Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 22 Ogos 2011

Bila Suami 'Anak Mak'

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Saya selalu mendengar cerita 'lelaki anak mak' dari mulut anak-anak gadis kita kalau bercerita tentang boy friend mereka sama ada melalui temubual di radio ataupun di blog-blog. Beria-ria mereka menceritakan nasib malang yang bakal menimpa isteri-isteri seandainya mendapat suami seorang lelaki 'anak mak'. Rata-rata mereka mengatakan yang lelaki 'anak mak' ni tak layak dibuat suami kerana tidak ada pendirian sendiri. Sesiapa yang mengahwini lelaki 'anak mak' bakal menjeruk rasa sebab apa saja keputusan mesti mendapat restu 'mak' dia.



Betul ker macam tu!!! Cuba kita perhatikan sebuah hadith dari Sahih Bukhari, seorang lelaki bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. maksudnya : “ Siapakah yang perlu kita hormati dan kasihi selepas Allah dan Nabi?” Jawab Nabi “Ibu kamu” “Selepas itu?” “Ibu kamu” “Selepas itu?” “Ibu kamu” Kali ke 4 lelaki itu bertanya, “Selepas itu?” Jawab Nabi “Ayah kamu”

Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Tidak ada apa cara kita dapat membalas jasa seorang ibu. Seperti pernah berlaku seorang lelaki datang kepada Sayyidina Umar al-Khattab r.a dan berkata, “Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu.” Jawab Umar r.a., ”Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu.”

Bagi saya anak lelaki wajib taat pada mak dia waima sudah bekeluarga. Bila dia sudah berkeluarga dia harus ingat bahawa ketaatan itu janganlah terlampau sehingga dia menggabaikan tanggungjawab terhadap anak isteri dia sendiri. Dia kena pandai mengimbangi antara rasa sayang kepada ibu serta kasih dan cinta kepada keluarganya sendiri.

Sungguhpun begitu sebagai seorang mak pula, janganlah mengambil kesempatan di atas ketaatan anak lelaki kita sebab dia sudah ada keluarga sendiri. Jangan letakkan anak lelaki berkenaan dalam difficult position.



Tanggungjawab isteri pula, dia kena ingat bahawa walau pun lelaki berkenaan sudah menjadi suaminya tetapi tanggungjawab dia kepada kedua ibubapanya tidak boleh diabaikan kerana ia masih terikat dengan tanggungjawab tersebut berpandukan hadith di atas.

Jadi kepada diri saya sendiri, isteri-isteri terutama anak-anak gadis yang bakal menjadi isteri jangan terlalu cemburukan ibu mertua, sebaliknya berdoalah semoga apa saja kebaikan yang dilakukan oleh suami kita kepada ibunya akan diwarisi oleh anak kita pula kemudian hari nanti. Semoga anak-anak kita juga menjadi anak-anak yang sayang dan taat kepada kita ibunya sebagaimana ayahnya (suami kita) menyayangi neneknya (mertua kita). Kata orang putih "you get what you give"

34 ulasan:

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum Kak Ani....
Terima kasih atas perkongsian ini....
Dulu2 pun sblum kahwin, Mp takut jugak...takut dapat 'anak mak'..

Tapi Alhmdulillah..bersyukur sangat kerana punya suami dan mertua yg penyayang dan memahami peranan masing2.......

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Sebenarnya sebagai menantu kita juga kena main peranan dan belajar ambik hati mak mertua.

Mak mertua pun pernah jadi menantu, terutama mak mertua sekarang sangat memahami kerana masa dah berubah.

littlehumblelynn berkata...

saya berkahwin dgn anak mak..masa mula2 kawin serba x kena jadinya..

saya yakin seorang suami yang boleh menyayangi ibunya akan sayang pd keluarganya jugak..

ternyata suami sgt b/tanggungjawab pada saya & anak2..

saya rasa ibu mertua sama macam ibu kandung..sama jer saya sayang..apapun yang saya beli utk mertua akan jugak saya beli utk mak saya..

Anaa berkata...

