Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 19 September 2011

Renjis-renjis Dipilin Di Kuantan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Salah satu tempat menarik di Taman Pertanian


Hari Sabtu dah Ahad kelmarin saya berada di Kuantan. Kami berlepas dari SA ke Kuantan pada pagi Sabtu. Kami ke Kuantan kerana adik perempuan saya mengadakan Majlis perkahwinan anak lelakinya pada hari Ahad dan pihak perempuan pada hari Sabtu.

Tiba di Kuantan lebih kurang jam 12.00 tengahari. Memandangkan perkahwinan di pihak pengantin perempuan diadakan di Taman Pertanian Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah (JPSAS), Kuantan, jadi kami terus ke sana dan berjanji akan bertemu dengan rombongan anak saudara saya di rumah persinggahan di Taman berkenaan.


Pintu Masuk ke Taman Pertanian JPSAS


Luas juga kawasann Taman Pertanian JPSAS ini. Sayangnya saya tak berkesempatan nak meronda seluruh kawasan. Maklumlah badan dah letih selepas perjalanan yang jauh tu. Lagi pun susah bila anak cucu ikut sekali. Taulah budak-budak, macam-macam kerenah.

Jarak antara rumah persinggahan dan tempat majlis diadakan tidaklah berapa jauh, tapi pihak Taman telah menyediakan perkhidmatan 'keretapi' untuk mengarak kedua Pengantin dan mempelai dari Rumah Persinggahan ke tempat Majlis diadakan.







Perkahwinan ni diadakan di dalam bangunan yang terbuka. Lebih kurang konsep perkahwinan dalam tamanlah agaknya.









Memandangkan kedua pengantin tinggal di Kuantan, jadi adik saya mengadakan majlis perkahwinan anak lelakinya pada hari Ahad di rumahnya di Taman Cenderawasih.


Persandingan di Rumah Mempelai


Pada hari Ahad tu, kami tak tunggu lama di rumah adik saya tu, selesai pengantin bersanding kami terus bergerak dari Kuantan ke Shah Alam lebih jam 2.30 petang.


Senja diperkarangan hotel di tepi sungai Pahang

35 ulasan:

Kakzakie berkata...

Musim majlis pernikahan sekarang ini kak ani. Kalau tak hujan tak apa juga kalau buat di taman sebab kalau di JB sekarang petang saja hujan......

ieja amieja berkata...

betul kate k.zakie tuh..byk yg amek kesempatan sempena syawal ni buat majlis kawen..

AI berkata...

- alhamdulillah...moga kekal ke akhir hayat & barakallah...

Ati Masrif berkata...

salam kak,

cantik tema baju pengantin tu

dalam adik-beradik ati
belum ada lagi yg kahwin anak
tapi insyaAllah anak abg akan
nikah tak lama lagi :)

che mid berkata...

Salam Lebaran, ramai juga orang menyambut menantu di musim raya ni. Che Mid ada blog baru, sambung yang lama tu. Jgn lupa ikut ya..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam kakzakie,

Di Lembah Klang ni pun boleh dikatakan tiap petang hujan.

Di Kuantan ni pun sebenarnya hujan juga, tapi Alhamdulillah hari tu elok cuacanya. Tapi pada hari Ahad tu di rumah adik, sebaik lepas kenduri, adik beritahu hujan turun dgn lebatnya.

Kunang-Kunang berkata...

Ieja,

Kalau kawin dekat2 boleh tahan, kalau jauh2 ni susah jugakan nak memandu jauh2.

Tak pegi tak kena, anak saudara sendiri. Sekarang ni masalah bar bila cuti iaitu jem sepanjang lebuhraya.

Kunang-Kunang berkata...

Al,

Terima kasih. Itulah juga doa kami semua.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Atie,

Kak Ani anak yang sulung, sekarang ni adik2 dah ada 4 orang yang dah bermenantu. Alhamdulillah.

Kunang-Kunang berkata...

Che mid,

Tulahkan, sebelum jemaah haji berangkat ke Mekah.

InsyaAllah, akak tadi dah singgah rumah baru Che Mid, baru jengok2 laman, nanti akan singgah lagi yer.

