Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 2 September 2011

Antara Takut Dan Harap

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




"Macam mana kalau doa yang satu ni Allah tak makbulkan, sedangkan selama ini rasanya apa yang Inah doa dan hajatkan, Alhamdulillah Allah makhbulkan".

Itu persoalan yang ditanya oleh Sakinah ketika kami berada dalam kereta sekembali dari beraya di rumah adik saya di Puchong.

Saya tahu hajat apa yang dia maksud. Saya tahu waktu yang menentukan sama ada doanya dimakhbulkan Allah atau tidak makin dekat menghampiri dia. Saya tahu dia kadang-kadang gelisah takut Allah tidak perkenankan doanya selama bertahun akhir-akhir ini. Selama ni saya tahu dia berusaha dengan gigih menyusuri jalan-jalan kearah mencapai hajat dan cita-citanya. Dia berusaha keras memenuhi syarat-syarat yang akan membuka jalan untuk dia mencapai hajatnya.

Sebenarnya saya juga sentiasa berdoa semoga Allah makhbulkan doanya. Tapi saya juga sentiasa pesan pada dia dan sebenarnya juga kepada diri saya sendiri, seandainya Allah tidak perkenankan doanya yang satu ini janganlah dia kecewa dan putus asa. Saya juga ingatkan dia yang kita kena sentiasa menyangka baik terhadap Allah walaupun pada zahirnya apa yang berlaku ke atas diri kita adalah suatu keburukan atau kegagalan. Kita hendaklah ada sifat redha kepada ketetapan Allah.

Pesan saya pada Sakinah "sesuatu yang baik pada anggapan kita tidak semestinya baik bagi Allah, jadi jangan kecewa bila tak dapat apa yang kita hajat, mungkin Allah dah sediakan yang lebih baik untuk Inah sebagai hambanya".

Saya minta dia renungilah Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 yang maksudnya; Kemungkinan apa yang kamu benci adalah amat baik bagimu, dan kemungkinan (pula) apa yang kamu sukai, ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.

Itulah jawapan dan peringatan yang berkali-kali saya ingatkan padanya. Sebenarnya ia juga peringatan bagi saya. Saya juga tak mahu diri saya sendiri merasa kecewa bila hajat anak saya tidak tercapai. Disamping itu saya tak mahu dia kecewa dan merasa Allah tidak sayangkannya kerana tidak memakbulkan doanya yang dipohon bertahun-tahun.

Saya nak tanamkan dalam dirinya bahawa kita hendaklah sentiasa bersangka baik dengan Allah. Saya selalu katakan padanya yang Allah sentiasa dekat dengan kita, berdoalah dan mintalah pada Allah semoga Allah perkenankan jika ianya baik bagi kita. Saya nak dia ingat firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang artinya:

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang Aku, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini dekat, Aku menjawab seruan orang yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menjawab seruanKu (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu, agar supaya mereka selalu berada di atas petunjuk”

Allah tidak jauh dari setiap hamba. Yang menjadikan Allah itu jauh dari kita ialah diri kita sendiri. Dengan adanya sifat baik sangka terhadap Allah, disamping sifat tawakkal dan redha, kita akan menjadi manusia yang baik, tenang dan tidak menimbulkan masalah pada diri kita dan pada orang lain.

Doa saya semoga Allah makhbulkan doa Sakinah yang bertahun itu seandainya ia adalah sesuatu yang baik bagi dia. Saya juga berdoa dan berharap semoga Allah tanamkan sifat yakin dan tabah dalam hatinya dalam menerima ketentuan Allah.

Setiap perkara yang berlaku ke atas kita samada yang baik atau sebaliknya bagi orang yang beriman,ia merupakan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Kita kena yakin dan sedar yang disebalik sesuatu peristiwa itu ada hikmahnya yang tersendiri.

12 ulasan:

Acik Erna berkata...

Assalam ani..selamat hari raya..maaf jika ada terkasar bahasa.
sperti kata ani..hanya allah yang maha mengetahui..buruk dan baik..dimakbulkan atau ditangguhkan doa2 kita hanya DIA yang maha mengetahui.
semoga ani dan anak dapa menerimanya dengan redha..

zulkbo berkata...

salam Kak..

selamat hari raya ke-5
ermm..bunyinya sedih buat Sakinah
tak tahu apa yang di hajatinya..
apapun moga beliau tabah..bersangka baik dengan Allah, insyaallah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambanya..wallahualam.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Selamat hari raya ke 5 untuk Acik Erna sekeluarga.

Sebagai ibu memang kita mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak dan kalau boleh tak mahu anak merasa kecewa dengan apa yang dihajatinya.

Tapi semua adalah ketentuan Allah sebagai hamba kena redhalah kan, tapi budak2 fikiran mereka tak sematang kita. Itu yang saya bimbang.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Zulkbo,

Selamat hari raya ke 5 juga untuk saudara Zulkbo dan keluarga.

Itulah yang saya nak sakinah faham bahawa tidak semestinya apa yang kita hendak kita mesti dapat. Dan apa yang kita dapat tu pun merupakan ujian Allah juga kepada kita sebagai hambanya.

aby berkata...

salam syawal k hanim,
elok juga k hanim membimbing anak2 dalam bab2 mengenali allah. sekurang kurangnya dapat mengatasi kebimbangan dia terhadap doa dia yg tak dimakbulkan. insyaallah semakin dewasa semakin luas kefahaman dia terhapan allah swt ...

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

as salam, terima kasih sudi singgah di BSB. Selamat hari raya aidilfitri. Kat kulim order roti canai 1/2 jam baru dpt...

ariana berkata...

Selamat hari raya kak. Moga apa yg didoa dan diharap oleh Sakinah tu akan dimakbulkan,,tp, jika tak..pasti ada hikmah disebaliknya yang diluar jangkauan kita untuk mengetahuinya..Hanya Allah yg maha tahu..

insan_marhaen berkata...

Tuhan maha Mendengar. ia akan memberi melalui pintu-pintu yang tidak kita duga.

sekamar rindu berkata...

salam..

moga Allah memakbulkan doa2 saya...amin..

Cikli berkata...

makbul atau tidak. hak mutlak Allah. kita berdoa/meminta kerana 'kehambaan' kita kepadaNya.

sal berkata...

moga Allah akan memakbulkan doanya..klu bukan hari ini esok lusa..amin ya Rabb..

Kunang-Kunang berkata...

Kepada kawan-kawan semua,

Terima kasih sudi singgah. Maaf tak dapat nak respon seperti biasa. Keadaan tidak begitu mengizinkan.