Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Selasa, 16 Ogos 2011

Rindu Hati Ku Tidak Terkira

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Bulan Ramadhan tahun ni tidak seperti Ramadhan tahun-tahun yang lalu. Selalunya setiap kali bulan Ramadhan paling tidak sekali kami akan balik ke kampong di Dungun. Kalau anak-anak tak ikut saya dan suami akan balik berdua saja.

Ramadhan kali ini kami tak balik sebab kesihatan kami berdua tidak mengizinkan untuk memandu jauh. Nak ajak anak-anak pun mereka semua ada urusan sendiri tidak dapat ambik cuti. Jadi pendam jerlah keinginan nak balik tu.

Tujuan balik ke kampong di bulan Ramadhan selain ingin bertemu dengan adik beradik dan saudara mara, kami sebenarnya ingin melepaskan rindu kepada lauk pauk dan kuih muih tradisional Terengganu. Lauk pauk dan kuih muih ini sukar didapati di Shah Alam ni. Kalau ada pun kurang sedikit citarasanya.

Alhamdulillah di bulan Ramadhan kali ini Allah kurniakan saya kesihatan yang baik dan berupaya memasak juadah berbuka puasa. Jadi dapatlah saya lepaskan rindu saya sekeluarga untuk makan nasi dagang bila saya berdaya memasaknya sendiri.

Laksa kuah mentah (terengganu) pun saya dah masak sendiri. Begitu juga bila teringinkan bubur lambok terengganu semuanya saya boleh masak sendiri. Sedap tak sedap pun kira okeylah.


Nasi dagang



Laksa kuah mentah



Bubur lambok


Bubur lambok ala Terengganu ni lain sikit sebab dimasukkan anika sayur-sayuran kampong seperti daun kesum, pucuk ubi, daun kadok, serai, daun kunyit, pucuk paku merah, santan, kerisik dan lain-lain daun selagi ia tidak memudharatkan.

Terbayang juga di mata saya kuih muih tradisional Terengganu yang sedap-sedap. Kuih-kuih ni tidak atau sukar ditemui di sini. Kalau ada pun, walaupun ianya sama tapi rasanya tidak sama. Kalau rupa sama pun rasa tetap berbeza. Inilah antara kuih-kuih yang saya rindukan:


pulut lepa, rupa seperti pulut panggang tapi intinya ikan



paung goreng dibuat dari pulut & kelapa dimasukkan
sambal ikan dan digoreng



ketupat sotong. Beras pulut disumbat dalam sotong
dan dimasak dengan santan yang dicampur, halia, halba dan bawang merah



nekbat, dibuat dari tepung beras dan telur
dibakar seperti baulu. Bila nak makan disira dalam air gula



asam gupal dibuat dari sagu mata ikan dan dimasukkan
inti kacang hijau yang dah dimasak terlbih dahulu. Lepas tu
dimasak bersama santan yang dicampur, halia, halba
dan bawang merah



bronok, dari sagu mata ikan digaul kelapa parut



akok dibuat dari telur, gula, & tepung beras/gandum,
saya tak pasti



jala emas dibuat dari gula dan kuning telur
dimasak dalam air gula



kuih bakar dibuat dari tepung gandum, telur dan gula
serta santan



kuih gomok, ni saya tak pasti bahannya



kuih lopak tikang dibuat dari tepung beras dan santan
dimakan dengan air gula melaka



kuih penganang, kuih ni dibuat dari tepung kacang
hijau, telur dan gula



kuih putri mandi dibuat dari tepung pulut
dan digaul dengan kelapa yang dah dibuat seperti inti



kuih qasidoh dibuat dari tepung gandum, santan,
telur dan gula serta minyak sapi



kuih tok aji serbang, sebenar orang KL ni
panggil seri muka, sama bahannya



tepung bunga dibuat dari tepung pulut, dicelup
telur dan digoreng. Nak makan tabur gula di atasnya.


Cuba perhatikan kuih-kuih di atas selain pulut lepa, paung goreng, ketupat sotong, kuih-kuih lain kebanyakan bahan-bahannya terdiri dari santan, gula dan sudah pasti tepung gandum atau tepung beras ataupun tepung pulut. Sesetengahnya memerlukan telur yang banyak untuk menyedapkannya seperti kuih akok, kuih penganang, kuih netbak dan kuih bakar.

