Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 13 September 2011

Anak Ambik Periksa, Hati Mak Menggelabah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Hari ni murid-murid tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR. Doa saya semoga calon-calon yang menduduki peperiksaan UPSR yang bermula hari ini dan berakhir pada hari Khamis ni berjaya dengan cemerlang.

Saya tahu, bila anak ambik periksaan, hati ibu dan ayah yang menggelabah. Doa tak putus dari bibir, semoga Allah terangkan hati anak-anak dan dapat menjawab soalan dengan baik.

Memandangkan saya tidak lagi mempunyai anak-anak yang masih bersekolah saya tidaklah arif sangat tentang tarikh-tarikh peperiksaan walaupun saya tahu UPSR akan diadakan pada bulan September. Yang menjadi saya tahu bila Khamis lepas cucu saya Amira Izati 8 tahun datang kerumah dengan mama dan abahnya. Saya tanya dia, "malam ni tidor sini ker". Dia jawab "tidor sini". Lalu saya kata "Ai tak gi sekolah ker esok". Dengan senyum dia jawab, "orang periksa UPSR, budak lain cuti sampai Ahad depan". "amboi lamanya" kata saya.

Bila bercerita pasal anak-anak menduduki peperiksaan, saya teringat masa anak-anak saya masih bersekolah dulu. Saya ada 5 orang anak. Setiap kali anak-anak ini menduduki peperiksaan saya dan abahnya akan ambik cuti. Bermula dari peperiksaan 'Peperiksaan Penilaian Darjah Lima' untuk anak no 1 hingga 3 dan bermula dari UPSR untuk anak no.4 dan 5 dan sehinggalah mereka menduduki SPM.

Kadang-kadang abahnya ada urusan yang tak membolehkan dia ambik cuti tapi bagi saya, saya dah atur awal-awal bagi mempastikan saya boleh cuti pada tarikh-tarikh tersebut.

Pada hari itu saya akan pastikan anak-anak saya dihantar ke sekolah dan dijemput balik dari sekolah. Sedangkan pada hari-hari lain cuma masa ke sekolah saja kami hantar, waktu balik mereka naik bas sekolah. Saya akan siapkan makan tengahari untuk kami makan bersama. Lepas tu saya akan duduk dengan mereka bincang-bincang sikit mengenai pelajaran untuk peperiksaan esoknya.

Keputusannya. walaupun anak saya tidaklah sehingga belajar ke luar negara tapi mereka semua berjaya menjejak kaki di universiti di Malaysia. Alhamdulillah, syukur atas nikmat dan kurniaan yang Allah berikan ini.

52 ulasan:

Temuk berkata...

Assalamu'alaikum KUNANG-KUNANG
Kesihan emak bapak, ya? Lagi ramai anak yang periksa besar, lagi banyaklah musim jantung mereka berdegup kuat. Syukurlah anak-anak semua, dan kita sendiri, dah melalui masa-masa kritikal berkait dengan peperiksaan tu. Sekarang, jantung tetap juga berdegup..... melihat anak-anak menjalani kehidupan berkeluarga!

zulkbo berkata...

salam Kak..
begitulah kasihnya ibu..
dari dalam kandungan hingga
akhir hayat..harapan anak2
menghargai bila mereka dewasa
dan berjaya dalam hidup nanti kan?

kakcik berkata...

Alhamdulillah, akhirnya anak-anak Kak Ani berjaya ke menara gading dan menghargai pengorbanan ibubapa mereka. :)

pCL [p@kcikLie] berkata...

Assalamualaikum,

itulah berkat kesungguhan kita sebagai ibubapa...insyaAllah anak2 akan menghargainya...yg mampu kita lakukan adalah memberikan sokongan,harapan dan diiringi dgn doa..

Acik Erna berkata...

assalam kak Ani..betul kata kak ani..anak2 nak pekse..mak2 yang gelabah.

ajumohit berkata...

mmg kan kak, anak saya exam tadika pon saya nerves inikan pulak peperiksaan besar kan..gud lauck kpd adik2 yang mngmbil peperiksaan UPSR

AI berkata...

- jgn kate anak nk exam...anak lelaki nak berkhatan pon saya yg x senang duduk..kemain risau...

littlehumblelynn berkata...

kak ani

samaler mak saya..seboleh2 dia akan cuti..

kalo teringat mesti sy sedih..kalo x kerana pengorbanan mak..

sal berkata...