Kak Ani, suami saya tak anak emak, tapi saya yang suh dia jadik anak emak, ingat kat mak selalu, tepon mak selalu.. pasai nya dia jenis yang dok jauh dari mak sejak muda, so ingat kat mak tu kurengg sikit..

sal berkata...

trimakasih atas perkongsian ini.
.
mekasih dgn kad raya sejambak bertatahkan sejambak bunga ..wlupun foto,ia nampak segar..moga persahabatan ini membawa manfaat dlm perkongsian ilmu..

ingat mengingat ke arah kebaikan..tkns sekali lagi

ajumohit berkata...

Kak yg pasal nuffnang tu Akak bleh tgk kt tutorial kt akaun tu ye, saya tak wat tutorial dia lg, nnti Akak try google jugak ye, psl Anak Mak tu, mula2 kawin takut juge, tp family hubby saya mmg jenis rapat ngn ibu2 nya... Secara x lgsung mdidik saya utk jd spt mereka spy melayan ibu sebaik2nya

JunAina berkata...

suami anak mak dan mak pulak melebih2, aina pernah melauinya...akhirnya bertahan 4 tahun sahaja,yg penting suami mesti tegas.

AI berkata...

- asben ada mak tiri...mak kandung meninggal masa umur dia 1 thn 6 bln...dan dia dijaga oleh nenek...

Kakzakie berkata...

Kalau lelaki itu punya pegangan agama dan tahu hukum-hakam kakak rasa masalah ini tak timbul. Kalau isteri tak faham kena terangkan. Rasanya kalau suami rapat dgn ibu, isteri pun untung dapat kasih dari ibu mertua (macam kakak yg dah tak beribu sewaktu benikah rasa seronok bila dapat emak - mak pulak sayang kita mestilah seronok kan. Kini semua dah tak ada. Sedih kan)....

♥ manje ♥ berkata...

terimakasih utk pengkongsian ini... kita tertarik dgn komen kakzakie...

suami yg punya pegangan agama adalah yg terbaik... kerana kdg2 ada isteri yg tak fhm tjawab suami pd keluarga dia... ada juga yg buat2 tak fhm... jadinya asyik bersengketa... kat sini lah peranan suami... :) ~

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum kak Ani

Moga akak sihat2 di sana yaa:)

Alhamdulillah..dianugerahkan suami dan ibu mertua yang baik...:)

Kunang-Kunang berkata...

Alhamdulillah, semoga Lynn bahagia selamanya dengan kasih sayang suami dan mertua.

Kunang-Kunang berkata...

Anaa,

bagus macam tu. Mengeratkan hubungan antara anak dan ibu.

Itulah akak rasa isteri mesti memainkan peranan dalam perkara ini. Kalau pandai ambik hati mertua, mesti menantu pun jadi menantu kesayangan macam mana dia sayangkan anaknya.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Sama-sama. Kad raya mengerat hubungan silatulrahim yang dah terjalin.

Semoga Sal sihat selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Nanti akak cuba yer.

Alhamdulillah aju sekeluarga hidup bahagia. kebahagian rumahtangga sangat mustahak kan.

Kunang-Kunang berkata...

JunAina,

Itulah sebagai suami dia sepatutnya tahu batas-batas kasih antara ibu dan isteri.

Dan mak pulak sepatutnya jangan terlalu mendesak anak lelaki mereka dalam hal2 rumahtangga anak-anak.

Kunang-Kunang berkata...

Al,

Mesti manja dengan nenekkan. Dan mesti dia sayangkan Al sebab dia tidak ada ibu.

Semoga Al sekeluarga bahagia selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Kakzakie,

Setuju dengan kakzakie, kalau suami ada pegangan agama yang kuat dan tahu hak-hak isteri dan hak suami, InsyaAllah rumahtangga akan bahagian.

Kunang-Kunang berkata...

<ake.

Ialah, agama pegangan kita hidup. jadi selagi kita berpegang kepada apa yang diajar oleh agama kita, InsyaAllah rumahtanggan akan berjalan dengan baik.

iBu...gUru berkata...

salam kak ani......... menarik n3 kali ini. risau jugak kwn2 my bujang selalu cakap dia anak mak.....

Cikli berkata...

ibu itu pintu syurga untuk anak, terutama anak lelaki. perempuan bila dah kahwin, kunci syurganya adalah taat kpd suami.
jangan jeles kalau suami lebihkan mak dia. memang patutnya begitu, nanti anak lelaki kitalah pula yang akan lebihkan kita sbg ibu.

bayangkan nanti jika menantu perempuan kita jeles sebab anak kita utamakan kita. ada sanggup?

terima kasih kak atas perkongsian bijak dan menarik ini. kupasan kak betul bangat.

