Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 24 September 2011

Syawal Dah Hujung-hujung - Jamuan Masih Rancak

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Duduk kejap depan PC. Dah beberapa hari tak update blog. Seboklah sangat kononnya tu.

Saya baru saja balik dari beraya di rumah ustaz guru alquran saya. Boleh tahan ramai orangnya. Mereka terdiri dari staf Masjid Negeri dan anak-anak murid ustaz saya dan keluarga masing-masing. Sebenarnya setiap tahun saya dijemput tapi baru kali ini saya dapat hadir.

Alhamdulillah, nampaknya sambutan raya masih rancak walaupun Syawal dah tinggal beberapa hari lagi. Mewahnya orang sekarang. Jamuan tak habis-habis hingga tak cukup hari. Kadang-kadang sampai dua tiga rumah nak pegi dalam satu hari. Tak pegi bimbang member kecik hati.

Semalam saya dan 5 orang kawan ke Pulau Indah. Meraikan jemputan raya dari kawan yang sama-sama belajar mengaji. Meriahnya. Ramai tetamu dia dan suaminya. Ini kali kedua saya pijak kaki ke Pulau Indah. Seronok rasanya suasana kampong.

Kawan saya ni kawasan rumahnya memang besar. Siap bela kambing, ayam dan itek. Semalam salah satu menunya ialah gulai itek belaan kawan saya tu. Itek tu kawan saya masak lemak cili padi. Sedap..........

Besok, Ahad, member kelas bahasa Arab pulak buat raya antara kami. Saya diminta masak nasi dagang. Aduhhhhhhhhh. Mudah-mudahan saya larat memasaknya. Semua bahan keperluan dah saya beli.

Sebenarnya lepas puasa ni dah 2 kali saya masak nasi dagang di rumah. Saya kumpulkan adik-beradik saya dan adik-beradik suami yang tinggal di sekitara Lembah Klang sekaligus. Penat kalau tak buat macam tu. Bila kumpul sekaligus macam ni, penat sekali jer dan semua orang dapat berjumpa dan bermesra. Maklumlah kadang-kadang tu walaupun adik beradik, saya tau mereka jarang berjumpa terutama bila mak ayah dah tiada. Sebagai anak sulung sayalah yang akan mencari jalan mempertemukan mereka.

Besok juga adik ipar saya jemput beraya di rumah barunya. Jadi selain jamuan raya dijadikan juga jamuan masuk rumah baru. Wajib pegi nampaknya. Mungkin Ahad esok hari terakhir orang buat raya. Sebab Ahad dah habis dalam bulan syawal nikan.

29 ulasan:

Marina Monroe berkata...

Sedappnye nasi dagang..

Memang sekarang ramai yg berduit, tadi saya juga ke rumah terbuka , menu hidangan rasa nya lebih dari 15 macam,..

Kamariah Awang berkata...

Betul kata kak Ani, makin hujung2 ni, makin banyak rumah terbuka...
Tak sangka kak Ani pandai masak nasi dagang...! Pernah duduk di Terengganu ke?

PCL berkata...

Assalamualaikum..semoga kakak sihat selalu lg2 di musim raya ni walaupun dah agak penghujungnya. ,
emm... masakan itik mengigatkan saya pada suasana kampung walaupn di sana tak pernah makannya...memang sedap kalau kena gaya masaknya...kat bandar baru belajar makan itik, itu yg best sangat..nak cuba jg daging landak tp belum ketemu lg hingga saat ini (jamuan raya). Teringin tp blm mengidam lg..hehe.

MulutPayau berkata...

Yer lah kak..hujung2 ni makin ramai pulak yg buat open house....

Cikli berkata...

raya sebulan ni kak.

ajumohit berkata...

saya kempunan nak gi open house kak, mana taknya sebelum raya najwa kene chicken pox, kemudian najiha 2 minggu, ni adam pulak,,, waaaaaaaaaa

Acik Erna berkata...

assalam kak ani..sedapnya nasi dagang kan..asalnya pagi tadi pun nak buat jugak nasi dagang..tapi dah dari pagi hujan..malas nak keluar kepasar..
akhirnya masak aje apa yang ada dirumah..

missgee berkata...

Kak Ani,
Rezeki makan di bulan syawal..
Sekali merapatkan ukhwah..
Kira berbaloi-baloi :)

sal berkata...

ahlamdulillah telah selesai menyambut raya terbuka...

moga dimurahkan rezki dan ukhwah sentiasa berpanjangan.amin

Syimama berkata...

Assalamualaikum.
Sy orang kecil pun sibuk memenuhi undangan syawal...apatah lagi bagi orang2 penting.