Assalamualaikum..
kita rasa terharu dan gembira apb. melihat anak2 dah berjaya..

rasanya tak ada harta bnyk yg hendak diberikan hanyalah ilmu sebagai bekalan..

tahniah yee kerna telah berjya mendidik ..

Cikguzam berkata...

Salam Kunang-kunang,
Selamat maju jaya. Semoga semuanya dalam keadaan baik dan sukses, Amin

Cikguzam berkata...

Salam Kunang-kunang,
Selamat maju jaya. Semoga semuanya dalam keadaan baik dan sukses, Amin

Cikguzam berkata...

Salam Kunang-kunang,
Selamat maju jaya. Semoga semuanya dalam keadaan baik dan sukses, Amin

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Temuk,

Memang betul. Mereka dah berkeluarga pun kita risau cara anak berkeluarga pulak.

Ada orang kata, kita dah kawinkan mereka pandai2lah mereka menjalani hidup rumahtangga mereka. Tapi susah nak buat macam tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Zulkbo,

Itu tanggungjawab kita pada anak-anak. Mudah2an anak pun menjalankan tanggungjawabnya pulak kepada kita.

Bila anak-anak dah besar2 ni cepat pulak berkecik hati kalau sakit pening kita macam mereka buat tak peduli, hakikatnya mungkin buat itu dihati mereka sebenarnya.

Kunang-Kunang berkata...

PCL,

Dah Allah amanahkan mereka tu kepada kita kan. Kita kenalah menjalankan tanggungjawab kita. Kalau kita dah berusaha tapi pencapaian anak kita tidak sebagaimana diharapkan tak mengapa.

Kita beri semangat dan bimbing mereka ni ke arah yang dia cenderung. Yang mustahak mereka menjadi anak yang baik dari segala segi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Agaknya itu dah naluri kita kan. Ini inginkan yang terbaik untuk anak kita sebab kita kalau boleh tak nak mereka rasa sedih bila tidak tercapai apa yang mereka hajatkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

Syukur sangat pada Allah atas apa yang Allah berikan pada mereka. Hati terus mengharap semoga mereka tidak melupakan kami berdua terutama disaat2 sekarang di mana kami amat memerlukan.

Maklumkan kami dah berusia, kudrat pun tak kurang. Sakit-sakit selalu datang, hanya mereka jerlah tempat kita nak harap.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Betul tu, kalau boleh kita tak mahu anak kita ketinggalan dalam apa keadaan pun. Agama pun kita nak, akademik pun kita nak.

Semoga anak2 aju menjadi anak yang berjaya dan kasih sayang pada aju suami isteri.

Kunang-Kunang berkata...

Al,

He he betul tu, akak ada 3 anak lelaki, 3 kalilah berdebar.

Besok bila anak perempuan dah besar, bila mereka kawin sekali lagi air mata kita akan menitis bila nak melepaskan anak kita kepada suami mereka.

Cuma doa mengiringi mereka agar mereka dijaga sebaik mungkin oleh suami mereka sebagaimana kita menjaga mereka selama ini.

Kunang-Kunang berkata...

Lynn,

Baguslah Lynn. Ingatlah jasa mak dan jengoklah mereka selalu. Gembirakan hati mereka dapat, pahala pun dapat.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Memang kejayaan mereka sudah cukup membahagiakan kita.

Semoga anak-anak kita menjadikan anak-anak yang taat kepada kita ibubapanya dan mengikut suruhan dan larangan Allah. Itulah doa kita selalukan.

Kunang-Kunang berkata...

CikguZam,

Terima kasih atas doa tu. Semoga CikguZam juga diberkati Allah selalu.

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum kak Ani:)

Memang satu kebahagiaan di hati ibubapa bila melihat kejayaan anak2 kan kak..:)

p/s:..kdg2..anak2 murid yang nak exam..debaran guru pun hebat jugaaa...aduhaii...

missgee berkata...

Kak Ani,
Pengorbanan ibu bapa
memang tak bulih sapa
nak lawan..

Anak2 mesti bersemangat
bila nengok kak Ani suami isteri
amik cuti gara2 mereka..
Terbaik!! :)

atie berkata...

tahun depan anak saya peksa upsr.....

ariana berkata...

Assalamualaikum kak..anak saya tgh trial spm skrg..anak murid pulak ramai yg sdg menduduki upsr..hanya doa yg dapat diiringi selalu oleh seorang ibu buat anak2nya..moga mereka semua berjaya..Akak legaa lah sebab time akak dah berlalu kan..:)

aby berkata...

salam k hanim ..
anak wak yg ke 3 terbabit dgn UPSR sekarang, ada seorg lg, sekarang tengah thn 3, 3 thn lg akan masuk UPSR juga ..

