Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Rabu, 24 Ogos 2011

Satu Perkongsian

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Dari Abu Dzar iriwayatkan Rasulullah s.a.w, ada bersabda, Maksudnya: “Pada Hari Kiamat terdapat tiga kumpulan manusia akan dilupakan Allah, tidak akan dipandang, tidak akan dipedulikan malahan akan menerima azab yang sangat dahsyat , mereka adalah orang yang berpakaian tetapi meleretkan pakaian mereka di bumi, orang yang mengungkit segala pemberian mereka kepada orang lain dan orang yang suka bersumpah (akan barang yang mereka niagakan) sewaktu berjual beli.“

Pertama: Orang yang berpakaian tetapi meleretkan pakaian mereka di bumi.



Ini merujuk kepada lelaki dan perempuan. Golongan ini adalah orang-orang atau kumpulan manusia yang mempunyai sesuatu pakaian atau seumpamanya tetapi sombong terhadap apa yang mereka miliki. Kumpulan manusia ini suka bermegah-megah dengan apa yang mereka ada, suka menunjuk-nunjuk. Sebagai contoh ialah pakaian mereka bukan sahaja panjang, mahal, cantik, sukar disediakan dan adakalanya memerlukan pembantu untuk tolong mengangkat hujung pakaian tersebut sewaktu berjalan kerana ianya terlalu panjang hingga menyapu bumi.

Kedua: Orang yang suka mengungkit-ungkit atas pemberian sesuatu kepada orang lain



Antara sebab pelakuan ini dilarang ialah:

1. Tidak lkhlas
2. Merendahkan darjat orang yang kita bantu.
3. Ada sifat bermegah dengan apa yang kita ada
4. Memalukan penerima di sisi pandangan orang lain.
5. Membina kumpulan-kumpulan yang ada dan yang tidak ada.
6. Mahu dirinya dipuji dan dihargai
7. Mengambil sifat Allah sebagai pencipta dan pemberi rezeki

Dengan mengungkit-ungkit apa yang di-berikan sebenarnya merendahkan darjat sipemberi itu sendiri kerana seolah-olah apa yang diberikan itu besar sangat. Kita mungkin berfikir kita sudah hebat, sesungguhnya ada orang lain yang lebih hebat dari kita, dan ALLAH adalah Yang Maha Hebat dan tiada yang lebih hebat dariNya. Bila-bila masa Allah boleh menarik balik apa yang diberikan kepada kita tanpa perlu memberi apa-apa notis sekalipun.

Ketiga: Orang yang suka bersumpah (akan barang yang mereka niagakan) sewaktu berjual beli.“



Kumpulan ketiga ini dibenci Allah kerana sewaktu berniaga, untuk melariskan perniagaan mereka sanggup bersumpah barang mereka adalah yang terbaik

“Dan pada hari itu(Hari Kiamat), kepada Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. Pada hari itu manusia diberitahu akan apa yang telah ia lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan (yakni tidak lakukan). Bahkan manusia itu(semua anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri “ AL-Qiamah 12-14

Untuk pembacaan lebih lanjut sila singgah di redhaku.blogspot.com

24 ulasan:

Kakzakie berkata...

Bila baca N3 ini kakak rasa betapa kerdilnya kita kan Kak Ani. Semua yg kita ada kalau Allah nak tarik balik mudah sangat...

♥ manje ♥ berkata...

ALLAH Maha Mengetahui sebesar hama pun perlakuan kita... Moga kita terpelihara dari segala sifat2 keji itu... ~

kakcik berkata...

Semoga kitab terpelihara dari sikap2 yang tidak diredho Ilahi.

a.samad jaafar berkata...

moga Allah pelihara hati saya daripada sifat suka mengungkit2 atas sesuatu yg diberi..

AI berkata...

Salam Kak Ani,


- itulah yg byk berlaku skrg ni kan...

pCL [p@kcikLie] berkata...

Assalamualaikum kak,

perkongsian yg bermakna bg saya..ketiga2nya berhubungkait dengan perkara yg sering berlaku di sekeliling kita. Terima Kasih.

Ann Huda (Ate) berkata...

Mudah2an kita tidak termasuk dalam ketiga2 kumpulan manusia yang akan dilupakan Allah.

fuad ansari berkata...

sebab tu ada hikmahnya kenapa ketika melakukan umrah dan haji, kena pakai ihram.. agar manusia tidak bermegah2 dengan pakaian yg mereka ada.. agar manusia tahu bahawa Allah tak pandang mahal mana pakaian kita.. tapi Allah melihat akan hati2 manusia...

luahfikiran berkata...

SALAM,
TERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN INI.

ajumohit berkata...

moga dijauhkan dari sifat2 sebegini, kita berikrar utk menjadi lebih baik sebelumnya, tunaikanlah

Temuk berkata...

Satu peringatan yang baik. Semoga DIA sentiasa memandang kita dengan pandangan penuh rahmat.

Selamat menyambut hari raya 1432H. Maaf zahir batin.

zulkbo berkata...

salam Kak..
terima kasih perkongsian..
menjadi pengajaran buat kita yang masih bernyawa untuk bekalan bila tiada nanti..

shameel Iskandar berkata...

Assalamualaikum Kak.
Moga kita terpelihara daripada menjadi golongan sebegini. sejujurnya gol ketiga terlalu ramai skrg ni kak. menipu dan bersumpah utk melariskan keuntungan.

hani@debumelukut berkata...

Allah tidak melupakan kita, yakin begitu.

S..U..D..@..I..S berkata...

tq perkongsian sgt manafaat

insan_marhaen berkata...

muga bukan kita yang tergolong dalam kumpulan itu meskipun tanpa disedari..

MulutPayau berkata...

Kak Ani...
Terima kasih atas perkongsian ini...semoga kita tdk trmasuk dlam kmpulan tersebut...

ariana berkata...

Terimakasih kak..perkongsian ilmu yg bagus ni..

Anaa berkata...

terbayang gaun kate middleton masa kawin ngan putera andrew itu hari, meleret2... hee..

NzA berkata...

semoga kita dijauhi sifat2 keji itu.....

Cikli berkata...

semoga kita tidak dilupakan Allah di hari itu.

luahfikiran berkata...

SALAM,
SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN ! PIHAK LF AKAN MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA GB (JIKA ADA, YG SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA)

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Terima kasih atas perkongsian ini. Semoga dapat kita manfaatnya.

Selamt sambut 'idulfitri.. maafkan kak jika ada salah silap ya.

Kunang-Kunang berkata...

Kepada kawan-kawan yang singgah,

Terima kasih kerana meninggal komen-komen yang baik di N3 ni.

Maaflah yer, kak ani tak dapat nak respon satu2 kerana kekangan masa.