Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Jumaat, 8 Julai 2011

Wanita Mukminat Lebih Cantik Dari Bidadari??

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ




Assalamualaikum pada semua teman. Hari ini dah Jumaat balik. Semoga semua kita berada di bawah lindungan dan keberkatan Allah setiap masa.

Seronok bila bercerita betapa cantiknya bidadari sorga yang Allah ciptakan khas untuk menjadi pasangan hamba-hamba yang bijak mengawal nafsu ketika di dunia. Dalam hadis Al-Bukhari daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Andai seorang wanita sorga menampakkan diri kepada penduduk dunia, nescaya teranglah apa yang ada di antara timur dan barat, penuhlah apa yang ada di antara kedua-duanya dengan wangian."

Namun secantik mana pun para bidadari ini wanita-wanita mukminat jauh lebih cantik daripada mereka. Iaitu orang yang membasuh mukanya setiap hari dengan air wuduk, melaksanakan sholat dan taat kepada suaminya demi mencapai keredhaan Allah s.w.t.

Berkenaan perkara ini Allah s.w.t. berfirman bermaksud: "Sesungguhnya kami menciptakan mereka dengan penciptaan baru. Dan kami kembali menjadikan mereka gadis-gadis perawan" (Surah al-Waqi'ah 56: 35-36).

Menurut beberapa orang ahli tafsir, antara lain Abu al-Hassan al-Muwardi, ayat ini berbicara tentang wanita-wanita mukminat di dunia. Allah mengembalikan mereka menjadi gadis-gadis muda meskipun sebelumnya mereka telah menjadi nenek yang tua dan lemah. Mereka akan dibangkitkan kembali sebagai wanita-wanita yang sangat cantik lalu dipersatukan lagi dengan suami-suami mereka di dunia.

Berkaitan dengan ini teringat kisah Ummu al-Darda' (nama asalnya Hujaimah al-Himyariah). Beliau ialah isteri Abu al- Darda', seorang sahabat Nabi s.a.w. yang hidup di Syam. Meskipun jarak usia mereka agak jauh di mana Abu al-Darda' lebih tua beberapa puluh tahun daripada istrinya, namun mereka adalah pasangan yang sangat bahagia.

Suatu hari Ummu al-Darda' berdoa di hadapan suaminya, "Ya Allah sesungguhnya Abu al- Darda' meminang ku di dunia, lalu aku menikahinya. Maka sekarang aku meminangnya kepada-Mu untuk menjadi suami ku di syurga".

Mendengar ucapan itu Abu al- Darda' berkata, "Jika engkau ingin menjadi isteri ku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia."

Ummu al-Darda' ini seorang wanita yang cantik dan cerdas. Maka setelah Abu al- Darda' wafat, Khalifah Mua'wiyah bin Abu Sufian datang untuk meminangnya namun isteri yang setia dengan cinta pertamanya ini menolak pinangan tersebut.

Jadi pada semua isteri dan bakal isteri tak usahlah cemburu dengan bidadari di syurga. Berusahalah untuk menjadi mukminat yang solehah dan setia kepada suami, semoga Allah mempertemukan keluarga kita semula disyurga".



Rujukan: Solusi

36 ulasan:

insan_marhaen berkata...

Jika cantik di dalam akan cantiklah di luar..

ajumohit berkata...

allahuakbar...moga saya dpt menjadi isteri yg taat kpd suamiku...

kakcik berkata...

Semoga kita akan dapat bersama dengan suami kita sekarang hingga ke syurga nanti. (Takut sebenarnya mebayangkan, adakah layak diri ini untuk diterima masuk ke syurga Allah)...

Cikli berkata...

menginsafkan

Kunang-Kunang berkata...

IM,

Mudah2an pasangan yang diberikan kepada kita tu mempunyai sifat kasih sayang dan setia kepada kita pasangannya.

Kunang-Kunang berkata...

Aju

InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Kakcik,

Kita yang dah lama menjadi pasangan suami kita ni, takut juga ada perlakuan dan pertuturan kita yang telah melukai hatinya.