Tuhan itu maha adil.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Alhamdulillah kak ani sihat. Semoga Sis Tinie dan keluarga pun macam tu juga.

Syukur Alhamdulillah di atas kurniaan kepada kepada Tinie dengan suami dan mertua yang pengasih. Semoga berbahagialah selamanya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam IbuGuru,

Sebenarnya semua ibu sayangkan anak-anaknya. Cumanya mungkin di antara yang ramai (kalau anak lebih dari satu) mungkin ada yang bersifat manja sikit dengan mak. Jadi takkanlah itu nak di kata anak makkan.

Kalau kita sayangkan anak lelaki kita, rasanya tak ada sebab kenapa kita tak boleh sayangkan menantu kita sebagai anak kita. Kak ani selau berfikir, kalau itulah orang yang boleh membahagiakan anak kita, kenapa kita tidak boleh menyayangi menantu sebagaimana kita menyayangi anak kita.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Terima kasih atas kupasan yang sangat baik dan menarik tu.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani..

Moga kakak sihat hendaknya..

Anak lelaki bertanggungjawab kepada ibunya sekalipun sudah berkahwin. Berlainan dengan perempuan bila ianya berkahwin ia wajib patuh kepada suaminya...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Abd Razak,

Kak Ani sihat, Alhamdulillah. Semoga saudara Abd Razak juga berada dalam keadaan baik dan sihat diakhir2 Ramadhan ni.

Setuju sangat dengan kata-kata Abd Razak tu. Letakkan mak dan isteri ditempat yang betul.

missgee berkata...

"you get what you give"
Itu yang kita perlu ingat!!!!

"Saya sayang ibu saya"
"sayang kawan2 saya yang sayang ibu
Mertua".. :)

~ yus ~ berkata...

Assalamualaikum kak Ani...

salam ziarah dari blog pakngah Al-Lavendari ni...

Terima kasih atas perkongsian ini...

Bila baca coretan ini,terasa membaca nasihat dari seorang ibu kepada anaknya...:)

pCL [p@kcikLie] berkata...

Assalamualaikum Kak,

terima kasih atas nasihat yg diberikan itu ..kekadang ada yang terlepas pandang dgn tggungjwb terhadap ibunya setelah seseorang lelaki itu berkeluarga..istilah anak mak itu adalah ditujukan pd mereka yg betul2 ikut telunjuk mak yang tak paham tentang hak mereka sbg ibu yg sebenar2nya. Kesimpulannya kedua2nya kena fahamankn dulu apa yg dikehendaki mengikut hukum syarak.Rasanya tak akan timbul rasa cemburu antara ibu dgn menantu jika ianya dipraktikkan dan bahagia menyusul kedalam keluarga itu.

selamat berpuasa, Terima kasih kad raya yg cantik tu...salam aidilfitri juga.

Acik Erna berkata...

terfikir pulak..ada ke hero2 acik nanti dikata kan anak mak..sebab sekarang pun masing2 dah kena ejek dek kawan2 kata anak mak..

a.samad jaafar berkata...

salam buat kakak kunang-kunang..
saya mengaku, saya 'anak mak'.. dan saya bangga menjadi 'anak mak'..

NzA berkata...

suami sy bkn trgolong dlm katogeri "anak mak" ttp tetap menghormai ibunya w.pn mrk xbegitu rapat....

anggunpesona berkata...

Suami saya anak bongsu tentu paling disayangi oleh mak dan adik beradiknya. Walaupun begitu dia bukan jenis anak mak tapi tetap menghormati dan menyayangi ibunya. Alhamdullillah.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dgn statement ini "
Sungguhpun begitu sebagai seorang mak pula, janganlah mengambil kesempatan di atas ketaatan anak lelaki kita sebab dia sudah ada keluarga sendiri. Jangan letakkan anak lelaki berkenaan dalam difficult position. "
Sbg isteri mmg kena byk brsabar..isteri juga seorang mak..mak pun seorang isteri..mak ada anak lelaki ada 6 orang tp yg seorang ni je yg selalu mnjadi perhatiannya..mmg syurga buat suamiku..Allahuakbar.