Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 23 Ogos 2011

Taat Suami..Taat Ibu..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Saya ingin berkongsi sebuah kisah pengajaran yang sangat menyentuh hati saya. Kisah ini saya petik dari Blog Wanwma yang telah diceritakan oleh seseorang. Cerita berkisar tentang ketaatan yang sebenarnya menurut Islam. Ikuti kisah ini:

Setiap kali menjelang Ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Di antara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahur sementara menunggu waktu Solat Subuh ibu akan memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya – ibu mempunyai 4 orang anak perempuan, seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam Islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika tu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.



Ibu: Apa yang nak ibu cakap ni….dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no.3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama. Betul tak?

Ateh & Acik: Betul, mestilah rumah ibu dulu..

Ibu: Dengar dulu, contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?

Ateh & Acik : Rumah ibulah sebab dekat

Ibu: Tidak, ibu tidak izinkan kamu balik ke sini. Baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu. Ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.

Ateh: Mengangguk..(tanda faham… dia ni banyak ikut perwatakan ibu: penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut….diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam Islam seperti ibu juga).

Acik: Mana boleh macam tu tak aci lah, kena gilir-gilirlah baru adil. (dia ni memang kaki bangkang pun…..outspoken skit kalau dia tak puas hati)

Ibu: Ingatlah…….jika anak-anak perempuan tu sayangkan ibu bapanya dan inginkan kebahagian ibu bapa nya di akhirat nanti…taatlah pada suami dan mentua

Acik: Macam kaum h****lak. Dah kahwin tak boleh gi rumah emakbapak.

Ibu: Bukan macam tu……Islam tu indah..setiap anak-anak perempuan yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu….. dan seperkara lagi…..untuk menjaga suami tidak sesusah mana… hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut ISLAM……JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaALlah dia tak akan ke mana…..kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.

Ditakdirkan ALlah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua. Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar.

Ibu: Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?

Abang ipar: Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia ni memang malu sakan dgn ibu).

Ibu: Adakah ini desakan dari isteri kamu?

Abang ipar: Tidak bu. Saya izinkan keluarga saya beraya di sini.

Ibu: Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?

Abang ipar : Mereka tiada halangan. (dalam hati saya rasa terkilan apalah ibu ni biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)

Ibu: Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu.

(abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu….lama gak ibu bergayut dengan besannya).

Ibu: Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu-cucu ibu ke sini.

Apabila habis bulan Syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuannya kearah Islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka.

Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulung tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain…(tak boleh cerita panjang dah masuk bab mengumpat.)

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga……masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi.

Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri, sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?. Berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu? Ya ALlah,berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai…..Amin!

Memandangkan tak lama lagi kita akan raya, berpakat dan berbincanglah baik-baik. Bagi anak lelaki, tanggungjawab kepada ibu sehinggalah salah seorang (anak tu atau ibu) menemui ajalnya. Buat para isteri pulak (termasuk saya), jangan sampai jadikan suami anak derhaka. Wallahualam.....

45 ulasan:

Kakzakie berkata...

Cantik N3 ini Kak Ani. Kakak suka sangat. Alhamdulillah sejak kakak menikah bab balik kg tak ada masalah sebab memang balik rumah suami dulu. Keluarga dia kecik kalau kita tak balik mesti sunyi.

Hari ke 2 kakak dah balik rumah keluarga kakak yg ramai. Lagi pula kami hanya sebelah daerah saja dua jam dah boleh sampai...

JunAina berkata...

Entri ini sangat terkesan di hati...sekiranya semuanya redza termasuk suami dan keluarga mertua rasanya tiada masalah...

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Persefahaman sangat perlu. Jangan asyik berat sebelah.

Kak ani pulak, menantu perempuan kak ani memang tinggal dengan kami, sebab di rumah ni dah tinggal kami berdua (suami dan saya), jadi saya tak kisah kalau dia nak balik rumah mak dia memandangkan dah tiap-tiap hari dia bersama saya. Hari raya tak aperlah di beraya engan keluarga dia pulak, raya ke 3 selalunya dia balik sini.

Kunang-Kunang berkata...

Jun,

Betul tu jangan pahala puasa habis kerana berebut nak balik raya.

sis intan berkata...

Salam Kak Ani, kena faham mana yang perlu didahulukan.

kakcik berkata...