Semoga pasangan kita tu sudi memaafkan kesalahan dan kesilapan kita sama ada disengajakan atau tidak.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Susah juga nak kontrol mulut dari bersoal jawab dengan cik abang bila ada teguran. Biasa tu....

gadisBunga berkata...

saya pun nak masuk syurga bersama suami...tapi belum kawin lagi. hihi~

Kunang-Kunang berkata...

GB,

InsyaAllah akan tiba masanya.

LIPISLADY berkata...

Assalam kak,

Isteri yang taat dan solehah akan menjadi penghulu segala bidadari yang akan menjadi teman suaminya didalam syurga.

werdah berkata...

Assalamu'alaikum Ani

Semoga Ani sihat dan dalam rahmat kasih sayangNya.

Semoga kita dapat berusaha menjadi isteri yang baik.

hani@debumelukut berkata...

Semoga kita di landasan yg betul..

ahmad humairi berkata...

Singgah melalui laman Komensen, moga warisan pantun tak lenyap di dunia.

maiyah berkata...

assalam..

smoga para isteri akan sntiasa diperlihara ;)

pCL [p@kcikLie] berkata...

para suami jg mengaharapkan begitu..isterinya di dunia dan bidadarinya di Syurga..

atie berkata...

Salam Kunang-kunang

sungguh manis dan harum kata2 n3 ini... berbahagialah kepada yang ingin memilih jalan ini..

shameel Iskandar berkata...

Assalamualaikum Kak.
Terima kasih ats perkongsian yg amat bermanfaat. Moga-moga wanita mukminat tidak akan pernah pupus dan lupus di dunia ini.

missgee berkata...

Kak Ani,
Terima kasih atas ingatan
dan cerita yang penuh iktibar ini :)

sonata anak kancil berkata...

terima kasih dengan N3 ni...dapat ilmu manfaat

sonata anak kancil berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
sal berkata...

sya terpegun membaca n3 ni..
berfikir sejenak..

Syahdunya..

Sentiasa memohon agar memdapat kasihsayangNya, keredhaan, keampunan dan syurgaNYa....

begitu jugalah dengan hubby dan ahli2 keluarga kita yg lain..ameen..

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam LipisLady,

Mudah2an kita salah seorang daripada penghulu bidadari itu. InsyaAllah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kak Werdah,

Selain sakit lutut, yang lain Alhamdulillah. Semoga kak werdah sihat.

InsyaAllah kak.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Hani

Itulah harapan kita, tidak terpesong jalan di saat-saat senja begini.

Kunang-Kunang berkata...

Cikgu Ahmad Humairi,

Terima kasih lapangkan masa singgah blog saya ni.

Sesekali berpantun seronok jugakan. Semoga orang-orang muda sekarang terus tidak lupa dengan warisan nenek moyang kini ni.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Maiyah,

Bersyukurlah kita kerana mempunyai suami yang menjadi pelindung hidup kita. Semoga mereka terus menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab.

Kunang-Kunang berkata...

PCL,

Allah telah berkata lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitulah sebaliknya. InsyaAllah, bersamalah kita berdoa semoga kita berbahagia sekeluarga didunia dan di akhirat.

Kunang-Kunang berkata...

Atie,

Sama-sama, semoga kita menjadikan cerita ini sebagai galakan kepada kita untuk beribadat kepada Allah,

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Shameel,

Semoga menjadi panduan dalam hidup bersuami isteri supaya dapat menjadi pasangan yang bahagia dunia dan akhirat.

Kunang-Kunang berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Kunang-Kunang berkata...

MissGee,

Sama-sama, mana yang baik kita kongsi bersama.

Kunang-Kunang berkata...

Sonata,

Sama-sama.

Ros Illiyyuun berkata...

Assalamualaikum :)

Sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita solehah :)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ros,

Semoga Ros sihat.

Itulah yang susah nak dapat sekarang ni.

sis intan berkata...

salam kak. InshaAllah menjadi isteri yg baik...thanx for the info.