Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 27 Ogos 2011

Malam-malam Terakhir Ramadhan - Meriahnya Masjid Negeri

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Hari ni InsyaAllah dah masuk 27 Ramadhan. Kalau panjang umur dapatlah kita merayakan fajar 1 Shawal yang akan menjelma kemungkinan pada 30 atau 31 Ogos ni.

Saya perhatikan diakhir-akhir Ramadhan ni malah bermula dari pertengahan Ramadhan lagi, pihak pengurusan masjid negeri telah menjemput tokoh-tokoh ulamak dari negeri Timur Tengah seperti dari Madinah, Syria, Mesir dan ada lagi yang saya tak ingat untuk mengimami sholat2 terutama sholat terawih di situ.

Pada malam 26 Ramadhan, para jemaah masjid telah diperdengarkan alunan qasidah dari Syeikh Romi dari Syria selepas selesai sholat terawih. Merdunya alunan qasidah beliau.




Para jemaah yang asyik mendengar alunan qasidah
Maaflah gambar dari jauh saja


Malam tadi malam 27 Ramadhan atau orang-orang kita selalu kata malam 7 likur. Tempat sholat penuh sesak. Sholat malam tadi telah diimamkan oleh Syeikh Mohd Munji dari Mesir. Selesai sholat Witir, majlis khatam Al quran kumpulan tadarus alquran Masjid Negeri telah diadakan dan dibimbing oleh Syeikh Mohd Munji.




Majlis Khatam Al Quran, Maaflah gambar dari jauh saja


Malam ni, malam 28 Ramadhan sholat malam ni akan diimamkan oleh Sheikh Muktasim Billah dari Syria, jadi siapa berdekatan, jemputlah ramai ke Masjid Negeri.






Masjid Negeri terang benderang sepanjang malam


Selepas sholat terawih, ramai jemaah bermalam (tidor ayam agak) di Masjid untuk menunggu jam 3 pagi bagi menunaikan ibadat quamullail dan lain-lain di malam akhir-akhir Ramadhan ini. Semoga Allah makhbulkan doa kita semua di bulan yang penuh keberkatan ini.

14 ulasan:

ajumohit berkata...

Alhamdulillah di akhir ramadhan masjid2 masih diisi dgn program yg baik sebegini, selamat hari raya utk Akak Dan keluarga

anitaare berkata...

semoga ibadah puasa kita diterima Allah..Ameen.
Selamat berpuasa dan berhari raya untuk akak sekeluarga..maaf zahir dan batin dr saya

Cikli berkata...

bagusnya bersungguh dalam beribadah. semoga Allah terima kesemuanya

insan_marhaen berkata...

best ya.. dapat tidur di masjid denganniat iktikaf

aby berkata...

salam k hanim.
seronok dengar aktiviti kt kat masjid negeri tuh. tp klu kita dah terikat dengan tadarus alquran dimasjid tempat kita, nak ketempat lain dah tk boleh ... sbb nak sama sama menghkhatam alquran ..
wak khatam mlm 26 ramadhan ..
alhamdullillah dpt khatam juga ..

selamat menyambut Hari raya utk k hanim sekeluarga

zulkbo berkata...

salam Kak..
alhamdulillah..
teruskan istiqamah
mengejar nikmat
10 malam teraakhir..


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya
~Selamat Hari Raya Aidilfitri~

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Syukurlah sekarang ni pengurusan masjid-masjid kita sangat aktif. Mereka mengambil susah payah berusaha menghidupkan bulan Ramadhan.

Kunang-Kunang berkata...

Ita,

InsyaAllah itulah yang kita harapkan.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Yang perlu adalah istiqamahkan, biarlah buat sekadar kemampuan kita.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Di masjid negeri ni tadarus alquran dibuat selepas sholat terawih. Jam 12.00 malam baru selesai. Kak ani tak join sebab kak ani juga seperti wak terlibat dengan tadarus alquran di masjid dekat rumah.

Kami Alhamdulillah buat majlis khatam pada 25 Ramadhan.

Balik kampong ker wak.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Zulkbo,

Yang betul tu, biar pun kita tak dapat buat banyak ibadah tapi istiqamahlah yang mustahak.

Saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada zulkbo sekeluarga. Maaf zahir batin semasa berblog.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Itulah kan, mampu mereka bersusah payah demi beribadat kepada Allah.

Kak ni dan abang tak tidor di masjid sebab masjid dekat rumah pun ada buat qiamullai juga bermula jam 3.00 pagi.

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Suami kak ada ke sini berqiyamullail .. kak tak dapat ikut..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Alhamdulillah, seronok dapat berqiyamullail di sinikan. Tak aperlah kak, InsyaAllah Allah berikan pahala mengikut kemampuan kitakan kak.