Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 4 September 2011

Cinta - Takdir atau UjianNya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Cinta memang tak semestinya memiliki....

Kisah Pertama

Lelaki ini adalah think tank di dalam Perang Khandaq. Di Madinah, seorang muslimah telah mengambil hatinya.

Bukan sebagai kekasih tetapi sebagai pilihan hati. Pilihan menurut perasaan yang halus dan suci pilihan untuk dinikahinya.

Tetapi Madinah adalah tempat yang asing baginya. Madinah memiliki adat, bahasa, dan wajah-wajah yang belum begitu dikenalinya. Pemuda itu berfikir, melamar seorang gadis tempatan tentu menjadi urusan yang pelik bagi seorang pendatang.

Mestilah perlu ada seorang yang akrab dengan tradisi di Madinah berbicara untuknya dalam khithbah.

Maka pemuda ini menyampaikan isi hatinya kepada sahabat Ansar yang dipersaudarakan kepadanya, Abu Dharda’.

“Subhanallah, walhamdulillah”, girang Abu Dharda’ mendengarnya.

Maka setelah dilakukan segala persiapan, beriringanlah kedua sahabat itu menuju ke sebuah rumah di penjuru kota Madinah.

Rumah seorang wanita yang solehah lagi bertaqwa.

“Saya adalah Abu Dharda’ dan ini adalah saudara saya, Salman seorang Parsi. Allah telah memuliakannya dengan Islam dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah SAW, sehingga baginda menyebut beliau sebagai ahli baitnya. Saya datang untuk mewakilisaudara saya ini melamar puteri anda untuk disunting”, fasih Abu Dharda’ menutur bicaranya.

“Adalah satu penghormatan bagi kami menerima anda berdua, sahabat Rasulullah yang mulia. Dan adalah penghormatan bagi keluarga ini bermenantukan seorang sahabat Rasulullah yang utama. Akan tetapi hak menerima ini sepenuhnya saya serahkan pada puteri kami”. Tuan rumah memberi isyarat kea rah hijab yang di belakangnya sang puteri menanti dengan penuh debaran.

“Maafkan kami kerana terpaksa berterus terang”, kata suara lembut itu. Ternyata sang ibu yang berbicara mewakili puterinya. “Tetapi kerana anda berdua yang datang, maka dengan mengharap redha Allah saya menjawab bahawa puteri kami menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Dharda’ juga memiliki urusan yang sama, maka puteri kami telah menerima pinangan itu.”

Jelas sekali. Sikap terus terang yang begitu mengejutkan, ironi dan indah! Sang puteri lebih tertarik kepada pengantar daripada pelamarnya!

Ya, memang mengejutkan dan ironi. Apa yang indahnya?? Yang indahnya adalah reaksi Salman. Bayagkan sebuah perasaan, di mana cinta dan persaudaraan bergejolak berebut tempat di dalam hati.

“Allahu Akbar!!” seru Salman. “Semua mahar dan nafkah yang telah ku sediakan akan aku serahkan kepada Abu Dharda’, dan aku akan menjadi saksi pernikahan kalian!”


Kisah Kedua

Lelaki ini adalah sebaik-baik raja. Pemerintah selepas Khalifah Ali bin Abu Talib…

Hatinya bergetar dan ia tahu dia telah jatuh cinta. Pada seorang muslimah solehah, iaitu rakyatnya sendiri

Tiada ada yang istimewa pada wanita itu dari segi kecantikannya. Namun itu lah yang membuatnya jatuh cinta.

Maka dengan kekuasaanya ia menikahi wanita itu. Tapi dia tidak tahu yang dia tak pernah mampu menikahi hati wanita itu. Wanita itu telah melatakan hatinya pada pemuda desanya.

Hingga di keheningan malam di 1/3 terakhir, terdengarlah olehnya bait-bait puisi dalam lantunan doa. Tentang kerinduannya pada pemuda desa itu. Dia sedar. Ini adalah deklarasi jiwa isterinya. “Aku Tak Mencintaimu”. Maka dengan berat hati. Dia menceraikan isterinya.