Sebenarnya kuih muih ni walaupun sedap tak elok dimakan banyak atau dimakan kerap sangat sebab ianya tidak begitu baik untuk kesihatan. Bahan-bahannya semua berkalori tinggi.


P/S Orang kat Dungun tu kalu makang ingat ke amber etek deh, huh huh, sob, sob, sedihnya

Bahan gambar,dari google,
terima kasih google

46 ulasan:

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum...

Semua makanan yang disebut saya gemari, kecuali nekbat, asam gupal dan tepung bunga.

Kak Ani masih bertuah kerana di Semenanjung makanan masih boleh diterima 'rasa'nya berbanding di tempat saya. 'So', segalanya saya buat sendiri selagi rajin :)

missgee berkata...

Kak Ani,
kalo nengok pagi2 time tengah posa..
Ada yang kecur air liur.. :p
hehehehe

P/s: Alhamdulillah diberi kekuatan pada ramadhan kali nie.. Juadah nampak meriah

ajumohit berkata...

Kak kecur air liur tgk juadah2 di atas, klu mcm tu saya pon tingin jugak nk merasanya...takpe kak, mgkn raya ni tak berkesempatan nak balik, insya Allah nnti Ada peluang utk balik kmpung...

AI berkata...

- bahan2 sama tapi rase boleh berlainan kan...

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...semua kuih di atas tu kgmran saya trutama akok....tapi skrang ni tgh kurangkan makan kuih yg manis2.. ....jaga ksihatan.

aby berkata...

salam k hanim,
dalam kurang sihat pun boleh masak perbagai juadah mcm tu mcm mana pulak klu sihat, pasti bertambah tambah lg ...
makin sihat dan sayang abg man tu klu hari2 disajikan dengan air tangan yg sedap2 dari isterinya ...

harap niat k hanim utk balik kampong masa raya ni dimakbulkan allah ...

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Terliur pula melihat gambar kuih orang Terengganu ni..kak pernah makan akok dan laksa kuah mentah.

Benar kata Ani, eloklah dikurangkan makanan seperti ini kerana kandungan gula (karbo) dan juga lemaknya tinggi.

Semalam menantu buat bronok (baru pertama kali dengar nama ni).

Di rumah jarang buat masakan manis, kak lebih suka masakan pedas seperti pulut panggang.

werdah berkata...

dan semestinya nasi dagang.. terlupa pula tadi.. salam nuzul al-Quran buat Ani.. selamat beramal

littlehumblelynn berkata...

aunty

laaa org dungun ke?
suami kita org dungun-- kg tok kah.
kita nak balik hari sabtu ni..kalo aunty sudi marilah kita balik sekali..

kita sempit2 pun xper dlm keta..

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum My dear sis..KakAni:)

Bila tgk gambar2 tu..yang paling teringin nasi dagang kutt...:):)
aduhaii...menggoda kalbu nii;)

zue berkata...

kak ani..byk kuih2 sy x pernah jumpa dan rasa.

klu nasi dagang kelate pernah mkn.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Bila merantau jauh dari kampong sendiri, kenalah kita gunakan skill yang ada untuk memasakkan.

Mula2 mungkin kurang menjadi, lama-lama pandailah.

Kunang-Kunang berkata...

Miss Gee,

Kalau tengah lapar memang tengok apa pun sedapkan. Itu yang orang kata jangan ke pasar bila perut lapar, semua nak dibeli.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Nampaknya raya ni pun akak InsyaAllah balik ke kampong lambat sikit. Maklumlah sekarang dah ada anak cucu sendiri. Mereka pun nak balik ke rumah mak ayah (rumah kak anilah tu). He he.

Kunang-Kunang berkata...

Al,

Itulah istimewanya kuih melayu kan. Bahannya boleh dikata sama cuma cara mengolahnya saja menjadikan kuih tu berlainan nama dan rasa.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Memanglah kuih sebelah kita manis-manis dan lemak. Tak lemak tak manis tak sedaplah pulak.

Kak ani pun kena kurangkan gula sebab diri sendiri dah kelebihan gula.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Tulah yang bimbang tu, nanti orang lain bulan puasa, longgar semua pakaian, yang kami terbalik pulak nanti.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat yer.

