Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 26 September 2011

Sambil Menyelam Sambil Tangkap Ikan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Mata asyik merenung bunga ros yang berkembangan di pagar zink biru dalam gambar di atas tu. Hati berkata, "cantik, bestnya kalau aku ada pokok bunga ros yang macam ni". Possible ker impossible impian tu. Rasanya lebih kepada impossible. Halangannya, cuaca kitalahkan. He he beranganlah tu.

Saya ada juga tanam pokok bunga ros yang tingginya melepasi pagar rumah, berbunga juga, tapi satu dua saja yang kembang dalam sepokok. Saya tanam ros kampong yang berbau wangi.

Sebenarnya saya ni baru selesai mengunjungi blog kawan-kawan. Best juga ada peluang berblog walking ni. Tapi nak tau kenapa saya letak tajuk di atas sebab saya berblog walking sambil menyidai kain baju. He he pemalas ker rajin namanya ni. Saya sidai kain di beranda rumah saja. PC pulak terletak ditepi sliding door ke beranda, jadi saya gantung baju-baju tu digrill pintu dulu, dah banyak baru saya sangkutkan di penyidai kain di beranda. Sambil-sambil duduk di atas kerusi yang sama saya tekan 'mouse' untuk berblog walking.

Sekarang cuaca nampaknya dah mendong balik. Tapi tak kesahlah. Kain tu takkan basah cuma lambat kering sikit. Bilalah agaknya nak selesai urus mengurus kain baju ni. Dari muda hingga ke tua. Dari anak masih kecil-kecil hingga dah bercucu. Sekarang uruskan kain baju kami berdua saja, tapi berat juga rasanya.

58 ulasan:

Amie berkata...

Assalam KK,
Amie pun suka bunga ros, banyak kali tanam... tapi selalu mati sebab tak dijaga rapi, suka sangat tengok bunga ros... yang banyak jenis, warna dan harum baunya.... ros punya banyak maknanya ye KK...

kakcik berkata...

Begitulah ritin hidup kita Kak Ani. 'Perjuangan' yang tak pernah selesai selagi nyawa di kandung badan dan kesihatan masih baik.

AI berkata...

Salam Kak Ani...

Rajin la tu buat 2 keje dlm 1 masa...

Marina Monroe berkata...

Salam KK, saya pun tertanya2 bila lah boleh berehat dr kerja2 rutin..huhuhu

Cik SHiNJU berkata...

Supermom namanye tu..
Boleh buat bermacam keje serentak..hehehe...

Yun pun suke bunga ros..
Cantik n wangi..Tp kalau tanam mmg x byk bunga...

ajumohit berkata...

kak, cantiknya bunga tu, saya punya bunga ros berjaya mengeluarkan bunga pertamanya hehehhe, nanti saya share kan di blog hahhahaha

JunAina berkata...

kak ani...bila dah tua kudrat yang ada dah tak setara mana. dulu memuda buat apa pun tak terasa sekarang naik tangga pun dah tercungap2, kena berenti ambik nafas dulu...

nur berkata...

AsSalam kak hanim.
Saya nak senang sekarang sidai kain pakai hanger je, bila kering terus masuk lemari ngan hanger2..he he

Maya Mayana berkata...

salam kenal kak...betul la bab lipat2 baju memang leceh sikit..hehe :)

che mid berkata...

Salam, Bolehlah bayangkan menyidai baju di taman yang penuh dgn bunga ros.. he he

zue berkata...

x kisahlah kak ani janji layan...mmg cantik bunga ros tu kannn :)

Kamsiah berkata...

saya tanam ros tp tak pernah kekal lama..menyembah bumi juga akhirnya..

Temuk berkata...

Assalam.
Seronoknya bila boleh buat beberapa kerja serentak. Kata seorang rakan, pokok ros sukakan baja tahi ayam kering. Cuma bila kena hujan, boleh berlawan aroma baja dengan rosnya.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...
Saya pun suka bunga ros..selalu berangan2 dop dalam taman yg dipenuhi bnga ros mcm2 warna...

sal berkata...

bnyk bergerak membuat kerja rumah menyebabkan badan terasa ringan dan sihat...

itulah amal jariah kita kpd keluarga . membantu mengurus rumah tangga..

