Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 12 Ogos 2011

Siapa Menggoda Manusia Dalam Bulan Ramadhan Bila Syetan Terikat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Panjangnya Tajuk. Hari ini genap 12 hari kita berpuasa. Begitu cepat masa berlalu.

Semasa sedang bersahur didinihari tadi, anak saya, Salam bertanya satu soalan yang biasa ditanya orang "bukankah dalam bulan Ramadhan syetan dah diikat, tapi kenapa ada juga orang buat jahat?".

Saya katakan pada dia, perkara ini susah nak cakap hanya Allahlah yang tahu jawapan sebenarnya. Ada banyak pendapat ulamak mengenainya.

Kata Salam lagi "tapi ada hadis mengenainya".

Hadis yang dimaksudkan oleh Salam mungkin Hadis yang berkaitan adalah hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim. Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: Apabila bulan puasa tiba, maka terbuka pintu-pintu syurga, tertutupnya pintu-pintu neraka dan syaitan-syaitan dirantai".

Mengenai perkara ini ulamak berbeza pendapat tentang maksud syaitan dirantai pada bulan Ramadan.

Menurut Al-Hafiz Ibn rhm, 'syaitan dirantai' boleh ditakrifkan dengan maksud syaitan tidak boleh menggoda umat islam seperti dalam bulan-bulan yang lain selain Ramadhan kerana umat islam dalam bulan Ramadhan sibuk dengan menjalani ibadah seperti puasa, membaca al-Quran dan mengingati Allah.

Menurut Syeikh Mutawalli al-Sya'rawi dalam kitabnya Anta Tas'al wa Islam Yujib: "Maksud hadis Rasulullah s.a.w tersebut ialah agar kita membuat suatu situasi dan keadaan yang menjadikan syaitan-syaitan terbelenggu atau terantai dan tidak menggoda manusia untuk melanggar hukum dan melakukan dosa. Sehinggakan yang ada hanyalah amal-amal yang baik, dan pintu-pintu syurga pun terbuka".

Ada ulamak yang mengatakan bahawa hadis tersebut menyatakan tentang perkara-perkara yang tidak diterangkan secara terperinci oleh syarak dan kita hendaklah menerimanya tanpa perbahasan. Ini lebih selamat.

Dengan ramainya umat islam mendekatkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan ni telah menghalang syaitan daripada menggoda manusia. Jadi hanya Allah yang tahu maksud sebenar 'Syaitan dirantai dalam bulan Ramadhan'.



Sumber" Solusi


28 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum

Ada juga yang mengatakan, syaitan yang diikat itu adalah para jeneral, tapi para prebet masih bebas. :)

zulkbo berkata...

salam..
rasanya, ayaitan yang paling
besar adalah "diri" kita sendiri..
maka pandailah mengawalnya..


Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Katakanlah(Wahai Muhammad):"Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia,Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam,yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia,(iaitu pembisik dan penghasut)dari kalangan jin dan manusia."

(Surah An-Nas:ayat 1-6)

sal berkata...

setan dirantai?

Alhamdulillah dan kesempatan ini digunakan untuk mencari keredhaannya dengan melakukan amalan sunat dan berdoa bnyk2 kepadanya...

moga .....
doa kita diterima, dosa kita diampun dan hajat kita yg baik diperkenankan Allah..

ameen..

Temuk berkata...

As-Salam
Rasanya pernah juga saya dengar penjelasan bahawa memang syaitan diikat dan tidak mengganggu kita, tetapi penggoda kita yang bernama hawa nafsu tetap ada. Ustaz ada katakan, hawa nafsu itu diperlukan untuk kita hidup. tetapi apabila ia tidak dikawal, kita jadi hambanya dan menyeleweng. Pernah dengarkah penjelasan begini?

Cikli berkata...

terbawa-bawa perangai 11 bulan lalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Yang pangkat bawah pun tak susah kita nak tepiskan. Kalau dihantar general lagi berat kita bersilat.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Zulkbo,

betul tu sebenarnya nafsu yang ada dalam diri kitalah yang perlu kita kawal. Syaitan hanya menggoda kita, terpulang pada akal fikiran kita untuk menentukan tindakan yang akan kita ambik.

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Dengan mendekatkan diri kepada Allah didalam bulan yang mulia ini malah dibulan2 yang lain boleh menjauhkan syaitan daripada menghasut kita.

InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Temuk,

Betul tu, ada ulamak berpendapat bahawa syaitan akan mengubah cara godaannya kepada manusia dari satu cara kesatu cara.

Tetapi sekiranya kemahuan yang ada dalam hati kita itu tidak berubah (kemahuan yang tidak elok), itu bererti yang menjadikan kita begitu adalah nafsu kita sendiri.

Jadi cara terbaik kawal nafsu.

Ketika saya mengikuti kursus sijil pengajian syariah di UM dulu, kami ada membincangkan perkara ini. Ada seorang pensyarah mengatakan bahawa iblis tidak diikat kerana dia telah memohon kepada Allah untuk menggoda manusia sehingga hari kiamat.

Jadi kalau iblis diikat dalam bulan Ramadhan bermakna Allah telah memungkiri janjiNYA dengan syaitan sedangkan Allah tidak akan memungkiri janji.

Jadi kata pensyarah itu kesimpulannya, bukan Allah yang mengikat syetan tu tetapi amalan baik dan ibadat dari kitalah yang mengikat dia dari mempengaruhi kita. Wallahuwa'lam.

