Halaman

Terima kasih Jadi Kawan Blogger Saya

Ahad, 31 Julai 2011

Segmen Tauladan - Jom Ingat Pesan Ibu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


Segmen Tauladan- Jom Ingat Pesanan Ibu


.

Saya telah ditag oleh Leeya Abdul untuk menyertai Segmen Tauladan- Jom Ingat Pesanan Ibu yang dianjurkan oleh Syafiq Mokhtar.

Sebenarnya banyak perkara yang dipesan oleh ibubapa saya semasa kecil, semasa remaja bahkan semasa sudah menjadi ibu. Antaranya:



Pertama: Sebelum azan maghrib berkumandang pastikan dah ada di rumah, kalau tak ada siap.... Sekarang baru tahu kenapa mak suruh pastikan tiba di rumah sebelum maghrib. Rupanya makhluk bertanduk tu dah mula berkeliaran menjelang maghrib.



Kedua: Ketika dalam pantang pastikan ikut semua petua orang tua-tua dan pastikan memakan ubat-ubatan yang sewajarnya dimakan oleh orang dalam pantang. Kata Mak "nanti laki kau cari lain kalau tak jaga badan dalam pantang", petua ini saya turunkan juga pada anak dan menantu saya cuma dailog di atas tu diubah cara penyampaiannya.



Ketiga tapi bukan yang terakhir, malah banyak lagi:

Mak kata, sentiasa ingat pada Allah, jangan tinggal sembahyang dan sentiasa membaca al quran. Pesan ini dipanjangkan juga pada anak-anak saya.

Untuk menambah meriahnya 'segmen tauladan' anjuran Shafiq Mokhtar, sebagaimana dicadangkan oleh penganjur saya tag pula kawan-kawan berikut untuk sama-sama memeriahkan blog beliau. Semoga kawan-kawan yang berikut sudi:

Kakzakie di zakiepurvit.blogspot.com

Aby di satuperlumbaan.blogspot.com


Sebagai sokongan kepada apa yang kawan-kawan blogger buat jadi saya sambut taq yang Leeya Abdul panjangkan pada saya. Semoga dengan ini ukhwah sesama kita dapat dijalin.

24 ulasan:

TheSyafiq Mokhtar berkata...

assalamualaikum auntie..rasa bebesar hati dan sgt terima kasih sebab sudi join.. ada diantara pesanan2 ibu bapa yg kita terlupa.. jadi segmen ni usaha untuk kita sama2 muhasabah dan mengingat balik apa yg dipesan..supaya kita sentiasa rasa dekat dengan ibu bapa..terima ksih sekali lagi.. :)

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Syafiq,

Blog Shafiq sebuah blog yang menarik.

Terima kasih sudi singgah blog auntie ni. Ada kelapangan jemputlah singgah.

si macho berkata...

waaa mama join \(^_^)/

boleh ke panggil mama :malu

jum la tgk kite punye jugak :)

http://www.sayabintang.com/2011/07/segmen-tauladan-jom-ingat-pesanan-ibu.html

Kakzakie berkata...

Assalamualaikum Kak Ani,

Bagi kakak masa sikit Kak Ani. Kelak kakak buat ye....

aby berkata...

salam k hanim.
nampaknya dh hilang daun2 yg berterbangan tu ..

memang banyak pesan org2 tua tg sekarang kita turunkan keanak kita ..

insyallah nanti wak join N3 saudara syafiq tu ..

anitaare berkata...

assalammualaikum kak,

rindunya dgn akak..pesan org tua2 selalu sy pegang smpi skrg..insyaAllah generasi akan dtg pun
selamat menjalani ibadah puasa kak

missgee berkata...

Pesanan Mak suma untuk
kebaikkan anak-anaknya..
Dan seterusnya untuk cucu-cucunya..

P/s: Terus ingat pesanan mak saya yang bermacam-macam :)

Cikli berkata...

suka lagu pesan mak nyanyian halim yazid

Cikguzam berkata...

Salam Kunang-kunang,
Kasih ibu membawa ke syurga.
*setuju juga dengan Cikli, best lagu tu...

sal berkata...

sebenarnya pesanan mak tu 'evergreen'..yg tetap releven dari dulu dan selamanya

dan dari muda sampai berusia masih diguna pakai..

pesanan2 spt itu memberi kekuatan pd diri kita mengharungi kehidupan ini..

zulkbo berkata...

salam Kak..
ibu
mak
umi
mama..
siapalah kita tanpa mereka
syurga di tapak kaki mereka
maka sayangilah mereka
seperti mana kita mahukan
anak-anak kita menyayangi kita

MulutPayau berkata...

Assalamualaikum kak...
Pesanan ibu bapa mmng bnyak kebaikannya..walau jauh di mata...namun pesanan mereka tetap dihati..semuanya utk kebaikan diri kita sendiri...

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam si Macho,

Terima kasih sudi singgah di sini. Panggillah 'mama' ker, mak chik, auntie semuanya menepati waktnu.

InsyAllah nanti saya singgah yer.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Kakzakie,

Tak aper sebab Rafiq sendiri pun tak letak tarikh tutup. So take your time, bila free bolehlah.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Wak,

Tak aper seperti yang kak ani beritahu kakzakielah Rafiq sendiri pun tak letak tarikh tutup.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Ita,

Semoga Ita dan keluarga sihat di bulan yang mulia ini.

Bestnya tahu dari kejauhan ada orang rindu pada kita. Terima kasih atas ingatan

Kunang-Kunang berkata...

Gee,

Betul tu. Mak berleter tu adalah nasihat. Cuma dah itu cara dia. Semua ibupaya (kecuali yang ada sebab2 tertentu) sayangkan anak. Kalau dia tak sayang tak jadilah kita seperti apa yang kita jadi sekarang.

Kunang-Kunang berkata...

CikLi,

Kak Ani pun suka dengar lagu tu. Saya selalu rasa sedih pilu dengar tu betapa dalam tahun 80'an masih ada orang yang makan nasi dengan garam.

Apa pun saya memang kenal dengan sipenyanyi ni, sama-sama tempat kerja.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Sal,

Ibu sanggup berkorban apa saja demi anak, anak belum tentu.

Lagu tu sedih mendengarnya. Rasa insaf dan betapa bersyukurnya kita tidak sesusah itu.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam CikguZam,

Dengar lagu tu boleh bayangkan betapa susahnya kehidupan si penyanyi. Sebenarnya tu kisah benar diakan.

Kasih ibu tidak ada sempadan.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam Saudara Sulkob,

Betul tu, apa saja panggilan, dialah manusia pertama sebelum yang amat besar jasa dan pengorbanan mereka kepada kita semua.

Kunang-Kunang berkata...

Waalaikumussalam MP,

Betul tu. Dalam berleter2 tu sebenar terkandung nasihat yang amat berguna yang akan kita rindui selepas dia tiada lagi di dunia ini nanti.

NzA berkata...

rupanya pesanan setiap ibu lebih kurg sama ye kak ani.....

Syafiq Mokhtar berkata...

Assalamualaikum entri khas untuk segmen tauladan dah siap.. :) dijemput untuk lihat..btw thanks sebab sudi join..


http://thesyafiqmokhtar.blogspot.com/2011/08/entri-khas-untuk-segmen-tauladan-jom.html