Cikli berkata...

itulah menggunakan masa dicelah-celah masa.
hasilnya kita dapat lebih 24 jam sehari.

Acik Erna berkata...

assalam KK..rasanya tak pernah habvis kerja2 menguruskan kain baju ni..

shameel Iskandar berkata...

Assalamualaikum Kak.
Hebat kak sambil menyelam sambil tangkap ikan, sambil BW sambil sidai kain.

Dulu kat rumah di kg, mak sellau juga tanam ros. tapi ros kampung jer. skrg ni mak suka tanam orkid pulak.

Syimama berkata...

he3..bagus betul akak ni.. 2 kerja dalam satu masa. Bijak2

sekamar rindu berkata...

assalamualaikum puan,

memang sangat cantik bunga ros tersebut..sejuk je mata memandang..:)

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani..

Moga kakak sihat hendaknya..

Pernah juga saya cuba tanam bunga ros, tak panjang usianya hanya sebulan, kak! :)

ibundo berkata...

cantiknya. Bunga ros kakpah macam hidup segan mati tak mau..

Zaitun berkata...

Salam

Bunga rose memang cantik tapi bila tanam tak mahu berbunga lebat.

Selagi hidup kerja rumah takkan habis.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Amie,

Kak Ani ni yang telah sudah tu bunga ros kalau semai, InsyaAllah bertunas dia. Tapi dek malas sangat nak jaga, hidupkan bunga tu menjaga diri sendiri.

Tanam ros kampong, panjang umur sikit. ros bandar ni usianya tak lama sangat, jadi sebelum tiba ajalnya tum bila buat cutting, semai dulu dahan2 tu jangan dibuang.

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Itulah agaknya yer orang kata 'perjuangan' yang tak pernah berakhir selaku bernafas.

Kunang-Kunang berkata...

Al,

Sebenarnya bukan rajin, kalau tak buat macam tu, susah nak duduk depan pc.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MM,

Tulah antara tugas yang kita 'kena' buatkan. Tak aperlah Allah janji nak beri pahala pada kita.

Kunang-Kunang berkata...

Cik Shinju.

Supermom yang dah nak expired. Sendi2 asyik sengal jer, sangkut bajut dihanger pun sambil duduk, berdiri dan berjalan bila nak gantung di penyidai.

Tapi bersyukur kerana masih mampu berjalan.

Kunang-Kunang berkata...

Aju, bagus tu, seronok bila penat lelah kita berhasil. Sekuntum sebagai permulaan, lepas tu mesti berbunga lagi. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

JunAina,

Alhadulillahkan sekurang-kurangnya Allah berikan kita kudrat seiring usia kita.

Semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk sekurang2nya mengurus diri kita tanpa menyusahkan anak-anak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nur,

Akak pun sidai guna hanger jugak. Cuma kain2 pelikat/batik dan tuala yang disidai biasa dan perlu dilipat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Maya,

Salam kenal juga dari kak ani untuk Maya. Terima kasih singgah blog akak ni.

Urusan yang tak akan berakhirlah yer kiranya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Che Mid,

Rasanya bunga ros dalam gambar tu tumbuh di luar negarakan atau di tanah tinggi yang berhawa sejuk.

Di bawah ni tak boleh jadi gitu rasanya.

Kunang-Kunang berkata...

Zue,

Asalkan bahagia kata orang kan.

Kunang-Kunang berkata...

Kam,

Akak ni yang telah sudah tanam ros ni sehingga berketurunan boleh semai, siap boleh beri orang batangnya untuk disemai, terutama ros kampong.

Akak perhatikan ros ni perlukan tempat yang mendapat matahari penuh.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Temuk,

Saya pulak gunakan baja tahi kambing selain baca air untuk pokok orkid.

Untuk ros dan pokok2 lain saya gunakan baja 'kacang soya' yang saya beli di Pasar Tani dengan Stadium Shah Alam. Alhamdulillah subur dan berbunga pokok2 saya tu termasuk pokok ros, bunga melur dan lain2.

Baja tahi ayam orang kata panas, ada pokok tak sesuai boleh mati.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP.

Duduk dalam taman yang dipenuhi bunga ros, bestkan terutama kalau taman tu kita punya sendiri.

