Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 16 September 2011

Andainya Berpisah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ





Tersebutlah suatu kisah yang mengisah seorang A'lim yang Tawaduk dan disegani ramai.Kisah berlaku pada suatu zaman dahulu di Arab Saudi.

Pada suatu hari ketika beliau pulang dari solat Subuh , sampai sahaja di rumah.

"Eh kenapa ramai sangat orang kat rumah aku?" Tertanya oleh hatinya.

"Ha tu pun dah sampai" teriak salah seorang daripada mereka.

"Akhi ana harap anta sabar dengan dugaan ini, setiap yang hidup pasti akan merasai mati" terang salah seorang daripada mereka.

Apabila mendengar sahaja kalimat mati, timbul perasaan cemas di hatinya. Dengan tergesa-gesa dia melangkah, sampai sahaja dipintu. Terlihat oleh sepasang matanya akan sekujur jasad yang sudah tidak lagi bergerak. Ternyata mayat itu seorang wanita, yang juga merupakan isterinya. Maka menitislah air mata kesedihan.

Setelah seminggu berlalu. Ketika dalam perjalanan pulang dari kelas pengajiannya. Datang seorang pemuda berpakaian hitam menyapanya dari arah belakang, lalu pemuda itu berkata "Ada berita untuk anta". Setelah mendengar dan buat sekelian kalinya beliau menitiskan air mata kerana kesedihan .

Sebulan selepas menerima berita kematian anak perempuan tunggal yang dia kasihi, hidupnya mulai berubah. Kehidupannya kini tidak seperti dahulu yang selalunya dipenuhi dengan zikir dan munajat, tidak seperti sekarang yang sentiasa dipenuhi dengan kesedihan, kedukaan dan kekesalan amat sangat disebabkan kematian isteri dan anaknya.

Pada suatu malam, ketika beliau sedang tidur. "Eh, dimana aku berada?" bisik beliau

Seluruh yang dilihatnya hanyalah padang pasir kontang yang mulai senja. Ketika berjalan untuk mencari tempat rehat, bumi sedikit demi sedikit mulai bergerak-gerak, semakin lama makin kuat gerakannya hingga menyebabkan beliau terjatuh berkali-kali. Sehingga sampai suatu tebing. Dari lubang itu muncullah seekor naga yang amat besar dengan rupa yang menakutkan. Dalam keadaan cemas beliau berlari tanpa arah tuju.

Malangnya naga itu semakin dekat. Ketika berlari beliau ternampak seketul batu besar. Dengan segera beliau bersembunyi di sebalik batu tersebut. Ketika dalam keadaan cemas muncul seorang tua uzur, berjubah dan berserban putih, jernih air mukanya, sambil berkata "Hanya berlari sahaja yang dapat menyelamatkan diri kamu dari terus binasa".

Maka dengan harapan yang menggunung, beliau terus berlari sehingga sampai disuatu sungai yang dipenuhi api. Sekali lagi beliau ternampak seorang tua uzur, berjubah dan berserban putih, jernih air mukanya . Sambil berkata "Hanya berlari sahaja yang dapat menyelamatkan kamu dari terus binasa". Maka dengan harapan yang melangit tinggi, sekali lagi dengan bersungguh-sungguh beliau berlari.

Ketika berlari beliau terjatuh di dalam sebuah lubang. Buat sekelian kalinya beliau ternampak seorang tua uzur, berjubah dan berserban putih, jernih air mukanya, sambil berkata "Hanya berlari sahaja yang dapat menyelamatkan kamu dari terus binasa. Tetapi kali ini dengan nada yang marah dia menjawab "Alangkah baiknya kalau kau sahaja yang lari dan biarkan aku menggantikan tempat kau" . Tiba-tiba orang tua tadi hilang.

Ketika beliau panjat untuk keluar dari lubang tersebut, beliau ternampak di suatu tempat yang mana disitu semuanya putih dan juga ternampak anak perempuan beliau sedang melambai-lambai. Dengan segera beliau berlari ke arah anaknya. Beliau terus mendakap anaknya, ketika itulah anaknya berkata "Wahai ayah ku kenapa kau meninggalkan suruhan ALLAH?", "Aku rindu akan dikau dan ibumu wahai anak ku", dia menjawab. "Adakah ayah lebih sayangkan kami dari ALLAH sedang DIA yang menciptakan kita semua?" jawab anaknya.