Kunang-Kunang berkata...

Cikli,

11 bulan yang menggoda tu yer. Simpan 11 bulan tu sebagai sempadan lama kita buat sempadan baru kalau mampu.

Miecyber berkata...

Nafsu tidak di rantai...:D

si para para berkata...

nafsu kita masih lagi bebas merdeka..

ummu berkata...

assalamualaikum kak hanim
salam ramdan al kareem kak
semoga akak sihat sejahtera
bersma keluarga
wassalam

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga sihat dan dapat beribadah dengan sempurna di bulan mulia ini.

Ani, kak ada dengar kuliyah ustaz Kariman tentang hadis ini, kak ada tulis di : http://permatainn.blogspot.com/2009/08/marhaaban-ya-ramadhan.html

Walaupun ada yang kata tak perlu dibahaskan namun Ustaz Kariman menghuraikan hadis ini dan membandingkan dengan ayat al-Quran tentang pintu syurga terbuka dan pintu neraka tertutup seperti bercanggah tetapi sebenarnya hadis ini hadis sahih.

Menurutnya syaitan dibelenggu, pintu neraka memang sentiasa ditutup dan pintu syurga sentiasa dibuka tak kira bulan Ramadhan ataupun tidak; di sini nabi nak bagi tahu kita bahawa syaitan tak berdaya / tak ada kemampuan lagi/ lemah untuk menyesatkan manusia apabila tiba bulan Ramadhan..

Puasa adalah ibadat ikhlas (orang tak nampak jika kita tak beritahu, manakala iblis dah berjanji tak akan gagngu orang yang beribadah ikhlas.

Jadi pada pendapat kak orang-orang yang mengikut hawa nafsulah dan yang tak ikhlas dalam beribadah itulah menjadikan mereka berbuat tidak baik pada bulan Ramadhan. Allahua'lam.

Selamat beramal di bulan Ramadhan.

ieja amieja berkata...

assalam kak..

seronok baca n3 akk ni..disamping pendapat para blogger yg lain mengenai syaitan yg di rantai ..time kasih..

shameel Iskandar berkata...

Salam Kak Ani.
Benar kak ada beberapa pandangan ulama tentang maksud hadis ini. Ramai yg berpendapat terdapat pengertian metafora atau kias tamsil daripada zahir hadis itu.

cuma ,yg dikesalkan 'AJK-AJK Syaitan' masih bebas merdeka. Bukan setakat tak berpuasa malah sanggup berbuat maksiat. Dlm buletin utama smlm, ada yg sanggup mengaku bukan islam utk meyelamatkan diri apabila ditangkap oleh jabatan agama krn berbuat maksiat di bln puasa.

Kunang-Kunang berkata...

Mie,

Hanya diri sendiri yang mampu mengikat nafsu jahat dari berleluasa tak kira dibulan apakan.

Kunang-Kunang berkata...

Para,

Betul tu, semoga ianya kita bendong dari perkara-perkara yang tidak elok.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam Ummu,

Selamat beribadat di bulan puasa ni khasnya dan semoga Ummu sekeluarga juga dirahmati Allah selalu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Selamat kembali berblog semoga akak sihat untuk beribadat di bulan yang mulia ni.

Ulama kita dengan hujjah dan pendapat masing-masing dalam menafsirkan hadis ini.

Semoga kita sendiri berdaya mengawal nafsu kita dari keinginan melakukakan sesuatu yang bertentangan dengan syariat kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam ieja,

Terima kasih ieja. Saling bertukar fikiran dan pandangan dengan mereka yang berilmu sangat menyeronokkkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Shameel,

Pendek kata dalam hadis ini ada maksud tersurat dan tersirat.

Sedeh melihat kelakuan orang=orang yang mengaku islam menjalani hidup yang bertentangan dengan syariat dalam bulan yang mulia ini.

sonata anak kancil berkata...

salam - kita cuba sentiasa berbuat yang terbaik dalam bulan ini untuk merebut peluang2 keemasan yang dijanjikan oleh Allah swt.

Selamat berbuka puasa

Ann Huda (Ate) berkata...

Salam Kak Ani,
Walau tanpa syaitan sang musuh utama kita, hawa nafsu masih 'membelenggu' kita.

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum Kak Ani..

Moga kakak sihat hendaknya..

Tarbiah syaitan selama 11 bulan sudah cukup melatih manusia ke arah maksiat jika ia sentiasa mengikut kehendak nafsu dan meninggalkan segala perintah Allah.

Maka tidak hairan di bulan puasa masih ada manusia terbabit dengan dosa maksiat sekali pun syaitan dibelenggukan.

Wallahu'alam

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam Sonata,

Betul tu, kita rebut offer yang Allah berikan dalam bulan yang berkat inikan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam Ate,

Nak mengawal nafsulah yang sukar bagi kita orang biasa nikan. Walau bagaimanapun sama-samalah kita berusaha.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumusalam Abd Razak,

Alhamdulillah kak ani sihat buat masa ni walaupun minggu mengalami demam yang teruk.

Semoga saudara juga berada dalam kesihatan yang baik dan dapat menjalankan ibadah dalam bulan puasa ini dengan baik.

Yerlahkan, nak ubah tabiat yang dah sebati dalam diri seseorang agak sukar, melainkan hatinya sendiri yang kuat ingin mengubah keadaan cara hidup yang dia jalani.

Semoga mereka berubah juga satu hari nanti.