Lelaki ini adalah Muawiyyah bin Abu Sufyan. Duta pertama dari Rasulullah SAW yang datang dan melaporkan keadaan Kepulauan Nusantara kepada Nabi SAW

Kisah Ketiga

Lelaki ini adalah ideologi Ikhwanul Muslimin. Orang nombor dua yang sangat berpengaruh setelah Hasan Al-Banna, pada harakah itu.

Ia adalah lelaki soleh. Dulu dia pernah jatuh cinta pada gadis desanya. Namun gadis desa itu menikah 3 tahun setelah lelaki ini pergi belajar ke luar negeri untuk belajar. Hal ini membuat ia sedih namun ia tidak mahu larut dalam kesedihannya.

Kisah cintanya mulai dari awal lagi. Ia kemudian jatuh hati pada wanita Cairo. Meskipun tidak terlalu cantik, ia tertarik pada gelombang unik yang keluar dari sorot mata wanita tersebut.

Tapi pengakuan bahawa gadis tersebut pernah menjalin cinta dengan lelaki lain, membuat runtuh cinta lelaki ini.

Ia hanya ingin wanita yang benar-benar perawan, baik fizikal mahupun hatinya. Akhirnya ia membatalkan niatnya menikahi gadis tersebut. Hal ini membuat lelaki itu sedih cukup lama.

Sampai kemudian ia putuskan untuk menerima kembali wanita tersebut. Namun apa yang terjadi? Ditolak. Inilah yang kemudian membuat lelaki itu menulis roman-roman kesedihannya.

Yang luar biasa adalah, lelaki ini sedar dirinya berada dalam alam realiti. Bukan dalam dunia ideal yang indah dan ideal. Kalau cinta tidak mahu menerimanya, biarlah ia mencari sumber kekuatan lain yang lebih hebat dari cinta. “Allah”.

Kekuatan itulah yang kemudian membawanya ke penjara selama 15 tahun. Menulis karya agungya Tafsir “Fi Zilaalil Qur’an”

Dan syahid di tiang gantungan. Sendiri!!! Tidak ada air mata, tidak ada kecupan, tidak ada sentuhan wanita. Benar-benar sendirian!!

Lelaki ini adalah Sayyid Qutb.

Lelaki yang Allah Maha Tahu… Bahawa dirinya lebih dihajatkan langit… Daripada wanita bumi….

Kisah Keempat

Lelaki ini adalah Khalifah ke 4, setelah Usman bin Affan…

Dia memandang seorang budak perempuan di pelataran rumah seorang sahabatnya…

‘Aisyah binti Thalhah, nama gadis itu. Maka teringatlah kembali kenangan tentang sahabatnya itu. Thalhah. Thalhahlah lelaki yang mengatakan pada perang Uhud..

“Khudz bidaamii hadzal yauum, hattaa tardhaa…”.“ Ya Allah, ambil darahku hari ini sekehendakMu hingga Engkau redha.” Tombak, pedang, dan panah yang menyerpih tubuh dibiarkannya, dipeluknya badan sang Nabi seolah tak rela seujung bulu pun terkena.

Tapi ia juga yang membuat Arasy Allah bergetar dengan perkataannya. Maka Allah menurunkan firmanNya kepada Sang Nabi dalam ayat 53 surat Al Ahzab.

Ini di sebabkan ketika Thalhah berbincang dengan ‘Aisyah, isteri sang Nabi, yang masih terhitung sepupunya. Rasulullah datang, dan wajah beliau seperti tidak suka. Dengan isyarat, baginda SAW meminta ‘Aisyah masuk ke dalam bilik.

Wajah Thalhah merah. Ia undur diri bersama gumam dalam hati, “Beliau melarangku berbincang dengan ‘Aisyah. Tunggu saja, jika beliau telah diwafatkan Allah, takkan kubiarkan orang lain mendahuluiku melamar ‘Aisyah.”

Maka bergetarlah langit...