Assalamu'alaikum Kak Ani...

kakcik ada 4 anak lelaki. Terserahlah bagaimana nanti mereka mencorakkan keluarga mereka setelah kakcik dan suami memberi bimbingan dan contoh kepada mereka. Andai kata mereka pulang kepada keluarga sebelah isteri, panjang umur - mungkin kakcik dan suami akan beraya berdua sahaja.

al-lavendari berkata...

saya tiada ibu bapa lagi. hanya tinggal pak mertua dan dia pun tinggal bersama saya. jadi beraya di rumah sendiri sahajalah.

terima kasih atas kad itu. saya dah ambil dan tampal.

selamat meneruskan puasa.

littlehumblelynn berkata...

aunty;

sy rasa apapun kena sepakat ttg soal giliran jugak..jgn ada yang bermuram durja di pagi raya

isteri masih ada keluarga begitu jugak suami

bergilir2lah setiap tahun & hormati kesepakatan itu..

i/allah bahagia r.tangga.

sekamar rindu berkata...

salam..

selamat hari raya buat puan..

yg pasti bila dah kwin suami isteri perlu saling bertolak ansur, dan mungkin juga membuat giliran untuk beraya...

NzA berkata...

perlu ada tolak ansur n persefahaman..
sy brsyukur krn suami akn menyambut raya di kg sy dulu di kelantan memandangkan johor raya selama 1 bln..semua tu bkn atas kehendak sy ttp diatas kehendak suami n dgn keizinan n restu mak mertua..syukur...

MulutPayau berkata...

Semuanya mmerlukan persefahaman kedua2 belah pihak...sepnjng kahwin,Mp tak prnah bergaduh pasal giliran raya...

ajumohit berkata...

Nmpknya dh mnjadik iklan Akak di entry
Ni, smg ikatan...kasih ibu membawa ke syurga

fuad ansari berkata...

bertuahnya dapat mak mertua sebegitu.. memberi kefahaman yg betul kepada anak2 perempuannya..

insyaAllah, akan ada tolak ansur dari pihak suami buat isteri yang mentaati suami..

Mohamad berkata...

Tahun ini giliran beraya di Sibu, bila dah jauh-jauh begini terpaksalah bertolak ansur.. dan ada sedikit pengorbanan...

Cikli berkata...

senang baca entry ini. terima kasih kak

Acik Erna berkata...

Assalam ani..teringat akak dulu tahun pertama kawen.suami bawak balik kerumah ibunya..tapi arwah mak mertua..mengarahkan pulak kami balik beraya dengan ibubapa akak dulu,
katanya..petang raya pertama balik semula kerumah mertua..

zulkbo berkata...

salam Kak..
terima kasih berkongsi kisah yang sesuai di jadikan pedoman..semoga kita semua mengambil iktibar darinya..


saya suka petua tentang suami tu
:)

insan_marhaen berkata...

Masa IM kecil dulu dan balik kg IM di Slim River, mak selalu pesan;

"kamu balik rumah opah dulu kemudian baru pergi ke rumah bapa saudara yang lain."

Kunang-Kunang berkata...

Sis Intan,

Selamat menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga.

Betul Sis, dalam apa pekerjaan pun kita kena melihat kepentingan sesuatu perkara supaya tidak ada yang terasa diri terabai.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakcik,

InsyaAllah dengan didikan sempurna yang diberi, anak2 kita tetap mengasihi kita sebagaimana sepatutnya.

Berdoalah selalu semoga mereka tetap mengasihi kita walaupun telah berkeluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Tuan Haji Al,

Saya juga sekarang ini tidak mempunyai ibubapa dan ibubapa mertua. Walaupun begitu semasa mereka masih ada pun saya tidak menghadapi masalah ini kerana saya dan suami satu daerah cuma kampong saja berlainan.

Bezanya saya dibesarkan di KL walaupun beasal dari Terengganu. Jadi tiap2 tahun tugas saya buat rendang rumah mak mertua (sebab orang terengganu dulu tak tau masak rendang). Mereka tahu serunding (sambal daging).

Siap rendang rumah mak mertua, saya balik pulak rumah mak saya untuk masak rendang (ayah balik duduk di terengganu selepas bersara).

Kunang-Kunang berkata...

Lynn,

Berbincang dan berpakat adalah sesuatu yang bijak dilakukan. Jika kedua2 bersetuju amanlah hidup,.

Pada kak ani, hari raya mesti balik rumah mak masing cumanya hari raya pertama saja mesti berpakat. Balik tetap balik, jangan langsung tak balik satu2 tahun tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sekamar Rindu,

Persetujuan bersama adalah keputusan terbaik.