Bronok tu sebenarnya kuih sagu. Ini memang feveret saya. Kalau terjumpa jarang tak beli.

Di rumah saya hanya saya dan suami jer yang makan kuih2 manis ni, anak-anak dah kurang, mereka lebih suka yang pedas2 seperti karipap, mertabak, kuih udang. Selera orang lembah klang.

Kunang-Kunang berkata...

Lynn,

Auntie memang orang Dungun. Tok Kah tu tak jauhlah dari Dungun. baru-baru ni ada sorang sepupu peremuan (sepupu muda) kawin dengan orang Tok Kah ni.

Terima kasih ajak auntie balik, InsyaAllah tak ada apa-apa aral lepas raya ni baliklah.

Selamat balik kamponglah yer dan pandu berhati-hati.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Kak ani kadang2 kesian pada hasben bila teringin nak makan nasi dagang, dia beli tapi rasanya kadang2 tak memenuhi citarasa. He he

Jadi kalau larat akak buatlah sendiri.

Kunang-Kunang berkata...

Zue,

Kalau berpeluang ke Kuala Terengganu rasanya kuih2 ni banyak dijual di pasar kedai payang atau pasar cabang tiga.

Nasi dagang kelantan lain sikit dengan nasi dagang terengganu sama ada dari segi nasi dan dari segi gulainya.

Masing2 ada keistimewaan masing2 kan.

hani@debumelukut berkata...

kita dah makan dah semua makanan2 yg sedap2 tu..sedap tau. jangan jeles ek.

sal berkata...

ada antara makanan tu tak pernah saya jamah...

mlalui blg nih, baru tau..mekasih kak berkongsi makanan....moga akak ceria2 dan sihat selalu serta dpt apa yg dihajatkan tuh...

a kl citizen berkata...

banyak kuih muih tu saya tak kenal... :)

Ann Huda (Ate) berkata...

Baru tahu mcm mana rupanya kuih Qasidah tu. Cantik ek mesti sedap. Td baca satu N3 di blog lain ttg kuih Qasidah tapi tak ada gambar. Nekbat tu pun tak pernah dengar.

Apa pun mudah2 Kak Ani dan suami bertambah sehat dan diberi kekuatan oleh Allah tuk melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan ni...nak masuk 10 ramadhan terakhir ni. Cepat sihat ya kak.

Anaa berkata...

saya nama jer kawin ngan orang ganu, tiap2 tahun balik KT.. tapi banyak kuih2 tu sya tak pernah cuba walopun selalu nengok jual kat paso..

Cikli berkata...

baru habis program kat hotel uitm dungun tadi. betul kata kartunis fatah, dungun macam dalam poskad, tercomel amat.
sempat beli ikan dan sotong fresh tepi laut tadi. tapi mahal la...takpa, rezeki orang kelaut.

zulkbo berkata...

salam..
wahh..sedap semua tu
pembuka selera berbuka..

kueh akok saya baru pertama
kali makan, di jual di KLCC
3 keping RM2

si para para berkata...

hehe orang dungun dapat rasa semua tu kak..tapi dengan harga yang sedikit mahal..
kueh2 kebanyakannya mahal2..

tapi nak makan beli jgk.
raya nanti balik dungun tak kak?

Nur berkata...

Salam.. Wah sedapnya tengok kuih2 tu.. Banyak yg belum pernah rasa..

insan_marhaen berkata...

membaca tajuk teringat lagu M Sani..

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

Itulah sebabnya setiap kali bulan Ramadhan hati bagai dipanggil untuk balik kampong. Rindunyaaaa.. uh uh

Kunang-Kunang berkata...

Sal,

Terima kasih sudi kenal2 dengan kuih muih. Mana tahu kebetulan ke Terengganu sekurang2nya dah pernah tengok rupa kuih ni kan.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Normah,

Sebenarnya orang Terengganu sendiri terutama orang muda2 pun tak kenal kuih2 ni apa lagi nak tau nama.

Kunang-Kunang berkata...

Ate,

Semoga Ate juga siha. InsyaAllah mudah2an akak dapatlah menunaikan puasa di bulan Ramadhan ni dengan baik.