Kamsiah berkata...

salam
saya pun baru balik dari pahang jugak..amik gambar jugak kt taman esplanade tu hehe...sg pahang...

ajumohit berkata...

Cantik pilihan warna pakaian pengantin tu, tahniah buat mereka, smg bbhagia ke akhir hayat

zulkbo berkata...

salam..
ada juga orang buat kenduri
di taman pertanian tu ye..?
selalunya banyak buahan kayu
mesti ada durian di jual murah
kan..?

tahniah buat pengantin..semoga
Allah memberkati pernikahan ini
berbahagia hingga ke akhir hayat
:)

missgee berkata...

Seronok aje nengok
gambar orang kawen..

anyway,
Selamat Pengantin Baru
untuk kedua mempelai :)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kam,

Sebenar tu bukan dekan taman esplanade tapi diperkarangan hotel yang kami tinggal, cantik pemandangan disitu waktu senja.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Kombinasi warna dengan latarbelakang tu juga nampak ceria.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zulkbo,

Sebenarnya ini kali kedua kak ani ke sini. Dulu masa anak-anak masih kecil ada juga singgah semasa perjalanan balik ke terengganu. Masa tu rasanya baru sangat taman pertanian ni dibuka. Pokok2 pun masih kecik.

Tak ada pulak kak ani nampak orang jual buah2an di situ. Mungkin tak musimnya/

Kunang-Kunang berkata...

Gee,

Terima kasih atas doa Gee kepada mereka begitulah juga harapan kami semua.

Miecyber berkata...

Tahniah...

Kunang-Kunang berkata...

Terima kasih Mie bagi pihak pengantin

Acik berkata...

semoga pengantin berbahagia! Amin!

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

ruper nyer kat kuantan pun ada taman pertanian juga ingat kat shah alam jerr.. semoga pengantin akan berbahagia selalu hendak nyerr

Amy Syaquena berkata...

lepas raya banyak majlis perkahwinan, kira memang bulan makan la , open house lagi kenduri kahwin lagi..beruntung perut dapat makan free hehe..



http://www.sinarraudah.com/2011/09/kisah-adik-nur-alia-nabilah-dari.html

Queenie berkata...

Salam tuan rumah...

terimakasih dan setingggi penghargaan kerana sudi mengisi ruangan followers di blog saya yg tidak sepertinya...

moga ukhwah berpanjangan.jzkk.

Kunang-Kunang berkata...

BSB,

Memang betul Taman Pertanian di Kuantan ni terletak di tepi jalanraya menuju ke Pelabuhan Kuantan, jalan lama tak jauh dari bandar Kuantan.

Kunang-Kunang berkata...

Amy,

Terima kasih sudi singgah.

Tulah dalam makan tu nak kena beringat pada sapa2 yang dibadan dah ada penyakit. Orang sihat tak aperlah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Queenie,

Terima kasih sudi singgah.

Begitulah juga harapan akak semoga ukhwah terbina antara kita.

Kunang-Kunang berkata...

Acik,

Terima kasih sudi singgah. begitulah harapan kami semua mudah2an.

Salam kenal acik.

Cikli berkata...

inovasi ni kak.

Kunang-Kunang berkata...

Itulah CikLi, sekarang ni orang kawin macam2 fesyen.

maiyah berkata...

assalam..

slmt pngntin bru buat pasangan ;)

shameel Iskandar berkata...

Assalamualaikum kak.
Maaf lama tak singgah sini. Meriahnya majlis kahwin tu. moga-moga pasanagan suami isteri tersebut akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Saya pulak ke kuantan pada hari raya ketiga aritu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Maiyah,

Semoga sihat sentiasa.

Itulah juga doa kita semua pada semua pengantin2 baru ni semoga mereka tabah dengan kerenah2 dan apa jua yang datang dan alam berumahtangga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shameel,

Semoga Shameel berada dalam keberkatan Allah.

Akak dah lama tak balik kampong, selalunya bila ke Kuantan kami akan terus ke Dungun, tapi kali ini tidak kerana ada hal yang membataskannya.

NzA berkata...

meriahnya kak....pelaminnya pn cantik.