Teringat lagu 'I never promise you rose garden' Carpenter tu.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Akak terbalik, banyak bergerak semua sendi sakit. He he, tu yang duduk setempat sangkut baju pada hanger, dah banyak baru bangun gantung pada penyidai.

Orang lama macam tulahkan!!

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Itulah dikatakan sambil menyelam sambil tangkap ikan, hasilnya mandi boleh, ikan buat lauk pun boleh.

Kalau sambil menyelam sambil minum air, silap2 lemas.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Bertuahnya kalau orang yang dapat suami rajin tolong menyidai kainkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Shameel,

Kak Ani masih maintain dua2 hobi tu, tanam ros dan orkid. Seronok bila tengok bunga berkembang.

Baguslah Shameel ni, tahu apa hobi mak Shameel.

Kunang-Kunang berkata...

Syimama,

2 in 1 kata orang sekarang kan!!. he he

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam SR,

Bunga ros memang bunga yang cantik. Nak mendekatinya harus berhati2. Durinya boleh tahan bisa bila tercucuk pada anggota badan kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,

Cuba lagi, InsyaAllah. Kalau semai dari batangnya, pastikan batang tu tak bergoyang bila kita siram dan ianya kejap.

Kalau beli yang dah hidup selalunya kadang nasib tak baik, habis bunga masa dibeli, pokok pun habis. Akak perhatikan pokok ros ni memerlukan cukup cahaya matahari.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Pah,

Jangan putus asa, cuba lagi, InsyaAllah. Siramlah dengan air ikan ker, air basuhan beras ker. Mana tahu nak suburkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zaiton,

Tak aper, berbunga sekuntum pun mesti kita dah seronok kan. Apa lagi kalau lebih.

Kakzakie berkata...

Rajinlah tu kak ani. Kalau kakak duduk rumah pc langsung tak sentuh. Kalau hari kerja saja kakak berblog sebab tak banyak kerja. Tapi bila masa busy pun sama blog akan tersingkir lagi....

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Kak ani ni dah tak bekerja, jadi sentiasa di rumah, tapi tak boleh nak duduk depan pc selalu.

Kalau hari Sabdu/Ahad tak boleh sentuh langsung, cucu dari puncak alam datang. Dia jerlah yang control kedua2 pc di rumah. Laptop akak tak suka sebab kecik, mata kurang sikit terangnya.........

ariana berkata...

Salam kak..cantiknya bunga2 ros tu..saya ni jenis yg ada mood..so kadang rajin kadang malas nak jaga pokok2 ni..huhu..kat rumah ada lah sikit2 je pokok bunga..
Kak urusan rumahtangga ni mmg nya x pernah selesai kan..saya yg cuma ada 3 org anak ni pun..kain x lipat kadang bertimbun..huhu

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ariana,

Kak Ani pun macam tu juga, ada angin rajin dan malas.

Bila rajin mandilah pokok tu, kalau malas terpulangkan kepada pokok tu mengurus diri dia sendiri. Sungguh tidak bertanggungjawabkan.

S..U..D..@..I..S berkata...

tanam juga kecil kecilan berbunga pun 5 6 kuntum hehe

Kamariah Awang berkata...

Selagi hidup, dan sehat tubuh badan, kena kerja kaak...

zulkbo berkata...

salam Kak..
cantik bunga ros tu
tak tinggi sangat nak
menyiramnya?

Kunang-Kunang berkata...

Sud@is,

Alhamdulillah, 5, 6 kuntum tu banyaklah tu. Seronoknya kan tengok hasil tangan kita berbunga.

Kunang-Kunang berkata...

Ma,

Betul tu, mana boleh duduk saja kan!!

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zulkbo,

Bila siram pancut dengan paiplah airnyakan.

Best yer kalau rumah kita ada macam tu.

Ati Masrif berkata...

salam kak ani,

ati pun suka pokok bunga2
tapi memanjang mati

yg hairan tu kat putrajaya
elok jeh pokok2 bunga tu berbunga2
sepanjang jalan tak pulak mati

apa rahsia depa kan :)

kakchik@ella berkata...

Ela pun suka bunga ros dan teringin sgt2 nak menanam yg kaler merah, putih, pink. tapiiiii ... IMPOSSIBLE. Layu bungan tinggal daun je nanti akhirnya. Hihi.