuk menanam pokok bunga, seringkali kelayuan..

♥ manje ♥ berkata...

asslamualaikum

suka tgk bunga2 ros tu... kita punya bunga ros kena penyakit kat batang2 pokok, habis mati... sekarang ni dalam proses tanam lain... :) ~

Kakzakie berkata...

Kalau tengok pokok bunga org kakak hairan mudah betul keluar bunga. Kalau Kak Ani nak tahu kakak punya pokok siap baja bunga lagi tapi daun je yg meriah, bunga kedekut sungguh nak keluar...

MulutPayau berkata...

cantiknya.....!!!! suka tengok ros kembang...

Fara berkata...

Salam Cik Ani,

Seronoknya dapat lihat bunga berkembang mcm tu. Apalagi bila ianya hasil tanaman kita. Hiks~

Anaa berkata...

lawanya kak ani ros t;uu... bak kata kakcik, terbau bau..:)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Amie,

Akak ada singgah di 'Amie little cottage' beberapa kali. Cantik laman cottage amie tu.

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Bunga mawar kampong. Ada orang kata letak baja tahi ayam tapi akak letak baca 'kacang soya'. Baja ni buat masa ini akak dapat di pasar tani dekat stadium shah alam saja. Kat lain belum jumpa.

Kunang-Kunang berkata...

Jun,

InsyaAllahlah yang telah sudah ni mahulah hidup pokok2 ni. Sekarang ni sebenarnya tak berjaga sangat. Siram pun bila nampak dan kering sangat.

Kekuatan badan dah tak macam dulu.

Kunang-Kunang berkata...

Ella,

Tak ada apa rahsia. Cuma bunga ros ni akak rasa dia memerlukan cahaya matahari yang cukup.

Siram hari dan letakkan baja 2 minggu sekali. Kak ani guna baja 'kacang soya'. Selalunya belum di pasar tani stadium Shah Alam.

Marina Monroe berkata...

Salam KK,'

Saya ada beli ros dlm plastik hitam, cantik dah berbunga bila transfer dalam pasu, selepas beberapa minggu pokok2 tuh mati. Dah berkali berlaku so saya tak de bunga ros., tapi saya suka sangat bunga ros..huhuhu

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Kak ani juga minat dengan bunga2an ni tapi kudrat dah kurang nak menjaganya.

Kalau sudi singgahlah di blog orkid kak ani seperti di bawah ni

http://orchidrohani.blogspot.com/

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat.

Saya pun sebenarnya begitu juga. Sekarang ni usung pasu dah tak boleh buat, mesti lepas tu sakit pinggang.

Cuma siram2 dan letak baja saja.

Kunang-Kunang berkata...

Ate,

Betul tu DIAlah yang maha berkuasa menghidup dan mematikan makluk cipataannya.

Tak ada istilah 'green finger'. Tapi disamping tu kita kenalah siram dan letakkan baja. Kalau mati jugak, dah ajal dialahkan.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Dulu2 masa muda2lah, kak ani ingat kak ani tak boleh tanam bunga. Tapi kawan2 kata, cuba tanam, lama2 Alhamdulillah mahu jugak menjadi.

Selalunya tu kalau pacak batang pokok, hiduplah jugak.

Kunang-Kunang berkata...

Maje,

Saya tak pernah guna apa orang panggil 'racun serangga' sebab tak berani takut2 anak2 (sekarang cucu) terpegang pokok tu.

Kalau teruk sangat cuba beli minyak serai wangi dekat Maidin ada jual, Yang ini tak beracun.

Lagi satu, kalau pokok tu dah subur, bila potong2 batang2nya tu jangan buang, pacak2kan pada pasu-pasu mana ada, mudah2an dia hidup, jadi kalau induknya mati, ada juga pokok lain.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Ini ros kampong, tak payah jaga, siram dan letak baja saja 2 minggu sekali.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Kalau boleh jangan guna baca bunga baca kimia tu. Cuba cari baja organik, selalunya baca tahi ayam, tapi jangan letak banyak, panas, mati pulak pokok.

Kak ani guna baja kacang soya yang dijual di pasar tani shah alam, dekat lain tak tahulah ada jual ker tidak. Ada jugak orang kata siram dengan air beras dan air ikan.

Kunang-Kunang berkata...

Fara,

Betul tu bila berbunga seronok. Tapi kena rajin siram dengan letak baja 2 minggu sekali, InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Anaa,

Pokok ros ni kalau kita sedang potong-potong batang2nya tu pun tangan kita berbau wangi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MM,

Sayang yer bila tengok pokok mati.

Kak ani perhatikan bunga beli ni memang senang matikan. Itu yang kak ani tanam ros kampong, ada juga sepasu dua bunga ros 'bandar'.

Ros 'bandar' ni bila kak ani potong batang2nya tu, kak ani tak buang batangnya, kak ani akan pacak pada pasu2 yang kosong, atau pada pasu yang ada ruang, biar dia biak.

NzA berkata...

cantiknya kak ani...mcm taman bunga la. jeles saya tengok...dulu suka juga taman bunga ros ttp bila balik kg pokok2 tu akan mati kekeringan..skrg ni cuma tanam pokok bunga kertas je cz tahan panas......

Kamariah Awang berkata...

Sejuknya tangan kak Ani... Cantik.., geram pulak ma tengokkan ros yang kembang berlapis2 kelopaknya tu...

Syimama berkata...

Salam..seronoknya tengok bunga2 berkembang. Tenang dan damai hati bila tengok bunga2 ni..orang kata kita kena cakap2 dengan pokok bunga ni..memujuk rayu gitu.

insan_marhaen berkata...

kat laman rumah IM ada bunga kerak nasi. wangi bila waktu malam!