Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 5 September 2011

Tunggang Terbalik


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Susah pulak hati saya bila tengok blog saya ni tunggang terbalik. Tunggang terbalik tu ialah yang mana patut duduk sebelah kanan, sekarang dah duduk sebelah kiri. Nak komen blog kawan-kawan pun dah tak tentu hala.

Tak taulah salah setting blog saya ker atau ada yang tak kena dengan engin google chrome saya. Tapi bila saya buka website lain melalui goggle chrome ni okey pulak. Blog saya dah tak boleh nampak 'followers' saya. Bila saya ke blog kawan-kawan pun saya tak nampak 'followers' di blog kawan-kawan. Ataupun mungkin komputer saya yang sakit.

Sekarang ni saya berblog dengan engin 'Mozilla Firefox' tetapi follower saya dan kawan-kawan masih tak nampak. Bila saya guna komputer lain, okey pulak semuanya. Begitu juga bila saya guna laptop.

Mudah-mudahan saya temui penyakit blog saya ni.

Sedih...........

14 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Salam

...saya nampak je followers akak

Kakzakie berkata...

Alahai Kak Ani... masih mood rayalah blogspot. Tapi kakak nampak folowers kak Ani eh...:)

ibundo berkata...

salam. kadang-kadang memang terjadik macam tu. tapi ni dah nampak okay jer..

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum kak..

Moga kakak sihat hendaknya..

Jangan sedih kak! Followers widget kakak tu ada..:)

S..U..D..@..I..S berkata...

sy buka ok ja ada followers dll, dun worry.selamat hari raya
sedap lagu kat sini

zulkbo berkata...

salam..
nampak sihat dan
okey je widget Follower
tu kak..

Acik Erna berkata...

Assalam kak ani..chrome memang selalu ada penyakit macam tu

AI berkata...

- sabar ye kak ani...pelan2 kasi setel...hehe

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum kepada semua kawan yang perihatin dan singgah.

Akak rasa yang salah ialah komputer yang kak ani gunakan. Mungkin ada yang tak kena dengan komputer tu.

Sekarang ni akak guna google chrome juga tetapi guna komputer lain. Kak Ani tak suka guna laptop maklumlah mata ni dah tak jelas macam dulu lagi.

Terima kasih atas keperihatinan.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...

Saya pun nmpak follwers akak.....sabar yer kak...

Cikli berkata...

komputer saya kalau pakai internet explorer, tak nampak follower.
kalau pakai firefox, baru nampak.
kalau hempap ke dinding, tak tahu lagi nampak ke tidak.hihi

kakcik berkata...

Berblog ini pun ada juga penyakitnya, Kak Ani. :)

nyanyisunyi berkata...

Assalamualaikum..sy guna mozilla baru ok kalau guna Internet Exp banyak yg tk keluar,.

Admin P@P berkata...

Assalamualaikum.
Semoga cepat dapat dikesan 'penyakit' laptop tersebut.

Saya sendiri menggunakan Mozilla Firefox, setakat ini tiada masalah.

Mungkin juga laptop Kunang-Kunang perlu diformat semula.

Semoga sihat dan ceria.

TQ