Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 28 Ogos 2011

Amalan-amalam Baik Ketika Menyambut Raya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Menghidupkan Malam Hari Raya

“Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya hatinya tidak mati pada hari hati-hati lain mati”. (Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.)

Hadis ini menurut Imam Nawawi dalam al-Majmu’; sanadnya adalah dhaif. Namun menurut ulamak, hadis dhaif harus diamalkan dalam fadhilat amalan. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 426).

Orang perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari raya. Jika tidak boleh solat, dapat dengar khutbah

Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah saw. memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai jilbab? Beliau bersabda, makudnya : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. ( H.R : Jama'ah)

Makan dahulu sebelum pergi solat 'idil Fitri.

Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi saw keluar untuk solat 'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'ldil adha sehingga beliau kembali dari solat hari raya. ( H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi dan Ahmad)

Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari raya

Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi saw apabila keluar untuk solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )

Bertakbir

Nabi S.A.W bertakbir pada 'idil fitri bermula dari keluar dari rumah sehingga sampai di tempat solat hari raya. (HR Baihaqi)


Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga Allah menerima amalan kita semua.

Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.



Dipetik dari lenggangkangkung-my.blogspot.com

13 ulasan:

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Apa yang dibuat oleh Nabi kita adalah baik semuanya.. Semoga kita dapat mengamalkan setakat yang kita mampu..insyaAllah.. Semoga Allah menerima amalan kita semua.

insan_marhaen berkata...

muga Raya kali ini yang terbaik, adanya...

ajumohit berkata...

Betul tu kak, terim kasih kerana mengingatkan, selamat hari raya utk akak skuarga, maaf zahir batin

MulutPayau berkata...

Cepatnya masa berlalu..Ramadan dah berakhir...
Terima kasih atas prkongsian..kadang2 kita lupa amalan trsebut kerana terlalu brgmbira mnymbut raya...

Cikli berkata...

semoga apa yang dibuat sepanjang ramadhan sentiasa diamalkan.
selamat hari raya.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Semoga akak sihat.

Kalau besok raya bermakna hari ni hari terakhir bulan Ramadhan bersama kita. Semoga Allah panjangkan usia kita untuk sama-sama bertemu Ramadhan di masa hadapan.

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Itulah harapan kita semua.

Kunang-Kunang berkata...

Aju,

Sama-sama. Kita manusia ni dah lumrahkan perkara yang sesekali kita lakukan tu, kadang2 kita terlupa.

Kunang-Kunang berkata...

MP,

Begitulah kita kan. Saling ingat mengingatkan.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Itulah harapan kita semua semoga ibadat kita diterimaNYA.

ummuaimi berkata...

Salam idul fitri minal aidil wa faizin.
"Taqabbalullah minna waminka."

si para para berkata...

terima kasih kak bagi tazkirah pasal ni..

:)

♥ manje ♥ berkata...

assalamualaikum

terima kasih utk perkongsian ni
sangat bermanafaat...

salam aidilfitri dari kita juge... ~