"Kalau begitu terangkanlah kepada ku perihal naga dan orang tua yang aku jumpai?" Dia berkata. "Sebenarnya Naga itu perumpamaan bagi dosa dikau yang begitu buruk sekali, dan seorang tua uzur, berjubah dan berserban putih, jernih air mukanya mewakili pahala mu yang terlalu sedikit sehingga hanya mampu menyelamatkan kamu dengan kata-kata sahaja. Begitulah perumpamaan bagi orang yang berputus asa pada rahmat ALLAH" jawab anak perempuannya.

Semenjak peristiwa itu , beliau sedar akan kesilapannya dan mulai insaf dan bertaubat dan sentiasa AMAL MA'RUF NAHI MUNKAR dimana sahaja beliau berada.


Kisah ini begitu terasa di hati saya. Berpisah mati adalah perpisahan yang amat menyedihkan dan memerlukan kesabaran yang kuat. Saya pernah merasainya bila Allah menguji saya dengan kematian anak lelaki saya. Cerita ini menjadi pengajaran dan iktibar kepada saya untuk saya memuhasabahi diri dan juga memotivasikan diri saya setiap kali kenangan sedih itu datang diingatan saya.

Saya ingatkan diri yang Allah lebih tahu apa yang ditakdirkan kepada saya. Allah sentiasa sayangkan kita dan kita jangan sesekali putus asa dari rahmat Allah.

16 ulasan:

Amie berkata...

Assalam KK,
memang perpisahan itu sakitttt.... itulah, setiap pertemuan adalah perpisahan....

ajumohit berkata...

kak, mengingati mati itu bagus utk kita lebih muhasabah diri ini...kerisauan bgimana keadaan di sana nanti, kalau pergi dgn amalan yg byk pasti kerisauan tidak timbul

Miecyber berkata...

Insaf...

Acik Erna berkata...

Assalamualaikum..KK terima kasih erana berkongsi kisah disini..

missgee berkata...

Kak Ani,
Cerita seperti ini
memang cara kita menguatkan hati
agar lebih tabah..

P/s: Hati ikut sedih. sebab saya rasa macam mana sakitnya bila kehilangan orang yang kita sayang..

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum Kak Ani

MOga akak sihat2 di sana dan dilindungiNya selalu..amin...

Terasa sayu menghayati kisah
Sememangnya diri hanya hambaNya yang lemah ...
MOga diberikanNya kecekalan dan kekuatan dlm menghadapi setiap perpisahan............

Cikli berkata...

memang kita (saya) kurang bersedia barang yang kita sayang diambil pergi.
moga-moga kisah ini mengingatkan saya.

AI berkata...

Salam Kak Ani...terima kasih dgn perkongsian yg amat menyedarkan ini...

ieja amieja berkata...

salam kak..sesungguhnyer sy dah mengalami kehilangan org yg tersayang...mmg sakit kak...semoga kita sama2 dpt pengajaran dr citer tuh...

Pengasas berkata...

Assalamu 'alaikum,
Kita tak dapat lari dari kesedihan. Pada dasarnya, kesedihan juga suatu pengajaran.

sal berkata...

terimakasih krn berkongsi cerita itu..

memang Penting kita selalu bermuhasah diri..

ingat pesanan kak bahawa sesuatu yg berlaku ada hikmahnya, tidak berputus asa dan sebenarnya rahmat Allah juga menghampiri kita..mudah-mudahan.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak....

Cerita ni mmng mnyentuh hati....terima kasih krana berkongsi...Mmng perpisahan amat memeritkan..Namun setiap yg berlaku ada hikmahnya....

Kakzakie berkata...

Terasa bagai satu suntikan buat kakak bila membaca N3 ini. Moga kita sentiasa redha walau apa juga ujian yg diberikan olehNya...

Terima kasih kak ani...

Kunang-Kunang berkata...

Pada kawan2 yang singgah terima kasih Maaflah memandangkan Kak Ani tak ada dirumah dalam masa tu, jadi tak berkesempatan nak membalas ulasan-ulasan yang ditinggalkan.

Ary berkata...

cerita yg menyentuh hati..tq kak..

Kunang-Kunang berkata...

Ary,

Terima kasih singgah.