Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Sabtu, 20 Ogos 2011

Dah Nak Raya Kita

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Cepat sungguh masa berlalu. Sedar-sedar dah 20 hari kita berpuasa.

Sedihnya puasa pada tahun ni dah 3 hari saya tidak dapat berpuasa apabila minggu lepas saya diserang demam panas dan muntah-muntah. Saya tak boleh berdiri dengan betul terasa hendak jatuh. Bila tiba di PPUM selepas membuat beberapa test termasuk jantung, akhirnya saya terpaksa dimasukkan ke Observation Ward di PPUM selama 1 hari.

Saya ke PPUM bila ubat dari klinik tidak berkesan dan saya bimbang penyakit vertigo saya menyerang balik. Saya pernah kena penyakit vertigo ni kira-kira 3 tahun lalu iaitu semasa saya masih bekerja.

Sekarang Alhamdulillah saya dah pulih walaupun pening-pening masih terasa. Syukur Alhamdulillah, dalam keadaan tidak berapa sihat ni sempat juga saya khatam tadarus alquran di masjid di khariah saya.

Memandangkan Hari Raya tidak lama lagi akan disambut, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Semua sahabat blogger yang sudi singgah di blog saya ni. Maaf zahir batin dari saya.

35 ulasan:

ajumohit berkata...

Cantik kad raya Akak... Semoga Akak sihat2 selalu, syukur dpt khatam seawal 3 mggu ramadhan...alhamdulillah

Pn Kartini berkata...

Assalamualaikum my dear sis..KAkAni:)

Tksh yaa utk kad raya yang cantik:)
Semoga akak diberikan kesembuhan sepenuhnya..dan dilindungiNya selalu..

:)

p/s:...terasa terlalu cepat masa berlalu...semakin hari semkn mendekati Syawalnya...

maiyah berkata...

assalam..

slmt hri rya.. moga sihat dan ceria slalu

missgee berkata...

Kak Tinie,
Jaga kesihatan..
Semoga cepat sembuh..

P/: Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan batin :)

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak Ani...

Cantik kad raya tu...terima kasih...
Yer lah kak...cepatnya masa berlalu..Ramadan sudah hampir ke pnghujungnya..

MulutPayau berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
insan_marhaen berkata...

muga sihatlah dan sempat menghabis ramadhan kali ini dan menanti ramadhan akan datang...

a kl citizen berkata...

kak ani, moga sihat walafiat. jaga diri.

NzA berkata...

patutlah agak lama akak menyepi..rupanay tak sihat.
Moga akak cepat sembuh..jaga diri ye.

shameel Iskandar berkata...

Salam kak.
moga Kak sihat2 sentiasa. cantik kad raya kak buat ni. Selamat hari raya dan maaf zahir batin saya ucapkan jika terdapat silap dan salah sepanjang menjadi sahabat blogger.

abu muaz berkata...

salam dan moga puan diberi kekuatan

Cikli berkata...

selamat hari raya kak. maaf dipinta

zulkbo berkata...

Salam Kak..
moga cepat sembuh..
dugaan di penghujung Ramadan..
moga anda tabah...


SELAMAT HARI RAYA juga
dari saya..maaf andai ada
tersalah kata, tutur bahasa

hani@debumelukut berkata...

Semoga hari ini lebih baik dari semalam..jangan lupa makan ubat, raya pun dah dekat ni..

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga kesihatan bertambah baik. Baru hari ini tahu istilah vertigo tu..

Selamat sambut 'idul fitri juga buat Ani.. maafkan kesalahan jika ada ya..

aby berkata...

salam k hanim,
awal k hanim khatam tadarus yer ..
wak khamis mlm jumaat ni ...

cume ada beberapa kali tertinggal sbb kena outstation ... namun bila balik tk miss utk bersama ...

semoga k hanim sihat ..
dapat beraya dgn selesa ..

dah terbau nasik dagang Gannu ...

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Kad raya yang direka khas untuk sahabat semua.