S..U..D..@..I..S berkata...

anak2 periksa mak yang lebih menggelabah
bantu apa yg termampu..

LIPISLADY berkata...

Sallam kak,

Semuga diterangkan hati anak2 yang sedang ambul pepereksaan UPSR tu ye kak.

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...

Mmng betul..anak2 ambik periksa, emak yg mnggelabah....jadi ckgu pun gelabah jugak..takut keputusan merudum...

Cikli berkata...

ibu bapa sanggup ambik cuti semata-mata anak nak exam.
tp ibu bapa yang menoreh dan kelaut, tetap kena pi kerja.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum..

Moga kakak sihat hendaknya..

Semuanya kerana kasih sayang ibubapa kepada anak-anak mereka. Namun, ada yang tidak mendapat keistimewaan begitu

zue berkata...

sy pun mcm kak ani juga...amik cuti kerja antar dan jemput anak dari sek..brpuasa dan mcm2 doa sy mintak kat allah...mmg x tenteram dibuatnya.
thn depan anak sy akan menghadapi SPM x tahulah mcm tu nanti.

Kunang-Kunang berkata...

Gee,


Sebagai ibubapa memang ingin melihat kejayaan anak , jadi kita kenalah berusaha kearah tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Yerlahkan anak didik kita, kita ingin melihat hasil yang baik dari apa yang kita usahakan selama ini.

Tapi tak taulah sama ada anak-anak murid ini sedar atau tidak perasaan cikgu mereka ini.

Kunang-Kunang berkata...

Atie,

Mudah2an Allah permudahkan segalanya untuk anak atie mencapai kejayaan di UPSRnya tahun depat. Doalah selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Ariana,

Didoakan anak Ariana berjaya dengan cemerlang dalam UPSRnya.

Mudah2an murid2 Ariana pun berjaya sebagaimanayang diharapkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Ni mesti yang perempuan tukan. InsyaAllah berjayalah dengan cemerlang tu.

Kunang-Kunang berkata...

Sud@is,

Betul tu, yerlah kan darah daging kita mesti kita nak yang terbaik.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Pada yang tak boleh tu nak buat macam manakan.

Tapi doa mereka mesti tak lepas dari bibir memohon supaya anak berjaya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam LipisLady,

InsyaAllah itulah doa kita semua untuk mereka.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Semoga mereka berjaya dengan cemerlangkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abd Razak.

Pada yang tidak mendapat keistimewaan begitu dari ibubapa atau penjaga, apa nak buat mereka kenalah beruaha dan berdoa sendiri disamping doa2 dari kita semua.

Kunang-Kunang berkata...

Zue,

Sebenarnya saya perhatikan anak-anak yang berjaya adalah kebanyakannyaibubapa mereka memang memberi tumpuan yang lebih pada hari anak2 periksa.

Mereka bersholat hajat ketika anak-anak berperang dengan soalan peperiksaan, baca yassin mohon doa Allah permudahkananak kita.

ieja amieja berkata...

assalamualaikum kak ani..
dulu masa ank2 kecik sy tgk kwn2 sering amek cuti utk ank nak peksa..skrg ni barulah sy merasa pengalaman tuh..

si para para berkata...

tiap ibu pasti merasa lebih cemas daripada anaknya..

semoga anak kak berjaya
:)

Pengasas berkata...

Assalamu 'alaikum,
Cara ibu-bapa melayan anak memang ada kaitan untuk kejayaan atau kegagalan anak-anak. Ini ada dijelaskan dalam al-Qur^an dan al-Hadits.
Tahniah atas kejayaan puan, suami puan dan anak-anak puan semua.

hani@debumelukut berkata...

Cikgu pun gelabah jugak..

Kunang-Kunang berkata...

ieja,

Kak ani pun tengok mereka yang lebih senior dari kita buat, mana yang baik tu kita ikutlah.

Kunang-Kunang berkata...

Para,

betul tu, emak yang gelabah. anak relak jer kot.

Kunang-Kunang berkata...

Pengasas.

Terima kasih doktor sudi singgah blog saya ni.

Yang baik tu kita ikutlah disamping doa setiap masa.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

Ini bermakna Cikgu lagi kesian, setiap tahun gelabah sedangkan ibubapa bila anak ambik periksa saja.

Syabaslah pada cikgu2 yang begitu mengambil berat tentang kejayaan anak-anak didik.