Kunang-Kunang berkata...

NZA,

Alhamdulillah kalau segalanya berjalan lancar.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Itulah perlukan persepakatan kan supaya di hari yang baik tu tak ada hati yang terguris dan tidak ikhlas.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

kasih ibu sepanjang jalan (tapi sekarng ni dah macam2, mungkin segala perkara yang dilakukan oleh ibu itu atas sebab2 tersendiri).

Kunang-Kunang berkata...

Fuad ansari,

Susah nak cari mak mertua macam tu, ada tapi mungkin tak ramai.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Mohamad,

Demi kebahagian keluarga, kita perlu lakukan apa saja. Kegembiraan isteri dan keluarga isteri pun nak difikirkan jugak terutama jika dia masih ada ibubapa.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Sama-sama, tapi berapa ramai mak mertua yang sanggup macam tu.

Kunang-Kunang berkata...

Acik Erna,

Terpulang kepada nasib masing2kan. Tapi kalau pada ibubapa yang tak ramai anak tu kesian jugak.

Apa pun berpakat dan lihatlah kepada keperluannyalah kan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sauara Zulkbo,

Kita berkongsi cerita sekurang2nya kita tahu ada ibu yang betul2 redha dengan apa yang disarankan dalam islam.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Itulah hati seorang ibu, selain dirinya dia akan memikirkan juga hati-hati orang lain yang dia sayangi, bimbang hati mereka terluka.

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Harap Ani sihat di sana.

Alhamdulillah dalam hal balik raya di mana tak pernah timbul masalah antara kak dengan suami.. kak ikut sahaja apa rancangan dia..

Kunang-Kunang berkata...

Waalikumussalam Kak Werdah,

Alhamdulillah dengan perjalanan hidup yang dikurniakan Allah kepada keluarga kak Werdah. Semoga akak terus mendapat rahmatNYA.

Semoga akan diberi kesihatan yang baik diakhir2 Ramadhan ni dan seterusnya di masa2 mendatang yer.

putrylady berkata...

Terima kasih kak.
N3 yang penuh pengajaran dan ingatan.

ariana berkata...

entri ni memang sesuai sempena syawal yg bakatiba..isu balik kampung ni mmg tak habis2 kita dgr..tp alhamdulillah dh 24 thn usia rumahtangga sy, setakat ni, kami amalkan bergilir ( ikut turn, tp agak senang sebab jarak kampung kami x jauh pun.. Kuantan ke Temerloh, sejam dah sampai..bg yg kampungnya agak jauh tu yg selalu timbul masalah tu..

NM02 berkata...

salam kenal..

singgah follow sini.

mari tukar link, leh tukar citer dan pendapat

nnt sudi2 le follow ai plak eh

maceh

^_"

Ati Masrif berkata...

salam kak,

menangis ati baca kisah ini

semoga ati juga akan dapat menjadi
ibu seperti itu

ati juga tengah berusaha menjadi
isteri yang lebih penyabar..amin!
walaupun ati ni manja tapi
kurang sabar sedikit dalam family
ati mmg semua panas baran cuma
ati ni je yg kurang sikit

anggunpesona berkata...

Salam
Saya baru follow blog ni. Alhamdullillah banyak maklumat yg saya dapat. Terima kasih kerna memberi info tersebut. Sgt terkesan di hati saya
Saya sejak kawin beraya di rumah mertua. Hari kedua baru balik rumah keluarga saya. Begitulah rutin raya saya selama 16 tahun berkawin. Alhamdullillah tiada rasa kecil hati di hati setakat ni. Insyaallah. pesonamerahjambu.blogspot.com

sahromnasrudin berkata...

sangat tragis entri ini..trime kasih kak kerana berkongsi dgn kami

Kunang-Kunang berkata...

PutriLady,

Semoga sentiasa berbahagia dengan putra2 disamping suami.

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk Lady sekeluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Aria,

Kiranya masalah 'ever green' kan setiap tahun. Alhamdulillah dan 24 tahun usia perkahwinan yang bahagia.

Kunang-Kunang berkata...

NMO2,

Salam kenal juga dari saya. InsyaAllah nanti saya singgah yer.

Kunang-Kunang berkata...

Ati,

Bukan senang nak jadi ibu seikhlas dalam kisah ini.

Kunang-Kunang berkata...

Sahrom,

Sama-sama. Terima kasih sudi membacanya.