
Semasa anak saya masih kecil dia selalu tanya saya "dalam rumah tak ada orang, kenapa beri salam" bila saya beri salam ketika nak masuk ke rumah. Wahai anak-anak inilah jawapanya. Janganlah pelik:
Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah s.a.w.bersabda, maksudnya:"Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, "Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini." Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap hari ini." Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini." (HR Muslim)
Walaupun tak ada manusia dalam rumah. kemungkinan ada makhluk Allah yang lain di dalam rumah kita semasa kita tiada. Jadi kita beri salam supaya makhluk ni tahu kita dah balik. Bunyi macam pelek tetapi itulah hakikatnya.
43 ulasan:
Assalamualaikum......
Entri menarik..
SALAM,
LF SINGGAH ! TKASIH ATAS PERKONGSIAN
Salam kak Kunang2, Skrg ni kan dah jadi amalan pulak, masuk opis je pagi2 pun bagi salam .. walaupun tak da org.
betul tu kak, pernah gak dengar ustaz kata kalo tak bagi salam, syaitan yang ada dalam umah akan laga2kan suami isteri, asyik gaduh je...
Assalamualaikum kak...
Dulu2...anak2 gelak jugak bila dgr saya beri salam bila masuk rumah time orang tak de...Tapi skrang dia orang dah faham...pakat2 bagi salam bila masuk rumah...
Assalamualaikum...
salam kak KK..lama sue tak jenguk ke blog akak...
Menarik entri kali ni..selalu kami kalau masuk rumah w/pun tak de org kat dlm,, suami akan tetap bg salam.. Bila ank2 tanye nape abah bg salam jugak..Dia akan jwb " Utk malaikat yg ada kat dlm ni.."
Thanks for sharing this kak..
assalam KK..masa anak2 acik kecik pun cam tu jugak bertanaya selalu..sampai dia faham bnaru berhenti bertanya..
terimakasih kongsikan disini sebagai peringatan
salam kak Kunang-kunang..
alhamdulillah.. saya mengamalnya sejak sekian lama atas pesan arwah ibu..
assalamualaikum..
ucapan salam setaip kali balik ke rumah sudah jadi amalan saya sejak dulu tak kira ada org atau tak..
;)
Setuju... tk info yang menarik, kak.
salam
selalu bg salam bila masuk rumah sendiri walaupun takde sapa...
Amie,
Waalaikumussalam semoga sihat adanya.
Mie,
Terima kasih.
Dato' LF,
Terima kasih singgah. Semoga ianya menjadi amalan kita sentiasa.
Waalaikumussalam KC@Ella,
Alhamdulillah Salam dah dibudayakan dalam masyarakat kita di mana ianya sepatutnya dari dulu dah dilakukan.
Anaa,
Kita mengharapkan yang terbaik.
MP,
Alhamdulillahkan sekurang2nya anak-anak kita dah tahu apa sepatutnya mereka lakukan.
Al,
Waalaikumussalam semoga sihat hendaknya.
Sue,
Baguslah anak2 dah dididik dan dibiasakan dari kecil. Alhamdulillah sesuatu yang baik tu dapat diamalkan selalu.
Waalaikumussalam Acik Erna,
Alhamdulillah anak-anak sekarang banyak tahu hal yang kita tak tahu masa kita seusia mereka.
Waalaikumussalam a. Samad,
Baguskan, sesuatu yang baik elok diamalkan.
Waalaikumussalam SR,
Alhamdulillahkan.
Ma,
Terima kasih sudi membaca nukilan ni.
Kam,
Terima kasih lapangkan masa singgah.
Sesuatu yang baik tu bagus yer kalau dapat kita amalkan.
Assalamualaikum kak..
terima kasih, sentiasa diajarkan kepada ank2 mcm tu supaya yg pelik tidak jd pelik kerana dah terbiasa.
Assalamualaikum...
Moga kak ani sihat hendaknya..
Moga kita dapat terus menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.
Waalaikumussalam PCL,
Betul tu PCL. Sebenarnya benda tu tak pelik tapi dek kita tidak mengamalkannya menjadikan anak-anak kita pelik.
Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,
Semoga Abd Razak dah sihat sekarang ni.
InsyaAllah, mudah2an sunnah Rasulullah ni kita peringatkan pada anak-anak cucu kita.
selalu amalkan perkara ni...
begitu jugak kak dgn persoalan kenapa tak ucap assalamualaika(utk lelaki) or asslamualaiki(utk ppuan). sbb ada bersama ialah makhluk2 Allah yg lain
NMO2,
Alhamdulillah
Waalaikumussalam Cikgu Shameel,
Yer betul tu. Makhluk yang tidak terlihat dimata kita.
assalamualaikum kak...
betul itu..ia juga jadi pelindung rumah
Praktikkan selalu supaya anak2 tak janggal.
Terima kasih kongsi ilmu.
alhamdulillah..memberi salam menjadi amalan ank2 w/pun kat umah x de org..sy biasanyer gtau dorang malaikat akan jawab salam kita selain iblis x suka org bg salam..time kasih atas perkongsian ini..
assalamualaikum...perkongsian yg baik..akan selalu amalkan :)
nice n3 kak gua like
uniknya Islam
entri bermanfaat
anak2 sy pun prnah brtanya ttg itu krn mrk pelik bila sy beri slam setiap kali masuk rumah....
Catat Ulasan