Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Isnin, 15 Ogos 2011

Sebuah Perkongian - Doa Qunut Bagi Sholat Sunat Witir

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Doa qunut sholat witir


Maksudnya:

"Ya Allah, berikanlah aku petunjuk sebgaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk. Sejahterakanlah aku (daripada penyakit) sebagaimana orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untuk ku apa yang telah Engkau berikan kepada ku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya engkau sahajalah yang menetapkan, dan tiada siapa pun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinan Mu. Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. Engkau telah memberi berkat, Maha suci Engkau, wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi Engkau." (Riwayat Abu Daud).

Amalan

Doa qunut ketika sholat witir boleh dilakukan sama ada sebelum rukuk atau selepas rukuk pada rakaat terakhir sholat.

Daripada Ubai Ka'ab: "Rasulullah s.a.w. melakukan qunut dalam sholat witir sebelum rukuk." (Riwayat Abu Daud).

Sunat membaca doa qunut ketika sholat witir, begitu juga ketika sholat witir pada pertengahan bulan Ramadhan sehingga akhirnya. Daripada 'Amr daripada Hassan bahawa 'Umur r.a. menyuruh Ubai r.a. mengimami sholat tarawih pada bulan Ramadhan. Beliau juga menyuruh Ubai r.a. membaca doa qunut pada pertengahan Ramadhan yang dimulai pada malam 16 Ramadhan. (Riwayat Ibn Abi Shaiban).

Sekadar sebuah perkongsian. Kebetulan malam ini bermula 16 Ramadhan. Semoga Allah memberikan pengampunan dan keberkatan kepada kita semua di dalam bulan yang penuh kemuliaan ini.


23 ulasan:

AI berkata...

- salam kak ani...

terima kasih dgn perkongsian ini...

nak minta petua kak ani supaya x ngantuk masa tarawikh...

zue berkata...

kak ani..terima kasih krn kongsi ilmu.

aby berkata...

salam k hanim ..

sekadar teringat kata2 saidina umar yg kerap diperkatakan ustaz ..

katanya,
klu bukan nabi saw mencium batu hajar aswad, pasti dia tk mencium sbb ianya hanya la batu yg tk mendatangkan kemudaratan mahupun kebaikan ..
saidina umar mencium hanya mengikuti perbuatan nabi ..

gitu la juga dengan qunut witir ni .. klu ianya adalah dari perbuatan nabi elok juga klu kita mengikutinya ..

cuma agak rugi juga kpd yg berhenti selps lapan rakaat tu ..
tk sempat berwitir apatahlagi mengaminkan doa qunut ..

gadisBunga berkata...

terima kasih auntie atas ilmu ni...

missgee berkata...

Kak Ani,
Semoga Allah memberi keberkatan
di bulan yang penuh kemuliaan ini.

Amin!!!

Acik Erna berkata...

assalam ani..masjid dirumah akak dah mula baca qunut malam tadi lagi..

ajumohit berkata...

Terima kasih atas info ini kak...

si para para berkata...

:)
syukran kak..

Cikli berkata...

elok juga kita tahu asal amalan yang dilakukan. tq

Kunang-Kunang berkata...

Al,

Ada sikit2, kita berkongsi sikit2 dan Alhamdulillah jika ia memberi manfaat.

Kunang-Kunang berkata...

Zue,

Sama-sama.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Betul tu wak, dah nabi kita buat kita ikutlah. Tak ikut nabi kita nak ikut saper lagi kan.

Kunang-Kunang berkata...

GB,

Sama-sama.

Kunang-Kunang berkata...

Gee,

Terima kasih atas doa Gee dan begitulah juga diharapkan dipihak semoga Allah sentiasa memberkati Gee dan keluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Acik Erna,

Baguslahkan, lagi ia sunat dibaca dalam sholat sunat witir tak semestinya pada 16 Ramadhan ke atas saja.

Selamat beribadat dibulan Ramadhan ni Acik Erna.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Sama-sama. Semoga Aju sekeluarga sihat dibulan yang mulia ini.

Kunang-Kunang berkata...

Para,

Sama-sama.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Sama-sama.

pCL [p@kcikLie] berkata...

salam kak, kekadang tu ada yg terlupa qunut..terus sujud je...pdhal imam tgh berqunut...biasa trjd zaman budak2 dulu..masih terkenang lg .

si para para berkata...

:)

Kunang-Kunang berkata...

PCL,

Zaman budak2 kerap menggamit memori kita kan dalam segala hal.

zulkbo berkata...

salam Kak..
alhamdulillah..
terima kasih perkongsian ilmu
moga di berkati Allah selalu

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Zulkbo,

Sama-sama, semoga ianya sebagai ulangan saja.