Semalam saja, rumah 1 sarapan pagi raya, rumah 2 kenduri kahwin & beraya, rumah 3 open house raya, rumah 4 open house raya dan birthday...masyaallah, tidak sanggup meneruskan lagi, baliklah. Walau bagaimanapun..Alhamdulillah.

ibundo berkata...

ramai yang berebut2 buat rumah terbuka last kopek. sabtu ahad ni je tak terkejar2 dengan jemputan.

Kunang-Kunang berkata...

MM,

Alhamulillah pada mereka yang diberi rezeki berlebihan. Jadi syer2lah rezeki Allah tukan.

Kunang-Kunang berkata...

Ma,

Kak Ani ni memang orang Terengganu. Berasal dari Dungun. Sekarang ni kalau balik ke dungun pun jumpa ipar duai saja. Adik beradik sendiri dan ibubapa dah tak ada di sana lagi.

Nak kata pandai buat nasi dagang tu taklah jugak. Tapi bolehlah lepas rasa teringin nak makan tu. Kalau beli di 'sini' lain sangat dah rasanya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam PCL,

Terima kasih doakan kesihatan kak ani.

Kak ani juga suka makan itik. Dulu2 kat kampong makan itek mak pelihara. Sekarang ni di Shah Alam ni pun ada sebuah kedai yang jual 'rendang itek'. Bolehlah rasa.

Daging landak tu tak berani nak cakap sebab tak pernah melihat apa lagi merasa. Dengar pada cerita kawan2 semua kata sedap.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Ada juga yang terpaksa buat lepas Syawal, jadi kena panggil 'kenduri' jerlah kot.

Alhamdulillah syare kemewahan yang Allah beri dengn kawan2 dan saudara marakan.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Sebulan rasanya tak cukup raya ni. Ada jugak terpaksa lajak lebih sikit.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Ujian Allah tu. Sabar jerlah.

Yerlah orang kata kalau ada keluarga dalam rumah yang kena 'chicken pox' ni tak boleh mengoreng dalam rumah, takut dia orang gatal. Wallahwa'llamlah.

Semoga anak-anak Aju cepat sihat. Kesian dia orang.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Kak Ani ni pun bukan rajin sangat buat nasi dagang ni. Kalau ada 'hal' baru buat. Pada kak ani dia ni cerewet.

Tapi bila tengok orang dalam rumah dan orang yang datang makan berselera hilang penatnya.

Kunang-Kunang berkata...

Miss Gee,

Betul tu, kadang2 tu kita pegi ke rumah orang yang menjemput bukan kerana nak makan sangat tetapi lebih kepada mengambil hati kawan/saudara mara yang menjemput.

Takut2 besok, bila kita jemput ke rumah kita, tak ada orang yang datang sebab kita selalu beralasan untuk tidak pergi ke rumah kawan bila dijemput.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Ada sari dua lagi tu......... tapi Sabtu Ahad dah habis.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Syimama,

Betul tu, Alhamdulillah sekurang2nya kita tahu yang kita mempunyai ramai kawan melalui jumlah jemputan yang kita terima.

Tak aperlah, kita orang kecik beraya cara kita orang kecik. Yang Penting hubungan kekeluargaan dah ukhwah kekal sampai bila-bila.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Pah,

Yerlah nak buat hari raya tu kena tengok pulak tarikh kawan2 buat raya, nanti bertembong pulak. Tak dapat kita pergi rumah dia dan dia tak dapat datang rumah kita kan.

zulkbo berkata...

salam Kak..
petanda mewahnya rakyat
Malaysia..makan dan makan
saya sendiri pun banyak dapat
undangan sampai nak kena tolak
letih juga makan dan makan nih..
he he..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zulkbo

Yerlah kan, pada yang sihat tu boleh tahanlah, pada yang ada penyakit macam kak ani ni, kena tahan2 juga

Cikguzam berkata...

Salam Kunang-kunang,
Tetiba rasa naj makan lemang, alahaiiiiii........

Cikguzam berkata...

Salam Kunang-kunang,
Tetiba rasa naj makan lemang, alahaiiiiii........

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam CikguZam,

Sekarang ni hati2 beli lemang, kadang2 dijual lemang rebus. Tapi sedap juga cuma tak garinglah.

AI berkata...

Salam Kak Ani...

best nye nasi dagang...nak belajar buat tp xtau le bila...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Al,

Rasanyalah kan kak anilah, nak belajar buat nasi dagang ni kena tengok orang membuatnya.

InsyaAllah boleh tu...