Kak ani pun selalu berdoa semoga Allah berikan kesihatan yang baik kepada kita semua semoga dengan itu dapat kita tumpukan mental dan fizikal untuk beramalkan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sis Tinie,

Semoga Sis Tinie sekeluarga sihat yer. Kak ani Alhamdulillah walaupun di rumah ni dah bersilih gantik yang demam. Dah cek darah takut denggi tapi Alhamdulillah tak ada.

Terimalah yer kad tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Maiyah,

Selamat hari raya juga diucapkan pada Maiya sekeluarga.

Kunang-Kunang berkata...

Miss Gee,

Mungkin dimaksudkan auntie kod. Terima kasih atas ingatan.

Semoga Gee juga sihat2 saja, dah dekat nak raya ni, jaga kesihatan.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Semoga MP dan anak2 gembira dan sihat selalu.

Dah dekat nak raya kan. Mesti nanti KB sesaklah bila anak-anak rantau balik beraya nantikan.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

min, semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk menyudahkan Ramadhan yang dah nak meninggalkan kita ni.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Normah,

Terima kasih atas ingatan, semoga cikgu sekeluarga juga beroleh kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

NZA,

3 hari tumbang. Sekarang Alhamdulillah dah ligat balik. Dah boleh masak balik.

Kesian tengok anak dan cik bang akak tu makan lauk beli. Faham2 jerlah lauk restoran atau pun yang dibeli di bazar ramadhan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Cikgu Shameel,

Jemputlah ambik kad tu yer. Kak ani pun mohon maaf sekiranya ada tulisan yang menyinggong perasaan.

Selamat menyambut hari raya dan selamat merebut tawaran Allah dihari2 akhir Ramadhan ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Abu Muaz,

Terima kasih doakan saya. Semoga Abu Muaz dan keluarga juga dikurniakan Allah kesihatan yang baik.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam CikLi,

Kak ani juga begitu, memohon maaf semasa bersenda gurau diblog CikLi.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Zulkbo,

Alhamdulillah sekarang ni dah okey. Semoga zulkbo sekeluarga pun sihat2 belaka.

Selamat hari raya juga kak ani ucapkan. Mohon maaf ada salah silap ketika berblog ni yer.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani,

Tulah ubat ni pengganti sirih orang dulu2 kan. Dikelek ke sana ke mari. Semoga Cikgu Hani sekeluarga sihat semuanya.

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum Kak Werdah,

Semoga akak sihat. Tulah doktor kata vertigo ni kena pada orang yang dah berusia sebab cecair dalam telinga dah agak pekat, jadi dia tak balance menyebabkan kita pun tak balance.

Tapi sekarang ni ada saya dengar orang muda2 pun kena penyakit ni.

Selamat hari Raya Kak Werdah dan selamat memeriahkan malam2 dan hari2 terakhir Ramadhan yang dah nak meninggalkan kita ni.

Saya juga memohon maaf jika ada terguris perasaan ketika berblog.

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum Wak,

Tahun ni raya kat mana. Kalau raya disini, datangkan ke rumah. Rasanya first raya rasanya nak 'buat' nasi dagang.

Mungkin 2nd atau 3rd raya nak balik terengganu. Tahun ni kira lambat sikit khatam quran, tahun lepas 2nd week dah selesai.

Khatam sendiri di rumah belum lagi, masih ada beberapa surah lagi.

Semoga wak dan sekeluarga sihat yer. Mohon maaf atas salah silap semasa berblog.

AI berkata...

- doa kami kak ani sihat2 ye...

sahromnasrudin berkata...

assalamualaikum kak..

ini entri terakhir ke??

selamat hari raya juga dr saya..kalau ada terkasar bahsa sepanjang komen disini, saya minta maaf ya

Kunang-Kunang berkata...

Al,

Terima kasih banyak doakan kak ani. Selamat menyambut hari raya yang bakal menjelang tak lama lagi tu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sahrom,

Akak juga mohon maaf jika semasa berblog ada terguris hati tak perasaan, jika ada semua secara tidak sengaja

Selamat hari raya pada Sahrom sekeluarga.