Kuih qasidah ini akak sendiri tak pernah membuatnya, makan bila arwah mak mertua yang buat. Selalunya orang zaman2 mak kita yang pandai buat kuih2 lama ni.

Kunang-Kunang berkata...

Anaa,

Kalau ada di KT kuih2 ni lagi senang dapat. Pasar Cabang 3 banyak jual kuih2 tradisional ni.

Lepas tu ada lagi satu tempat jual kuih2 tradisional ni, kak ani tak pernah pergilah, dia orang kata jalan arah ke Kuala Berang. Orang KT mesti tahukan.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Rasanya orang yang jual ikan di tepi laut tu, orang perseorangan yang kelaut. Mereka menggunakan bot2 laju untuk menangkap ikan.

Tentang harga kak ani tak tahu sangat sebab tak pernah beli. Selalunya tengok saja orang dok beli ikan.

Cantikkan pantai Telok Lipat, tapi sayang dah banyak yang hakis kenapalah Kerajaan Terengganu ambik tindak menyelamatkan pantai tu cepat.

Kat Uitm tu, Tajung Sura cantik amat. Bila kesitu teringat masa sekolah2 dulu. Kalau berkelah itulah tempatnya.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Tambahan ni, Fatah tu adalah juga bau-bau bacang dengan kak ani. Kami sama-sama bersekolah di sekolah yang sama dulu. Abangnya kawin dengan sepupu kak ani. Sekarang Fatah tak berapa sihat doh.

Apa yang dia pernah lukis dalam majalah gila2 tu memang gambaran sebenar dungun ketika tahun 60an/70an.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Zulkbo,

Akok yang banyak dijual di sini rasanya akok kelantan ataupun orang terengganu panggil akok telor. Akok terengganu rupa lebih kurang baulu dan bewarna kuning telur. Manisnya jangan ceritalh. Mau perit tekak.

KLCC jugal 3 keping rm2.00. Yerlah harga KLCC. Disah alam ni dijual dengan harga 2 keping seringgit.

Kunang-Kunang berkata...

Para,

Puasa tahun ni rasa sungguh barang-barang mahal termasuklah kuih muih.

Tapi maca para katalah, nak makan beli jugak. Kalau makan tak habis tu yang sayang sangat. Beli agak2 boleh habis di makan sajalah.

Kak Ani bali mungkin selepas 3/4 raya. Maklumkan sekarang ni dah ada cucu dan menantu, jadi kak anilah jadi kampong laman tempat mereka balik. Tak sampai hati pulak nak tinggal mereka macam tu jer. Lagi pun adik beradik saja yang ada di Dungun, mak ayah, mak bapak mertua semua dah tak ada.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Nur,

Tu mana yang akak ingat. yang tak ingat mungkin banyak lagi.

Tak apa ada rezeki besok, InsyaAllah jumpalah kuih-kuih tu nanti.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Tajuk yang syahdukan. Semoga IM sekeluarga berada dalam kesejahteraan sentiasa.

sonata anak kancil berkata...

semua kuih yang Kunang-kunang buat saya suka! sebab tu saya suka pergi ke Trengganu kerana pilihan makanannya yang sedap...buat sendiri sedap tak sedap itu lain kira ...tapi bila kita buat - takkan lah tak sedap kan! mungkin kureng sikit sebab tak pro....

Kunang-Kunang berkata...

Sonata,

Satunya kelemahan kuih muih melayu kita ni mesti lemak dan manis. Kalau tak lemak dan manis kira tak sedaplah.

Sayangnya lemak dan manis tu tak berapa elok untuk kesihatan kita.

NzA berkata...

memang sedihkan kak bila jadi anak perantau trutama tiba bln ramadan..sama la dengan saya, mmg langsung tak berkesempatan jengah ke kg ttp insyaallah bbrapa hari lagi kami akan blk kg utk berhari raya.
Kuih muih Terengganu sama dgn kelantan...saya tengah teringin nak makan jala mas tu.....cuba buat hari tu ttp rupanya xsecantik yg dibeli....

ajumohit berkata...

http://www.nuffnang.com.my/blogger/blogspot/

kak, nanti try bukak link itu ye, akak kene ikut step2 kat situ...saya tak buat tutorial ttg letak iklan tu lagi, akak try boleh tak ye...