“Dan apabila kalian meminta suatu hajat kepada isteri Nabi itu, maka mintalah pada mereka dari balik hijab. Demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka. Kalian tiada boleh menyakiti Rasulullah dan tidak boleh menikahi isteri-isterinya sesudah wafatnya selama-lamanya.”(QS Al Azhab 53)

Ketika ayat itu dibacakan padanya, Thalhah menangis. Dia lalu memerdekakan hambanya, menyumbangkan 10 untanya untuk jalan Allah, dan menunaikan haji dengan berjalan kaki sebagai taubat dari ucapannya.

Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya puteri kecil yang disayanginya dengan nama ‘Aisyah.

‘Aisyah binti Thalhah. Wanita jelita yang kelak menjadi permata zamannya dengan kecantikan, kecerdasan, dan kecemerlangannya. Persis seperti ‘Aisyah binti Abu Bakar yang pernah dicintai Thalhah.

Pada Salman..
Pada Mu’awiyyah
Pada Sayyid Qutb
Pada Thalhah

Kita belajar bahawa cinta itu harus diletakkan di tangan, bukan di hati kerana sebelum akad diucapkan, tidak ada hak pada dirimu akan wanita yang engkau cintai itu…..!! Engkau hanya punya doa dan ikhtiar. Selanjutnya biarlah Allah yang menentukan akhir kisah kita. Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta mereka.
Yang ada hanyalah air mata dalam doa-doa mereka. Semoga Allah memberikan gantinya yang lebih baik.. Lebih dari segala-galanya. .Dibanding wanita itu.



Dipetik dari http://fatahensem.blogspot.com - cinta-takdir-atau-ujiannya

16 ulasan:

aby berkata...

salam k hanim ..
kesimpulannya ..
tk semua laki ni jahat ..
ramai diluar sana yg mempunyai hati yg baik ..
sanggup melepaskan ..
wlu amat dicintai dan dirindui sampai bila2 ...

ibundo berkata...

diucapkan selamat hari raya pada ani sekeluarga. Maaf sekiranya ada salah silap kakpah dalam tutur kata selama ni.

Acik Erna berkata...

assalam hanim..'cinta itu harus diletakkan ditangan' sukarnya untuk menjadi realiti dizaman ini..

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

Selamat berhari raya dan selamat berpuasa 6. :)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Mereka itu adalah insan terpilih dan perlakuan mereka adalah menjadi contoh kepada kita umat akhir zaman nikan.

Sesuatu yang sukar untuk dilakukan tetapi tidak mustahil.

Kunang-Kunang berkata...

Kak Pah,

Alhamdulillah kak pah dah selesai mengerjakan umrah di bulan yang mulia itu.

Selamat hari raya juga pada kak pah dan saya juga memohon ampun dan maaf andainya semasa kita berblog ada tersalah silap. Semuanya tidak disengajakan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Memang ianya susah nak kita lakukan. Apa pun semoga keikhlasan dan kesucian cinta yang macam zaman tu masih ada dizaman teknologi ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

Sama-samalah kita berpuasa 6 yer kakcik. Pada yang dah mula pada 2 syawal, esok rayalah mereka.

Selamat hari raya ke 6 hari ni kakcik.

Cikli berkata...

sesuatu yang indah

insan_marhaen berkata...

Muga kita dapat jadikan renungan

zulkbo berkata...

salam Kak..
sedih pula baca kisah 1 tu..
terkenang kisah cinta lama..

alhamdulillah..asalkan masing2
berbahagia..Allah maha mengetahui
apa yang terbaik buat kita.

sekamar rindu berkata...

salam..puan,

memahami fikh cinta bukannya senang...cinta umpama pelangi..indah cantik tapi kekadang tak tercapai dek tangan...begitulah alam mengajar erti kekecewaan..

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Pada yang memahami kadaq dan kadar ianya takdir Allah yang harus diterima dengan redha, pada yang tak memahami yang kesian.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Betul apa yang berlaku dizaman-zaman itu adalah sebagai renungan kita di zaman sekarang ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zulkbo,

Begitulah kehidupan. Tak semua yang kita harap dan rancang akan berjalan sebagaimana diharapkan.

Doakan dia dan kita bahagia satu ikhlasan.

Kunang-Kunang berkata...

SR,

Allah jadikan Pelangi hanya untuk dilihat dan direnungi, bukan untuk dipegang apalagi memiliki.